“Apa? Ibu nak Alif kawin dengan Yaya gebu tu? Soal Alif terkejut. Dia seperti tidak percaya dengan keputusan yang dibuat oleh ibunya. Dia tidak menyangka kepulangannya ke kampung pada hari ini membawa berita buruk baginya.
“Kenapa? Tak boleh ke? Ibu tak nampak kekurangan pun pada Yaya”, Mak Esah sedikit kecewa dengan jawapan anaknya.
“ Memang tak ada kekurangan tapi banyak yang berlebihan”, kata Alif dalam nada marah. Dia langsung tidak memandang wajah tua ibunya.
“Engkau jangan nak menghina Yaya. Engkau kena ingat Alif, keluarga dia banyak membantu kita. Apa engkau dah lupa ke siapa yang tolong kita masa kau nak masuk universiti dulu, keluarga Yaya yang bantu kita. Masa adik kau masuk hospital sebab demam panas keluarga dia juga yang bantu kita. Yaya sendiri sanggup tidur di hospital jaga Ani sebab Ibu tak dapat nak teman Ani.
“Ibu, takkan disebabkan semua tu Alif kena kahwin dengan dia. Tak adil bagi Alif Bu,” rayu Alif. Dia duduk disebelah ibunya. Matanya memandang tepat wajah ibu dan mengharapkan belas kasihan dari ibunya
“Alif, Yaya suka sangat dengan kau. Sampai sekarang dia masih tak nak kahwin sebab nak tunggu kau. Bila Haji Sulaiman tanya pasal kau Ibu terus setuju sebab Ibu malu nak tolak permintaan dia. Hmm..Engkau dah ada kawan perempuan ke?”, tanya Mak Esah sambil memegang lembut tangan anaknya. Dia menanti jawapan dari Alif.
“ Ibu, itu bukan soalnya tapi yang pasti Alif tak nak kahwin dengan Yaya. Itu keputusan Alif ”. Dia meninggalkan ibunya yang masih lagi menunggu persetujuan darinya.
“ Yaya, kau jangan berangan lah nak kawin dengan aku. Cermin dulu muka engkau tu. Aku ni hensem, kau tu tak ada pun selain lemak berlebihan je,” kata Alif sambil ketawa.
“ Sekarang ni memang kau cakap macam tu tapi kau kena ingat, takdir Allah tak ada siapa yang tahu. Mana lah tau 10 tahun akan datang kau akan dapat terima aku seadanya”, jawab Yaya sambil tersenyum dan meninggalkan Alif keseorangan. Dia sedikit pun tidak terasa hati dengan kata-kata Alif.
Alif tersedar dari lamunan apabila terdengar jeritan dari ibunya di dapur. Wajahnya masih tidak menunjukkan kegembiraan. Dia teringat kata-kata Yaya lebih 10 tahun dahulu. Ketika itu dia masih menuntut di tingkatan lima.
“ Mungkinkah kata-kata Yaya akan jadi kenyataan? Tidak! Tak mungkin..Tak mungkin,” bisik Alif dalam hati.
“Tak mungkin. Aku tak kan kahwin dengan Yaya. Nanti apa kata kawan-kawan aku kalau tengok isteri aku gemuk, gebu, tak cantik,” hati Alif masih berkata-kata.
Alif cuba lelapkan mata tapi fikirannya masih berputar teringatkan kata-kata emaknya petang tadi. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka dalam masa yang sama dia juga tidak mahu berkahwin dengan Yaya. Dia malu memperisterikan Yaya.
Alif cuba lelapkan mata tapi fikirannya masih berputar teringatkan kata-kata emaknya petang tadi. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka dalam masa yang sama dia juga tidak mahu berkahwin dengan Yaya. Dia malu memperisterikan Yaya.
“ Ya Allah! Berilah aku petunjuk Mu. Apa yang perlu aku buat, aku tak nak jadi anak derhaka pada ibu aku atau mungkin ini balasan yang harus aku terima kerana aku banyak menyakitkan hati Yaya dulu. Dia tak pernah buat salah pada aku, dia cuma suka pada aku tapi aku...”, Alif menadah tangannya memohon petunjuk dari Allah. Fikirannya buntu. Dia memejamkan matanya rapat dan menarik nafas panjang.
To be Continue...
To be Continue...
No comments:
Post a Comment