Thursday, November 3, 2011

LYCHEE PANNA COTTA~entri tertangguh ^__^

Assalamualaikum semua..tengah hari ni juz nak tayang n3 yang dah beberapa hari tertangguh tayangannya..Penat cari pic xtau mana ilang..semalam tibe jer bleh ada blk dalam lappy..magic kan..punya lah lama cari xjmpa hihii..

Males nak cakap banyak coz resepi ni dah ramai yang buat..yana je baru terbuka hati nak buat ari tu..itu pun sbb nak abiskan laici dgn jelly..buat mcm ni cepat je abis..Kita jamu mata je lah ek..klu nak rasa sila buat sendiri tau..ngeee..Tq Kak Nor share resepi yang enak ini..^__*


LYCHEE PANNA COTTA





BAHAN-BAHAN:-

1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula

3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel( yana guna halalgel jgk )
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi ( yana guna rasberi )




CARA NAK BUAT:-



Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.
Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.

* laici yg diblend bersama jus laici td akan menghasilkan lebih kurang 1 1/2 cawan air laici selepas 


Selamat Mencuba :-)

9 comments:

Qhaifa Nur said...

sedapnya diblend bersama dengan laici...

Zalieda Zaliedana said...

Yana ct pon dah pernah wat panna cotta laici nih,mmg best kan..Tapi skang nih mls nak wat puding/jely yg sejuk2 nih,coz xbape laku ngan cuaca sejuk ni..

Cheq Sue said...

yana...nanti kalau ada masa tlg email details ye ke kemren0104@yahoo.com
cheq sue tengah kumpul ni utk hantar hadiah GA

Totie@Tomy said...

sedapnya agaknya bila dah start musim panas nanti saya pun nak try ar,..hehe

tun_telani said...

wahh... omey nyer bila wat layer tu.. tun makan jelly dia ngan laici je ye. tun x bape gemor sgt panna cotta. hihi

Nurul said...

sedapppnya Yana klau dpt lychee panna cotta ni... :)

rahel said...

waa..nyaman betul eh..

Anonymous said...

wahh saya pun tak buat lagi..hari tuh baru buat manggo panna cotta...terliuq tgk..tp musim sejuk2 nih..mcm kureng sikit nak makan dessert :)

Nuwairani said...

nani suke mende2 puding + jelly ni... lagi2 ada buah mcm ni...

hari tu konon2 nak buat la...tengok2 kene letak gelatin la pulak...tak tahu nak cari kat mana...skip je dulu resepi ni..