Thursday, August 21, 2014

MEE REBUS Cik Ani ( Bonda Chef Wan )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Mee Rebus ni yana buat untuk tetamu datang beraya wiken lepas..sedap tau Mee Rebus Cik Ani..Siapa Cik Ani? Hurmm..Cik Ani ni bonda kepada Chef Wan..Dah ramai kengkawan cuba resepi mee rebus ni..yana je baru cuba..Alhamdulillah..tidak menghampakan..semua tetamu cakap sedap..gumbira hati puan rumah tengok tetamu makan dengan berseleranya ^__^

Okess, kita semak je resepinya ~~



MEE REBUS CIK ANI 
Resepi : Bonda Chef Wan
Sumber Cuci Mata : Kak MaDiHaA & Kak Yatie

BAHAN-BAHAN:-
  • 1 kg mee kuning
  • 150 g taugeh, buang ekor
  • 2 keping tauhu, goreng terendam, hiris nipis
  • 2 biji cili hijau, hiris
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 pokok daun sup, hiris
  • 1 pokok daun bawang, hiris
  • 4- 5 biji telur rebus, kupas dan belah 2
  • 6 biji limau kasturi, belah 2
  • Bawang goreng secukupnya
  • Kuah mee rebus*

BAHAN KUAH MEE REBUS* :-)
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 2 1/2 camca besar tauco, tumbuk lumat
  • 500 g daging lembu (sedap yang ada lemak sikit)
  • 5 - 6 cawan air
  • 500 g keledek
  • 1 cm lengkuas, dititik
  • 1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 sudu besar udang kering*(Yatie tambah)
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*tumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa


CARA PENYEDIAANNYA:-


UNTUK KUAH MEE REBUS :- 

  1. Daging dihiris nipis dan rebus hingga lembut (kalau guna daging batang pinang tak perlu rebus dulu).
  2. Keledek direbus hingga lembut dan kisar halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, tambah taucho dan rempah kari, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan daging (kalau daging rebus, masukkan sekali air rebusannya), air, keledek dan lengkuas. Masak perlahan selama 20 minit.
  5. Tambah kacang tanah kisar dan tomato, perasakan dengan garam dan gula.
  6. Masak hingga kuah pekat. (selalunya kuah mee rebus perlu manis sedikit).
PENYEDIAAN MEE REBUS :- 
  1. Celur mee dan taugeh mengikut kuantiti yang diperlukan.
  2. Letak dalam bekas sesuai. Kacau kuah dan tuang atas mee.
  3. Letak telur rebus dan taburkan cili hijau/merah, tauhu, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan diakhiri dengan perahan jus limau kasturi. Hidangkan segera....
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Bbwana adienia said...

wah,wah..menggodanya mee rebus tu..

Kakzakie said...

Kalau di JB ni Yana ada tabur keropok yg rangup atas mee rebus tu. Kakak suka tau. Kat sini mee rebus Hj Wahid tip-top.. itu yg kakak jarang buat sendiri. beli aje senang (sebenarnya kakak malas hihi...)