Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat berhujung minggu semua ^^..Hari ni dapur tuan umah xberasap..baru ajer balik dari kenduri umah jiran sebelah..Alhamdulillah..xyah susah2 memeluhkan diri kat dapur hari nii..kenyang sangat makan nasi minyak+dalca+ayam merah+jelatah+kek kastard pandan+bingka durian+agar2 pandan..semuanyaaa sedapp menjilat jari jemari..terasa bahagia jer diri ini kalau dapat makan orang lain masak ^^
Okess..xmau citer pasal lauk pauk kenduri tadi..krg xpasal2 nak makan lagi..Mak buyung ni bukan bleh caya sangat..makan asyik xkenyang jer skg niii..hahaaa..kita layan dulu dinner simple kami semalam..Chinese Style Lemon Chicken..Kami makan ratah macam tu jer..sedapp sangat dengan rasa masam lemon yang menyegarkan ditambah pula dgn kerangupan ayam..lepas ni bleh buat lagi..makan dengan nasi ayam pun best jugak niii ^^..Tq pada empunya resepi Mimsienas@MyResepi..Mintak halal yer yana nak share kat sini pulak.................
Okess..xmau citer pasal lauk pauk kenduri tadi..krg xpasal2 nak makan lagi..Mak buyung ni bukan bleh caya sangat..makan asyik xkenyang jer skg niii..hahaaa..kita layan dulu dinner simple kami semalam..Chinese Style Lemon Chicken..Kami makan ratah macam tu jer..sedapp sangat dengan rasa masam lemon yang menyegarkan ditambah pula dgn kerangupan ayam..lepas ni bleh buat lagi..makan dengan nasi ayam pun best jugak niii ^^..Tq pada empunya resepi Mimsienas@MyResepi..Mintak halal yer yana nak share kat sini pulak.................
CHINESE STYLE LEMON CHICKEN
Resepi : Mimsienas@MyR
BAHAN-BAHAN :- ( 3 - 4 orang )
10 strips boneless chicken fillet/breast ( dipotong 1 " )
BAHAN MARINADE:
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil garam
BAHAN BATTER :
1 biji telur ( saiz besar )
1/4 cup tepung jagung
1 sudu kecil lada putih
BAHAN SOS :
1/3 cup gula ~ yana letak secukup rasa
1 cup stok ayam ( pakai kiub ayam Knorr jer ) anggaran 1/2 kiub bercampur air
2 sudu besar tepung jagung
1/2 biji lemon ( diambil jusnya sahaja )
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak ~ yana xletak
Pewarna kuning ( optional ) ~ yana x letak
CARA NAK BUAT:-
- Mula2 marinade ayam yang telah dipotong tadi dengan kicap dan garam. Kalau boleh biarkan selama 30 minit, tapi kalau nak cepat 10 minit pun jadi laa.
- Untuk buat bahan batter, pukul 1 biji telur tadi dan campurkan dengan tepung jagung dan lada putih, dan celupkan ayam ke dalam adunan sebelum menggoreng. Tapi untuk ayam lebih crispy, saya slalu celup dalam telur dulu baru celup dengan tepung ( dry ) supaya ayam lagi crispy bila digoreng. Deep fry ayam selama beberapa minit sehingga golden brown. Toskan ayam dan biarkan.
- Untuk membuat sos campurkan semua bahan sos kecuali minyak dalam mangkuk kecil dan kacau sehingga sebati. Jika menggunakan pewarna diletakkan sekarang.
- Panaskan 2 sudu minyak masak dan masukkan semua bahan sos yang telah dicampur tadi. Kacau sos hingga sebati dan warnanya clear ( tidak keruh ) * kalau xcukup rasa masam, boleh tambah lagi jus lemon.
- Setelah sos siap, boleh la digaul bersama ayam yang telah digoreng tadi dan dihias bersama sedikit hirisan lemon dan daun bawang.
- * Kalau nak makan bersama nasi ayam, cuma tumbuk/blend halia, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat, tumiskan dan kemudian masukkan air + 3 kiub ayam untuk buat stok, Ganti air masak nasi dengan stok ayam ini. ( lebihkan sikit dari sukatan air nasi biasa ) dan masak atas rica cooker. Siap!!
2 comments:
Harum bau lemon.... mengundang selera untuk makan di sini!
ayam lemon memang masakan kesukaan kite..slalu oder kalau pg mkn kat restoren.
Post a Comment