Wednesday, December 10, 2014

MOIST MUFFIN PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Selalu sangat buat muffin coklat..boring jugak kan..kali ni try buat muffin pandan..alahai semerbak wanginya..muffin ni yana buat wiken lepas..anak2 nak makan kek tapi ibu kemalasan nak keluarkan mixer so buat je muffin..just guna senduk  sambil tu boleh main masak2 dengan anak2..suruh dia ayak tepung pastu kacau sikit2..tabur badam..suka sangatlah kalau ibu bagi buat semua tu ^_^

Hokey..jom semak resepinya..sedap tau muffin pandan nii~~~



MOIST MUFFIN PANDAN

BAHAN-BAHAN:-

200gm tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bicarbonat
1/2 sk garam
120gm gula kaster 
200ml santan ~ guna 100ml santan kotak + 100ml air
100 minyak jagung
2 biji telur
1 sk pandan paste
1/2 sk pandan essence
Sedikit pewarna hijau
Badam hiris atau apa yg disukai ~ tabur ~ yana letak badam cincang

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 190c. sediakan muffin cups
  2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam. Masukkan gula dan kacau rata.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan santan, minyak, telur, pandan paste, esen dan pewarna
  4. Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau dengan menggunkana whisk sehingga sebati
  5. Tuang adunan dalam papercups. Tabur dengan badam
  6. Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Kakzakie said...

Cantik pulak bila muffin warna hijau muda guna paper cup corak macam itu ye Yana..

Ayu said...

assalam yana
muffin pandan memang wangi aje baunya
bila dibakar tu..rasanya pun sedapp.

IeRA said...

salam..

saya pun pernah buat resepi ni..sedap!

cheq da said...

Sedap tu yana

halina kesera said...

klo buat awl shari b4 mjlis ok ke..sbb mnggunakan santan