Thursday, October 6, 2011

SHEPHERD PIE

Assalamualaikum dan selamat pagi..Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini..syukur pada Mu Ya Allah..sory semua coz tuan umah bizi memanjang..xsempat nak berkunjung ke umah kengkawan..InsyaAllah hari ni ada sedikit masa terluang dan boleh lah yana nak menyekodeng umah kengkawan..

Hari yang indah ini kita mulakan dulu dgn resepi ala2 org putih gitew..Shepherd Pie..tak tau kenapa seminggu dua ni yana asyik duk buat pie jee..tibe je rasa best hihii..Pie ni projek utk minum petang semalam hasil dari perskodengan yang dijalankan kat umah Kak Ummi sedikit masa lalu..dah lama pie ni duk bertapa dalam almari..Jom kita layan je laa..Pagi ni boleh lagi bekpes dgn Shepherd pie..kenyang sgt :=)

SHEPHERD PIE
Resepi: Kak Liza ( xleh nak link hari ni..lain kali yana link ek )



BAHAN-BAHAN:-

500 gm daging kisar ( Yana guna ayam yg dicincang je )
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas ( yana ganti dgn mix vege )
8 biji cendawan tin [belah 4] ( xletak )
5 biji buah tomato masak - ummi letak 3 biji je
1 batang carrot [potong dadu] ( xletak )
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging ( xletak )
2 s/b minyak garam
Cheddar Cheese secukupnya ( yana tambah )
Sedikit serbuk perasa ( yana tambah )

BAHAN KENTANG:-

1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar
2 s/b mentega garam,
serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya


CARA NAK BUAT :-



1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan akcau sehingga masak.
5. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalam mangkuk kecil. (*Ummi letak dalam foilcup kecil2 - senang anak2 nk makan)
6. Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
7. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
8. Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
9. Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Taburkan cheese di atas kentang lecek ( yana tambah )
11. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit
12. Sejukkan dan hidangkan. ( Yana suka makan yg masih panas :=)

Selamat Mencuba :=)

Wednesday, October 5, 2011

CUCUR BILIS KEMBUNG~ pembuka hari ini

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..awal pagi lagi dapat pgg cik lappy hari ni..semalam yana masih lagi kebizian..apa laa yg dibizikan tu pun yana xtau..ada je keje nak buat..Kejap lagi InsyaAllah nak keluar pula..tunggu 1/2 jam lagi nak kejut Damia tapi kebiasaanya pukul 9 damia dah tersengih keluar dari bilik..Alhamdulillah..dia xbanyak ragam klu bgn tido..bangun je terus selongkar box mainan dia..xpun cari remote tv nak suruh ibu buka tv..mcm tu la dia tiap hari..ok..stop citer damia hehee..

Pagi ni Yana kelaparan terlalu awal..mcm nak kena gastrik jee coz malam semalam yana xmkn apa..patut la pagi ni perut menyanyi lagu zapin lagi haa..lapar sgt la tuu..Lepas je solat and mengaji sikit terus je masuk dapur buat kacau bilau hihii..tup tup jadi lah cucur bilis kembung yang tak berapa nak kembung nii..

Resepi cucur kembung ni yana selongkar resepi Sofinar MyResepi..ramai yg dah mencubanyaa..semua kembung tapi yana punya..hmm..mcm2 bentuk kejadianya..Dah lama praktis tapi still jugak mcm tu..jadi bentuk kura-kura laa..kepala gajah lah..ngeee..apa2 pun..dah setle maka cucur tersebut..jom layann :=)

CUCUR BILIS KEMBUNG
Resepi: Sofinar


mcm2 bentuk kejadiannya :=)
BAHAN-BAHAN:-

300gm tepung gandum
1 biji telur ( yana tak letak )
1 sudu yis mauripan
1/2 cawan ikan bilis
1 labu bawang besar
2 pokok daun bawang 
1 1/2 cawan air ( ikut kesesuaian )
Tauge ( jika suka )
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit gula ( yana tambah )



CARA NAK BUAT:-

  1. Blender bilis, telur, bawang dan air bersama hingga hancur
  2. Gaul tepung dan yis sekejap, masuk semua bahan dan gaul rata. Perap lebih kurang 30 minit.
  3. Jemput2 dan goreng. Cucur ni lembut dan bulat2. Enak dicicah sos cili.
  4. Note: adunan agak cair sikit tapi jgn risau, bila masuk minyak, mmg akan kembang..
Selamat Mencuba :=)

Tuesday, October 4, 2011

LONTONG GORENG

Assalamualaikum semua..dah lama rasanya tak bersiaran..semalam adalah hari yang amat membizikan..mcm2 benda nak setle..Tak mau cakap banyak..Nak masuk dapur pula kejap lagi..ada projek sikit dgn Damia hihii..Meh layan dulu bekpes kami tadi Lontong Goreng..dah lama tak makan Lontong goreng..teringat dulu mama yana selalu buat klu nasi impit tak abis..Rasa Lontong goreng ni macam makan nasi goreng jee dan amat mengenyangkan :=)

LONTONG GORENG


BAHAN-BAHAN (untuk 2 orang )

Semangkuk nasi impit ( didadu )
1 senduk cili kisar
2 ulas bawang merah ( tumbuk/kisar )
3 ulas bawang ( tumbuk/kisar )
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap manis
1 biji telur
Isi ayam secukupnya
Sawi
Kubis
Daun sup/daun bawang
Garam dan serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga garing.
  2. Masukkan isi ayam. Gaul kejap dan boleh masukkan sos tiram, sos tomatodan kicap. 
  3. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  4. Masukkan lontong, sawi dan kubis. 
  5. Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati hingga lontong bersalut dengan telur. Kacau sentiasa.
  6. Last, masukkan tauge dan masak hingga tauge sedikit layu. Boleh tutup api.
  7. Taburkan dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang ketika dihidangkan. Nak pedas boleh tambah cili api yang dipotong.
Selamat Mencuba :=)


Sunday, October 2, 2011

BUN INTI JEM RAMBUTAN

Assalamualaikum dan selamat pagi..hari ni yana bekpes dgn Bun hasil  projek meroti semalam..saje nak abiskan stok tepung roti yg tinggal sekangkang kera lagi tu hikhikk..Jem rambutan pula pemberian SIL minggu lepas..byk dia bagi..nak cepat abis kena buat cani laa..lepas ni kot2 jadi inti pau pula..sedap jem rambutan my SIL buat..confem lepas ni kena menuntut ilmu dari dia..puji dia lebih2 sikit..pasni dia bleh bagi lagii..huhuu

Jom je lah kita jamu mata..Bun ni yana buat guna resepi Roti Mayonis Kak Yani..mmg sedap dan gebuss jee..mcm2 bleh buat dgn roti ni tau..sorry pic kurang menarik perhatian today coz xde mood..majuk manja dgn En.H..yana main snap jee sebelum di ngap..ngeee..Jom layaannn :=)


ROTI MAYONIS
Resepi : Kak Yani


BAHAN-BAHAN:-
  • 300g tepung roti
  • 110g air
  • 50g water roux
  • 50g mayonis
  • 45g gula
  • 45g marjerin/butter
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar susu tepung



CARA NAK BUAT:-
  1. Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
  2. Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
  3. Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik dan mas masukkan inti .
  4. Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
  5. Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit

Selamat Mencuba :=)

Saturday, October 1, 2011

APPLE CRUMBLE WITH CHOC ICE CREAM

Assalamualaikum dan selamat petang semua..bestnya klu dapat keluar jln2 hari ni kan tapi En.H kena keje pula..kna duk dgn Damia lagi hari ni..ku ingatkan bleh kuar jalan2 sambil cuci mata huhuuu..xpe lah..En.H p cari rezeki kan..bkn p tempat lain pun..kejap lagi sampai la kat umah nii..ngeee..

Bila rasa boring mcm ni mula lah yana nak cari projek membizikan diri..klu x, asyik nak tido jee..mula2 pk nak buat kek..aduss tepung dgn telur xckp stok pula..nak keluar males..hmm..tgk dlm esbox still ada 3 biji epal hijau..terus pk nak bt Apple Crumble..godek2 resepi berkenan kat umah Kak Ummi Kuantan..simple je resepi..apa lagi, terus je projek jalan..hihii..bestnya dapat mkn bersama ice cream..sejuk je tekak nii..Jom layann :=)

APPLE CRUMBLE WITH CHOC ICE CREAM


BAHAN-BAHAN:-

Bahan A:
  • 4 - 5 biji epal merah.. kupas kulit n potong dadu
  • 1/2 cwn brown sugar..gula castor pun boleh.. (agak manis, next time kena kurangkn sikit)
  • 1/2 cwn kismis..ikut suka
  • sedikit serbuk kayu manis..boh klau suka
Bahan B:
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 150 gm butter pd suhu bilik
Untuk Tabur: Hirisan badam/kekacang.. ikut suka (akak letak badam hancur)
Cara Menyediakan:-
  1. Satukan semua bahan A gaul rata n masukkan dalam loyang pembakar.
  2. Satukan kesemua bahan B kecuali badam. Gaul dan ramaskan dengan hujung jari sampai jadi seperti serbuk roti.
  3. Taburkan adunan tepung tadi ke atas apple. Jangan ditekan. Taburkan hirisan badam .
  4. Bakar pada suhu 180C +/- 40 minit sehingga adunan tepung nampak keperangan.

Selamat Mencuba :=)