Friday, September 23, 2011

NASI KUNING SHEILA RUSLY

Assalamualaikum semua..rasa mcm dah lama tak jenguk dapur maya ni..semalam byk sgt halnya..bila dh cuti tu kan biasa lah..susah nak start blk..penyakit 'M' ni pun mcm dah dtg jee hehee..'M' nak snap pic..'M' nak pegang cik lappy..best jee dpt tgk tv sambil bergurau senda dgn damia..ngeee..

Malam ni juz nak post resepi Nasi Kuning Sheila Rusly..nasi ni yana dah bt sekali masa bulan puasa ari tu tp xsempat nak snap pic..resepi asal dari Akak Sheila Rusly kita tuu..alaa rancangan Ketuk2 Ramadhan..Yana sempat jugak tgk ms dia bt nasi ni tp tgk je lah..xde mood nak salin resepi..nasib baik lepas tu terskodeng umah Kak Naz yg dh buat nasi kuning ni..bleh je yana kopis..tq Kak Naz cayang..hikhikk

Dah byk la plak membebelnya..tadi males nak menaip..mintak izin yee Kak Naz yana nak share kat sini plak..Nasi ni yana juz mkn dgn ayam masak madu..simple mimple jee..jom layann..:=)

NASI KUNING
Resepi asal: Sheila Rusly-Ketuk-Ketuk Ramadhan





BAHAN-BAHAN :-
  • 2 cawan beras - dibasuh dan ditoskan
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • 1 labu bawang besar - dimayang
  • 1 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
  • Sedikit garam halus
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 2 tsp serbuk kunyit







CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan juga serai. Biar hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan gaul rata.
  3. Masukkan air dan susu cair.
  4. Masukkan garam dan juga daun pandan. Kacau rata.
  5. Taburkan serbuk kunyit dan gaul rata.
  6. Masak nasi seperti biasa.
  7. Apabila nasi telah kering, taburkan kismis atau gajus sekiranya suka.(part ni, Sheila Rusly tak buat..Naz tambah sendiri-yana xletak).

Selamat Mencuba :=)

6 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Nasi nih mcm nasi minyak yg ct wat mkn ngan dalca bebaru nih,kira nasi dalca,cuma add daun pudina n kiub ayam,pastu ct tumis ngan mnyak sapi,mmg sedap nasi gini kan.

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Yana..
Hihihi..tengok jugak ye ketuk2 Ramadhan tu.. Kak Naz suka gak tgk rancangan tu. Bg idea pada kita pelbagaikan hidangan kan..
Makan dgn ayam masak madu mmg best..Ada pulak jelatah atau acar mentah..perhhh..bestttt sangat..

Nuwairani said...

nasi kuning ni memang spesel...kalau nasi kuning di sabah, macam biasa2 je cara masaknya...xde tumis2 dah...dah lama tak makan nasik...heheh

Yana Shaiful said...

@Ct> sama je kot..nnt yana nak blaja dgn ct nak bt nasi dalca..en.hubby asyik sebut je nasi dalca best dia mkn kat penang..xigt plak kedai apa hehee

Yana Shaiful said...

@Kak Naz> xde keje kak..tgk je la..best jgk kan bleh dpt idea nak msk hehee..mmg sedap klu jelatah.. mkn xhingat dunia laa hehee

Yana Shaiful said...

@Nani> waaa nani..berjaya ye berdiet..k.yana xstart diet lg..mulut ni asyik nak mkn jee hehee..nasi ni simple jee..mcm msk nasi biasa jee :=)