Wednesday, March 2, 2011

ROTI POKET DORAEMON

   





Ok tak nama resepi tu hehee..hmm..gmbar kurang memuaskan la plak..resepi ni juz c&P dari blog SECUBIT GARAM dan juga MAMAZIEZA..dah lama rasa nak buat roti poket ni..so, malam ni kena try gak buat..terpesona tengok lam blog2 lain dah buat roti cute miut ni..finally siap jugak buat roti ni sambil duk berperang dengan little baby hehe..juadah makan malam kami untuk malam ini roti poket..sesuai utk orang berdiet hehe..jom kita ke dapur tengok resepi..

ROTI POKET DORAEMON

BAHAN-BAHAN:-

8 keping Roti Gardenia ( 2 orang je nak makan )
1 biji telur ayam
Isi Ayam ( rebus )
Kubis
Tomato
Mayonis
Serbuk roti
Sos cili

CARA NAK BUAT :-

Lapis 2 keping roti dan buang bahagian tepinya. Kemudian gelek tepi roti rapat2.
Lepas tu celup roti dlm telur. kemudian golek2 plak dengan serbuk roti. Pastu boleh goreng. Jangan terkejut kalau roti tu menggelembung memang kita nak macam tu hehee..Bila roti dan kuning keemasan boleh lah angkat. Dah angkat bleh la potong..maka jadi lah poket doraemon heehee..

INTI:-

Rebus isi ayam pastu gaul dengan kubis dan buah tomato. Kubis hiris biar jadi macam nak buat kerabu. Gaul semua dengan mayonis dan sos cili. Dah siap gaul semua bolehlah isi dalam poket tersebut..Kalau ada salad lagi lawa dan berseri roti poket kita tapi ari ni yana tak de so buat apa yang ada je laa..

* inti boleh je nak tukar lain. Nak buat sardin boleh..tuna boleh..daging cincang boleh..suka hati je nak makan inti ape hehee..


PUDING JAGUNG

Puding ni menu petang semalam..tak sempat nak bern3..pe2pun layan lu resepi simple ni.. senang sesangat nak buat..resepi yana mana ada yang susah kan..yana bukan pandai masak pun..janji apa yang dimasak bleh dimakan and hubby makan abis..itu maknanya sedap lee hehee.. jom kita ke dapur..

PUDING JAGUNG

BAHAN-BAHAN:-

1 Cawan tepung kastard
1 Cawan jagung manis
3/4 Cawan gula
2 cawan susu cair
3 Cawan air

CARA NAK BUAT :-

Masak semua bahan diatas dengan api yang sederhana dan sentiasa la kacau sampai jadi pekat dan berkilat. Lepas tu bleh lah masukkan dalam tupperware ke pe2 ke and simpan lam esbox. Dah sejuk and keras baru best makan. Slamat mencuba..

CILI API @ CILI PADI

Pagi tadi buka esbox..argghh terkejut coz cili api tak de..tak selera la nak makan ari ni heheee.. Tak tahu la nape aku ni hantu pedas..sama gak dengan adik lelaki aku yang sorang tu..kami suka pedas termasuk lah jugak my lovely mama..tak best menjamu selera kalau tak de cili api..Time pregnant dulu lagi la aku suka makan pedas.. doc dah pesan tak boleh makan sangat tapi aku betul2 tak selera kalau tak de kepedasan..
Bila dah kahwin dapat hubby tak suka sangat makan pedas..so, time masak kena hati-hati lah takut terlebih pedas..cian kat dia kalau masak terpedas mesti makan sambil airmata kuar meleleh hikhik..Kalau makan sup or tomyam kena letak byk2 baru power tapi kena ingat la hubby pun nak makan gak..kalau makan dengan dia aku kena kurangkan sikit coz kalau dia nampak aku makan cili api banyak mesti dia membebel sikit hehee..
Aku tahu bahaya makan cili api banyak tapi nak buat cane memang lidah ni nak sangat makan pedas.. Aku pernah sorok lam handbag time beli cili api takut hubby nampak coz aku baru je beli 2 hari tapi dah habis.. dia tak tahu aku suka melantak banyak2 time dia tak de.. kadang2 makan roti sandwich 2 keping pagi aku bleh letak 2 biji cili api setiap keping..sbb tu cili apii umah aku cepat abis hehe.. rasa nikmat sangat makan makan pedas hehee..
Well..ini lah citer aku pasal cili api kegemaran aku ni..petang karang kena kuar la beli cili api hehee..

Tuesday, March 1, 2011

NASI KOMOK


Salam tengah hari..semalam tak sempat nak N3 resepi..baby jeles tak bagi ibu pegang laptop hehee.. pe2pun mood dia tengah ok skg so ada masa la nak bern3 jap..Nasi komok ni resepi dari Thailand..macam nasi beriani gak..mama yana selalu masak kalau anak-anak dia balik kampung. Tak susah pun nak masak janji ada rempah komok..Nasi ni gak tak de kuah juz makan dengan sos cabai je..hubby yana suka makan nasi ni..my baby pun suka gak hehee.. jom kita ke dapur semak resepi..

NASI KOMOK

6 ketul ayam
3 pot beras ( cuci dan toskan )
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
2 ulas bawang putih (mayang)
1 ulas bawang merah ( mayang )
1 inci halia ( mayang)
1 inci kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 sudu besar rempah komok ( campur sikit air )
Air secukupnya


CARA NAK BUAT :-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Bila dah wangi masukkan rempah komok dan kacau. Lepas tu masukkan ayam dan gaul rata 5 minit. 

Kemudian masukkan air macam nak masak nasi dan masukkan juga susu cair. kacau jap dan masukkan bahan perisa. Dah cukup rasa boleh lah tutup periuk tunggu hingga ayam masak.
Keluar ayam yang dah masak dan masukkan beras yang telah di toskan tadi. Kacau sentiasa dan masak je macam masak nasi biasa. Senang je kan..Slamat Mencuba..



SOS CABAI
Bahan-bahan:-

10 biji cabai merah*
2 biji cili api ( nak pedas boleh tambah lagi )*
2 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah*
Cuka (Sikit je )*
Air nak blend *
Garam
Gula
Limau nipis

CARA NAK BUAT :-
Bahan * tadi di blend. Lepas tu masak atas api. Kacau sambil tambah lah garam dan gula. Perah limau nipis biar ada rasa masam-masam manis.

*Nasi ni boleh di makan bersama dengan timun and tomato jugak..

~PISANG~ suka sangat sangat..

Salam 1 Mac 2011..bulan baru ni utk 1st n3 yana nak cite sikit pasal buah kegemaran yana..jengjengjeng..mesti lah buah Pisang atau dalam bahasa inggerisnya Banana..buah ni adalah salah satu buah yang sangat2 yana suka..Masa keje kat kl dulu ari2 beli kat 7E buat brekfast..pisang kat 7E besar harga rm1..makan sebiji pun dah kenyang.. 
Tapi tau tak buah pisang ni istimewa coz dari daun sampai lah batangnya semua ada kegunaan untuk manusia.  Pisang jugak ada banyak jenis dan nama..pisang feveret yana namanya pisang Berangan..best sangat pisang ni..Well, pisang ni banyak manfaatnya..selain cepat mengenyangkan pisang juga baik untuk kecantikkan dan jugak diet..bleh buat masker nak bagi kulit cantik dan bebas jerawat..masa zaman anak dara dulu rajin jugak buat ni tapi dah kahwin dah ada anak ni kurang plak rajinnya..banyak keje lain lak nak buat hehee..
Pisang gak selain bleh makan begitu sahaja bleh gak buat cekodok dan juga masak gulai..dulu aku tak tau jugak best rupanya gulai pisang ni..1st time makan mak mertua abang aku yang masak..dia orang perak dah biasa makan gulai pisang..sejak tu slalu gak aku makan..mama aku dah pandai masak..aku plak tak pernah masak sendiri g hehee..nanti la ada masa aku try masak..
Si jantung pisang plak best sangat makan buat ulam..ciacah dengan sambal belacan tak pun dengan budu..huhuu..makan nasi tak ingat nak diet lah hikhikk..Sejak kahwin dengan orang Pendang plak baru tau batang pisang bleh dibuat gulai..memang best sangat..Tak rasa macam makan batang pisang..kalau dulu setahu yana batang pisang ni bagi lembu je makan hehee..Gulai batang pisang yana tak belajar lagi dengan mak mertua..hubby suka gak makan maknanya kena belajar masak laa hehee..
Ok lah dulu cite pasal my feveret fruit..kita cite benda lain lak untuk lain kalinya hehee..