Wednesday, August 27, 2014

ROTI JALA & KUAH DURIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah agak lama yana teringin nak makan roti jala dengan kuah durian..asyik makan dengan kuah kari je.. boring jugak kan..lagipun isi durian frozen banyak lagi tersimpan..Lepas ni plan nak buah kuih serimuka kalau ada kerajinan..

Okess, hari ni kita layan roti jala bersama kuah durian dulu ekkss..Ekceli bahan-bahan untuk kuah durian tu yana agak2 je..tak sempat nak sukat menyukat kalau time masak..Kalau ada yang nak menerai tu boleh lah adjust sendiri mana yang patut yer..peace ^__^



ROTI JALA

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
1 1/2cawan air
1 biji telur
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar minyak masak ~ yana letak minyak zaitun
sedikit baking powder
sedikit garam
Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blender semua bahan kecuali pewarna hingga sebati semua. Keluarkan dan rehatkan kejap adunan.
  2. Sediakan kuali non stick dan masukkan adunan tadi dalam botol.
  3. Tebar je dlm kuali tadi dan biarkan 1 minit atau hingga roti jala masak.
  4. Angkat dan gulung ikut citarasa masing2. 

KUAH DURIAN

5 - 6 ulas isi durian ~ ambil isi je dan lenyek sikit
2 cawan santan sederhana pekat
air
Gula pasir ~ ikut tahap kemanisan masing2
Gula merah
Secubit garam
Sehelai daun pandan ~ di simpulkan

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak semua bahan di atas menggunakan api sederhana. Kacau perlahan-lahan.
  2. Biarkan hingga mendidihkan. Jika kuah nampak pekat bolehlah tambah air sedikit demi sedikit. Kuah durian jangan terlalu cair. okey siap..enak di makan bersama pulut, roti putih or roti jala.. ^__^



Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Kakzakie said...

Roti jala yg square-square ni cantiklah Yana. Kakak kalau buat yg berselirat tu. Nak cari botol buat yg square ni tak jumpa-jumpa...

Ayu said...

Assalam Yana,
wah frankly ini first time akak baru tahu roti jala boleh makan dengan kuah durian...pasti sedap nikan, cantik roti jala yana tu....:)

cheq da said...

Yana..belum pernah mkn roti jala cam ni...

Amie said...

Saya terbayang2 dua tiga hari ni nak makan roti jala cicah kuah durian... akhirnya dapat gak makan di dapur yana!