Saturday, December 20, 2014

KEK PISANG LEMBAB

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Kek pisang untuk minum petang 2 hari yang lalu..Agak sedikit kecewa buat kek pisang ni sebab kejadiannya bukan seperti yang diimpikan ^__^..Biasa kalau buat kek pisang suka sangat tengok urat2 pisang yang timbul tapi kek kali ni kurang pula uratnya..tidak diketahui kenapa~~Tak pelah..janji sodap dimakan..Dah habis pun kek nii..sedap makan suam2 bersama teh o panas..wallaaaa~~~~


KEK PISANG LEMBAB

BAHAN-BAHAN:-
4 biji pisang emas ~ lecek ( Kak Azie guna 5 biji )
1 cawan gula kaster ~ yana guna 3/4 cawan
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan ayak:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbinat
1 sk baking powder

Bahan lain:
1 sb jus limau nipis ( Kak Azie & yana tak letak )
1 sk esen vanila

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170c. Lenser mentega pada loyang. Ketepikan.
  2. Putar gula, telur dan minyak dalam anggaran 3 - 5 minit @ hingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata
  3. Masukkan pula tepung yang telah di ayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula
  4. Masukkan esen vanila, jus limau dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 - 60 minit atau sehingga masak
NOTA: 
Apabila permukaan atas telah perang, saya kurangkan suhu ke 150c. Saya bakar selama 1 jam



Selamat Mencuba :-)

1 comment:

Amie said...

Kak Amie pun adakalanya buat kek atau apam pisang tak kuar urat pisangnya he hehhe... walaupun guna jenis pisang yang sama. Tak apalah Yana, yang penting sedap & ada rasa pisang.