Saturday, August 30, 2014

NASI LEMAK PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Apa khabar semua pengunjung DCK? diharapkan semuanya sihat dan ceria ajew ^__^.. Pagi ni jom kita bekpes dengan Nasi Lemak Pandan versi Yana..Ekceli, nasi lemak ni menu 2 3 ari lepas..bukan bekpes hari ni yer..pagi ni kami makan roti bakar je..untuk lunch tak tau nak masak apa lagi tapi me punya puteri damia dah request nak makan nasi ayam..huhuuu..jadi nasi ayam la kot lunch nanti~~

Jom kita semak resepi ni dulu..versi simple2 je Nasi Lemak Pandan versi yana..Alhamdulillah anak2 dengan incik suami berselera makan..



NASI LEMAK PANDAN

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan beras Basmathi ( cuci dan rendam 20 minit & toskan )
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
5 helai daun pandan ( kerat kecil2 * )
1/2 cawan air* ( * dikisar halus )
2 batang serai dititik
1 helai daun pandan ( disimpul )
1 inci halia ( diketuk )
1 ulas bawang putih ( diketuk )
2 biji bawang merah ( hiris halus )
1 batang kayu manis *
1 kuntum bunga lawang*( *rempah tumis )
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau ~ optional

BAHAN SAMPINGAN :-
Sambal tumis ikan bilis
Ayam goreng berempah
Hirisan timun
Telur rebus

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia dan serai yang dititik tadi hingga wangi. Tuang santan dan masukkan daun pandan yang disimpul 
  2. Masukkan kisaran air pandan tadi. Jangan lupa tapis ye ^_^..Kemudian masukkan garam dan sedikit pewarna hijau. Biarkan mendidih sekejap. Matikan api dan tuang kedalam rice cooker
  3. Masukkan beras, kacau sedikit. Tekan ON dan masak seperti nasi biasa. Bila nasi dah masak balik2kan nasi menggunakan garfu atau chopstik. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2 tak cantik
  4. Siap..boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang..
Selamat Mencuba :-)

1 comment:

puan zin said...

Salam Macamana rasa nsi tu ye ?