Friday, December 19, 2014

NASI SERAI & AYAM MASAK KARI KERING

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Menu beberapa hari yang lalu..Nasi Serai dan Ayam Masak Kari Kering..Tetiba teringin nak makan nasi serai..dah lama tak buat tak makan..Rasanya dulu yana pernah buat versi nasi serai ala2 nasi lemak..Resepi dari kak Nor ni lain sikit..simple je..macam nak buat nasi minyak tapi kedua2nya sedap kat tekak kami sekeluarga ^_^

Untuk geng dengan nasi serai nii yana buat Ayam Masak Kari Kering..Cilok dari dapur Kak Nor jugak..Terima kasih ye kak share resepinya..Sedap sangat kari nii bergandingan dengan Nasi Serai yana yang ijo tu..saje tambah sedikit kaler ijo nak bagi ceria sikit baru selera anak2 nak makan~~~ Peace~~


NASI SERAI


BAHAN-BAHAN:-

2 cawan beras ~ k.nor & yana guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor & yana guna windmill

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.


* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan. 



AYAM MASAK  KARI KERING

BAHAN-BAHAN:-


1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 - 2 biji ubi kentang ~ dipotong


Goreng ubi kentang 1/2 masak ~ angkat dan toskan.
Kemudian goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.
~~~~~~~~~~~
Bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
jus asam jawa
garam
gula ~ jika suka

Cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ubi kentang, sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
Kacau2 dan masukkan ayam.
Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.


Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Kakzakie said...

Ok... betul-betul ni kakak nak cuba Yana. Esok tak boleh sebab ada pengantin tapi Ahad kakak nak masak inilah..:)

Fadzillah said...

Salam kenal Yana.... singgah sini.
Nampak sedap lagi menyelerakan nasi serai serta kari ayam kering tu. Share resepinya ya, bolehlah dicuba nanti.