Assalamualaikum dan selamat petang semua..petang ni xleh nak cakap..kita terus jer layan menu minum petang yana ari ni..Apam Mentega Gula Hangus..Dah lama simpan resepi..xde masa jer nak mencubanya.. Alhamdulillah..dapat jugak merasa..Sedap dan gebu apam nii..xsedar dah 2 bijik ku telan masa duk snap pic nii..hehee..Hujan turun dari pagi lagi xbenti..perut asyik lapar jer lah hihii..Yana c&p resepi ni dari umah Kak Izah..rindunya air tangan Kak Izah..di mana diri mu sekarang wahai akak ku..sunyi sepi jer..semoga sihat sentiasa :=)..Resepi Apam ni Kak Izah jejak kat Tempat Fiza Simpan Resepi yang diambilnya dari Puteri Tega Kongsi Resepi FB (xleh nk link ari ni..nnt yana link blk yer)..panjangnyaa asal usul kuih apam ni kann..
Pe2pun terima kasih kepada ketiga2nya..Yana mintak izin nak panjangkan kat sini pula yer..Jom layann sambil minum kopi panas.. :=)
APAM MENTEGA GULA HANGUS
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
125 gm mentega
(B) 1/2 cawan gula pasir
2 biji telur
*1 1/2 cawan tepung gandum
*1/2 sdt soda bikarbonat
(*diayak bersama)
200 ml susu cair
1/2 sdt esen vanilla
CARA NAK BUAT :-
- Cara membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api, dan masukkan air. Nyalakan api semula dan kacau sehingga semuanya larut. Masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
- Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
- Kemudian, masukkan susu sambil diselang-selikan dengan tepung. Gaul sehingga sebati.
- Panaskan pengukus dan acuan kuih. (Saya gunakan acuan apam puteri ayu dan acuan apam biasa). Tuangkan adunan ke dalam acuan. Kalau nak tuang penuhkan acuan pun tidak mengapa, kerana bila ia masak, ia tak kan melimpah. Cuma gebu jer....
- Kukus kuih selama 10-15 minit. Sejukkan seketika, dan keluarkan...
Selamat Mencuba :=)
18 comments:
Assalam yana, sabtu lepas akk pun buat apam gula hangus, tapi resipi kak besah, sedapkan apam ni gebuss je. Akk baru n3 esok hehe
Yana,kak izahxabis lagi mabuk2 tuh..Sunyi jer xda kak mas n kak izah..2,2 TERKENA BUATAN ORG,Hihi..Sedapnyer apam tuh,ct prnh wat mmg best.
S'mat mlm Yana..
sukanya tengok apam mentega tu..comel2 semua...
apam oh apam ... nyum nyum :)
kak yana.. tun mmg suka sgt2 apam mentega. bau gula hangus cmpur ngan butter tu mmg sedap betul! tun guna resepi kak sofea kt myresepi. byk kali buat pun x puas mkn.
ps: kak izah n kak mas alahan teruk. sian pulak.
yana sedapnya apam mentega ni..saya ni pengemar apam..nyum nyum nak sebijik..hehe
anak-anak suka sangat makan apam mentega ni... ibunya malas nak buat, tapau 3 biji ye Yana...
dah lama nak buat apam jenis macam2 ni, nanti nak try ok..
@Kak Rosa>nnt yana nk try jgk resepi Kak Besah..best kan kak Apam gula hangus..suka baunya :=)
@Ct>laa..ye ke..Yana igt Kak izah main2 jer rupanya betul2 kna buatan org hikhikk..bestnyaa..
Best apam ni..rugi xbuat :=)
@Rahel>tq..suka bt dlm acuan kecik2 cani..senang nk mkn and cepat abis hehee
@Eda> apam ni mmg sedap :=)
@Tun>byk versi resepi apam ni kan..nnt lah k.yana cuba resepi tu pulak..hehee
Biasalah Tun klu dh terkena buatan org ni..InsyaAllah lepas ni giliran Tun pulak..kita sama2 doa yer :-)
@Totie>sama lah kita ni..suka dgn apam..dulu asyik beli jer tp skg dh bleh bt sndiri..br puas mkn :=)
@Kak AMie> mai lah kak..ada lagi dlm kukusan tu hihiii
@Qhaifa Nur> try lah..mmg sedap..wangi jer bau gula hangus tu :=)
dah lama nak cari acuan lompang..tp tak terjumpa lagi..nanti nak cari kat KB la pulak.
@Nani>acuan K.yana ni diimport dari Pasir Mas hehee
Post a Comment