Tuesday, September 6, 2011

AYAM UNGKEP~resepi II

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..pagi ni juz nak tayang menu kami semalam..resepi yg simple jee nak masak..barang2 dapur byk lagi yg xbeli so, masak je lah dgn apa yg ada kat dapur selepas lebih seminggu dapur x berasap hihiii..


Resepi ayam ungkep edisi FidaDaud ni dah lama yana perap..tgu masa nk try je and semalam jadik jgk.. Sebelum ni yana pernah buat ayam ungkep tapi versi lain..bleh tgk kat SINI ek..resepi yg ni beza sikit dgn resepi yg pernah yana buat dulu tapi sedap jgk..mmg memenuhi citarasa anak tekak penghuni umah nii hehee..jom je lah semak resepinyaa..males nk talk byk2 hehee..Mintak izin ye tuan empunya resepi yana nk share kat sini plak..layann :=)


AYAM UNGKEP II
Sumber: Fida Daud MyResepi




BAHAN-BAHAN:-


1 ekor ayam
30-40 gm ketumbar ( kisar halus )
1 sudu besar jintan putih ( kisar halus )
6 ulas bawang merah (tumbuk/kisar)
4 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
kunyit ( sebesar ibu jari )-tumbuk/kisar
1 batang serai ( dititik )
3 sudu makan gula
2 cawan air
3 biji cili api ( diketuk )-yana tambah
2 biji ubi kentang-yana tambah
Garam
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg ditumbuk. Kemudian masukkan bersama ketumbar, jintan putih, serai dan cili api.
  2. Apabila bahan tumisan tadi dah garing masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Gaul sebati.
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga rata.
  4. Kemudian masukkan air dan gaul lagi. ( yana tambah lg air coz nk bagi berkuah sikit )
  5. Tutup kuali dan tunggu hingga ayam betu2 empuk dan kuah sedikit pekat.
  6. Last, masukkan ubi kentang yg telah digoreng terlebih dahulu tadi. gaul rata dan boleh tutup api. Siap utk dihidangkan.
  7. p/s: boleh juga biji ketumbar/jintan putih dgn serbuk. Bahan boleh juga dikisar jika malas nak tumbuk :=)
Selamat Mencuba:=)

8 comments:

Mas said...

perh..sedapnya tengok ayam ungkep tu..
menyelerakam betoi..

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum yana..
wah sedap tgk ayam tu yana... meh nak ckit... :)

tun_telani said...

salam kak yana.. sedapnyer nmpk lauk tu.. tun xpenah makan lg nih.

quinnie said...

selamat hari raya buat yana..ayam ungkep ni macam masak opor jugak bahan2 dia..dah lama tak makan gulai cam ginih..raya ni duk pulun santan jek...memang tinggi menggunung koles...hheheheh

Yana Shaiful said...

@K.Mas: mmg menyelerakan mkn plak dgn nasi pns+ulam mmg xhingat dunia laa hikhikk

Yana Shaiful said...

@K.Diana: amek la kak..jgn malu2 hehee

Yana Shaiful said...

@Tun: k.yana slalu jgk bt ayam nii..suka dgn bau rempah ratusnyaa :=)

Yana Shaiful said...

@K.Q: betul tu kak..rs xnak lg naik penimbang 2 3 minggu nii..mmg berkoles dlm bdn ni hehee..ye la kot mcm opor..mskan ala2 jawa kan