Monday, July 23, 2012

IKAN BAWAL MASAK CHUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat bersua kembali di bulan yang penuh keberkatan ini..cepat betul masa berlalu..hari ni dah 3 Ramadhan baru dapat bern3 ^^..Ekeceli, yana baru balik semalam selepas 2 hari berpuasa kat umah mertua..Alhamdulillah..seronok sangat dapat bersahur lepas tu berbuka ramai2..Macam2 juadah ada^^

Okes..untuk permulaan n3 bulan puasa ni kita layan dulu menu sahur yana semalam..Ikan Bawal Masak Chuan..resepi simple ni yana selongkar kat umah sifu CMG..blur xtau nak masak apa untuk sahur..nak masak yang simple2 jer sbb makan keseorangan tanpa ditemani En.Hubby.. huwaaa...En.Hubby kena keje malam seminggu..ini bermakna sahur dan berbuka dgn damia je laa..cedihnyaaa *_*..Apa2 pun kita cuci mata dulu yer..kalau ada kawan2 yg xtau nak masak apa untuk sahur nanti boleh lah cuba resepi CMG ni..memang sedap dapat makan dgn nasi panas2 + sambal belacan ^__^


IKAN BAWAL MASAK CHUAN

BAHAN-BAHAN:-

3 ekor ikan bawal putih saiz sederhana
1 biji bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 biji cili merah ~ buang biji, hiris dan dadu halus ( yana guna cili api )
3 camca besar plum sos
1 camca besar sos tiram
1 cawan air
Sedikit kicap cair
Gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA NAK BUAT:-
  1. Ikan disiang, cuci bersih, kelar sedikit dan lumur dengan secubit garam, serbuk lada sulah dan sedikit serbuk kunyit. Goreng hingga kuning keemasan, toskan dan susuh dalam pinggan sesuai.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga wangi. Masukkan cili, sos plum dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan air, Biar mendidih. Tambah gula secukup rasa dan kicap cair.. Masak hingga pekat. Tuang atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun bawang dan hidang segera selagi hangat.

Selamat Mencuba :-)

6 comments:

izahdaut said...

seronok ye dapat balik kmapung berbuka dgn mil. mmg melaparkan betul tgok lauk ikan yana ni. haish.. :-)

adda syuhada said...

sedapnya tgk ikan masak cmni...kalau masak cmni selalunya yang serdak kt atas tu la yg hbis dulu..kihkihkih

nOOrsha said...

salam yana..sedap nampak ikan masak chuan tu :)

selamat berpuasa ye yana..

Mas Sani said...

salam ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa yana....

bestnya lauk, suka tgk bwg yg byk atas ikan tu...bestlah hihihi

Chekgu Azrine said...

1st time dengar masak chuan.. tp nampak sedap tuh..

shebi said...

replica bags philippines wholesale visit our website u8v25l1l94 9a replica bags replica bags dubai replica gucci handbags z2d96f1m02 replica bags korea 7a replica bags philippines replica hermes bag j7p96y7m88 replica bags turkey