Wednesday, August 6, 2014

RED VELVET CHOC CIPS COOKIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Tak habis lagi citer pasal biskut raya hehee..Biskut Red Velvet Choc Cips yang terpemes raya tahun ni..Tengok orang lain buat kita pun nak buat jugak lah..hurmm..memang sedapp hokess..anak2 dengan incik suami suka sangat ~~tukang buatnyaa lagiii suka  ^__^ ~~ 


RED VELVET CHOC CIPS COOKIES

120 gm margerin planta ~ yana guna Adela
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips 

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Mula2 ayak bahan kering. Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko. Ayak dan ketepikan
  2. Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170c selama 5 minit
  3. Di dalam mesin pemutar, satukan margerin planta, minyak sapi dan gula kastor. Putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat. Tambah telur dan putar sebati
  4. Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hinga adunan rata
  5. Masukkan bahan yang telah diayak tadi, gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga rata
  6. Tambahkan badam, 1/2 daripada choc cips dan 1/2 daripada choc cip putih. Gaul adunan rata. Sudukan adunan di atas dulang pembakar
  7. Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan coklat putih
  8. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150c ( ketuhar hendaklah dipanaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh ) Bakar selama 20 minit
  9. Sejukkan di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara

Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Kakzakie said...

Nanti kakak nak bagi resepi ini pada anak dara kakaklah Yana. Dia nak buat katanya tapi entahlah sebab kat rumah tengah ada macam-macam biskut sekarang ni..

asyifa mustaffa said...

Dari hari tu nk buat...last2 x terbuat...smpi habis raya dah ni..