Sunday, December 21, 2014

VANILLA CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Projek buat cupcakes dengan anak2..Dah lama janji nak buat kek bertemakan frozen nii..Ibu je tak berkesempatan nak layan permintaan anak..sory yer kakak..Dah berbulan2 kakak mintak ibu buat kek frozen baru sekarang ibu dapat buat..Pergi bakery semalam takde edible image saiz besar..ada saiz kecik ni je..Maka projek cupcakes je lah..

Vanila cupcakes ni feberet ibu tapi anak2 layan jugak sebab dah jadi kek frozen..Kalau tak jadi kek frozen gaya gini harus tak laku..Anak2 lagi suka kek coklat..yang tu laju je makan..memang kuat demam frozen ni kan..bila nak hilang pun tak tahu laa..Okess layan je la ekk..Cupcakes ni memang sedap sangat bagi yana.. Sudi2lah menerainya ^___^ ~~~peace ~~~



VANILLA CUPCAKES

BAHAN-BAHAN:-
3/4 cawan butter (6oz )
3 biji telur ~ suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour ( saya guna tepung gandum )
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster ~ yana guna 1 cawan + 1 sudu besar je )
3 sk vanila ~ boleh lebihkan
1 1/4 cawan susu ~ Kak azie & yana guna buttermilk
2 1/2 sk baking powder

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170c.
  2. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder
  3. Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
  4. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15 - 18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak
  6. Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

CREAM AISING

Resepi : Kak Nina @ Coratcoret Nina

BAHAN-BAHAN:-
1kg krimwell
1/2 kg gula icing

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Pukul krimwell hingga kembang
  2. Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
  3. Adun bersama colour ( oil base ) dan dah boleh ubah utk mendeco-deco
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

cheq da said...

Cantik tu..
anak cheq da pun mintak gak tp masa jea xde

Bbwana adienia said...

Comel sgt nampaknya dgn gambar frozen tu..pasti anak2 suka kan :)

affafkusayang said...

salam singgah..

comelnya...saya ni dah lama nak buat kek guna gambar frozen tapi asyik habis jer kat bakeri... kata dia orang hot item..huhuhu

Kakzakie said...

Kakak kalau tengok Yana buat apa pun resepi memang menjadi. Yg ni cantik dipandang mata. Macam sayang nak gigit hihi...

Semalam kakak dah buat nasi serai macam Yana buat tu tau. Memang sedap. Abang dgn anak-anak pun suka:)

Mayang ABDUL RAZAK said...

comeinyer