Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^
Jumaat pertama bulan Disember 2014..Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.. Hampir 2 minggu tak dapat update blog..Sedikit sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah selesai ^__^
ok..pemanas dapur maya hari ni..kita layan dulu kuih kegemaran yana dan anak2.. Seri Muka Gula Melaka..yana buat minggu lepas lagi..Suka guna resepi Kak Nadz nii cuma yana ada buat sedikit penambahan..sory ye kak Nadz..1st time yana buat kuih ni agak lembik sedikit..susah nak potong..so, kali ni yana tambah sedikit tepung jagung & tepung gandum..Alhamdulillah..lembut jugak.. Moh kita layan pic je lah ekk..kuihnya udah habisss ^__^
SERI MUKA GULA MELAKA
Resepi : Kak Nadz @ Cute Oven Small Kitchen
BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH
1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam
CARA PENYEDIAAN:-
- Basuh beras pulut dan toskan.
- Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam
- Kukus sehingga masak
- Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 x 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik
- Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan2 biar padat dan rata
BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS
200 gm gula melaka ( potong kecil-kecil ) ~ yana campur nise dr klate
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur ~ yana guna saiz B
1 tbsp tepung jagung ~ yana letak 2 sudu besar
1/4 cawan tepung gandum ~ yana tambah 1 sudu besar lagi
1/2 tsp garam
CARA PENYEDIAAN:-
- Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut
- Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. ( klu ada ketulan, boleh ditapis )
- Masakkan adunan di atas api hingga naik wap
- Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak
- Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :-)
5 comments:
SAlam singgah..
Singgah untuk cari mimum pagi..hihi
jemput follow ye
http://teratakcassia.blogspot.com/
Ohh... macam buat serimuka tapi lapis atas buat guna gula melaka ye Yana. Sedap juga ni.
sedapnyer yana... dah lama akak tak buat serimuka ni.. trliur pulak...
Cantiklah warna atas serimuka tu Yana... kejadiannya pun sempurna, tak nampak kekurangannya.
lebron 15 shoes
air max
retro jordans
yeezys
yeezy boost
nike air force
Kanye West shoes
christian louboutin shoes
longchamp
air max 95
Post a Comment