Showing posts with label GA. Show all posts
Showing posts with label GA. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

" Saya mahu CANTIK dan SIHAT dengan VITAMIN E dan VITAMIN C. Jom dapatkannya dgn HARGA PROMO di Ummi Irfan.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Dah hampir seminggu dapat tag join GA ni..hari ni baru terkelam kabut nak buat entry..udahlah due datenya hari nii hihii..agak bizi sedikit sekarang..nak berBW pun tak sempat..update je blog terus sign out..sorry yer kengkawan semua..InsyaAllah ada kelapangan nanti yana singgah yer ^_^

Ok..jom ramai2 kita join GA dari Ummiirfan.com..Ejen Shaklee yang berjaya ni tau..syarat penyertaan pun senang je..anyone pengguna shaklee tu harus terjah blog nii..harga menarik sedang menanti anda..macam2 promosi ada sepanjang disember nii..Jom kite terjah :-)


Okess..DONE ^_^

Friday, November 14, 2014

' SIMPLE GIVEAWAY BY BBWANA ADIENIA '

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^^__^^

Dah lama tak join GA..Hari ini terbuka hati pulak nak join simple GA dari kawan blogger yang cun melecun toke kek yang makin maju nun yang jauh di Sabah ^__^..Syarat pun simple jee..moh kita pakat2 join bagi support..hadiah pun menarik tau....Nak join klik je SINI


Okess..DONE!!

Sunday, April 6, 2014

AMIE'S 1ST GIVEAWAY : DEBAR MENANTI KELAHIRAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..berjaya juga siapkan GA Kak Amie cayang..simple2 je kak..tak sempat nak mengarang panjang..asyik kena kacau je heheee..


Okess..untuk GA ni yana kongsi kelahiran yang pertama ^__^..Selepas 7 bulan mendirikan rumah tangga dengan insan tercinta yana disahkan hamil 7 minggu..Alhamdulillah..Gembira sangat walaupun masa tu suami tiada di sisi sebab kami berjauhan lepas kawin..Banyak sangat pengalaman pahit manis masa mengandung baby pertama ni..tinggal dengan kawan2 bujang..kita je yang mengandung..masa tu kawan2 yang banyak membantu~~~

Awal kehamilan tiada masalah melanda..hinggalah minggu ke 35 yana mula dapat darah tinggi..Alahaii..dah jaga betul2 pun dapat jugak penyakit tu hehee..Tanggal 12 Jun 2010 yana dikejarkan ke hospital kerana darah tinggi 180/90 masa buat monthly checkup di klinik..Pertama kali naik ambulan..Ya Allah laju betul ambulan macam la aku dah nak beranak~ dalam hati je cakap mcm tu~MA terus check tekanan darah yana..turun sikit 140/90 tapi still tinggi..dalam ambulan call suami bagitau kena masuk hospital..terus dia beli tiket naik bas datang dari Penang..masa tu kami PJJ..dia kerja kat Penang yana kat selangor ^__^

Hari ke 3 di hospital tak ada tanda darah yana kembali normal. So, doktor ambil keputusan nak induce.. Cakap ok je walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu betapa takutnya diri ini..buat lah apa saje doktor janji semua selamat. Jam 3 petang keesokkan harinya yana di induce. Ada juga dengar cerita dari akak2 yang berpengalaman beritahu induce akan lebih sakit dari sakit tanpa induce. Kita dengar aje sambil berdoa moga dapatlah menahan kesakitan yang akan di alami bila2 masa aje..

Jam 6 petang dah mula rasa sakit sikit2. Sambil tahan sakit tu sempat lagi makan pulut kuning dengan kerutuk ayam mama buat..selera betul makan..tak cukup satu tupperware hehee..Sekitar jam 10 malam rasa sakit makin kuat tapi masih dapat di tahan. Bila nurse check pintu baru terbuka 2cm..Alahai lambatnya. Sebab baru terbuka 2cm, nurse bagi yana ubat tidur dulu. Dia suruh  rest sebab takut nanti darah yana akan lagi cepat naik. Sebelum terlena dibuai mimpi sempat call suami suruh dia datang hospital lepas subuh sebab rasa macam baby dah nak keluar dah..Lepas tu terus yana lena..

Pukul 3.30 pagi yana terjaga dan terus ke bilik air. Keluar dari bilik air rasa sakit makin kuat dari tadi. Dah nak bersalin kot. 10 minit kemudian terdengar bunyi 'pop'. Habis satu katil basah. Terus panggil nurse dan dia suruh yana berjalan ke bilik sebelah sebab nak check bukaan pintu. Dia cakap air ketuban dah pecah.

Perlahan lahan jalan masuk dalam bilik dan baring atas katil. Tiba2 nurse yang sedang check pintu terus menjerit panggil kawan dia yang tengah syok makan jeruk. Kepala baby dah nampak dia jerit. Baby dah nak keluar. Terus dia orang berdua tolak katil yana sambil suruh mengiring dan jangan teran lagi. Masa tu hanya Allah je yang tahu. Dah lah suami tak ada di sisi..Dalam hati hanya mampu berdoa moga semuanya selamat..

Sampai je bilik bersalin nurse suruh tukar baju dulu. Yana tukar cepat2 sebab dah tak tahan sangat. Rasa macam betul2 dah nak keluar tapi nurse suruh tahan lagi. Yana baring je atas katil dan terus teran. Kali yang ketiga teran Alhamdulillah..tepat jam 3.55 pagi 17 Jun 2010 keluarlah puteri pertama kami Nur Damia..Tapi agak terkilan juga sebab tak dapat peluk dia sejurus lepas lahir. Nurse terus bawak dia masuk 'istana kaca'. Dia lahir tak cukup bulan..sebulan awal dari due.. Lahir pun kecil je 1.64kg..

8 jam selepas kelahiran Damia, baru yana dan suami dapat pegang dan bagi Damia susu pertama..rasa nak menangis je masa tengok dia dalam istana kaca..kecil je dia..Nak pegang pun takut ^__^.. Alhamdulillah..seminggu kemudian yana dan damia keluar dari hospital..Masa tu berat Damia 1.8kg..Rasa nak melompat je masa doktor beritahu dah boleh discharge hihii..

Sekarang Damia dah membesar bagai juara..dah jadi kakak pun..Kelahiran kedua tak ada masalah apa2..Alhamdulillah..syukur sangat2 sebab senang juga bersalin ^__^ 

Damia dalam istana kaca ^__^
Damia usia 2 hari
Damia hari ini  3 tahun ++ ^__^
Okess Kak Amie..homework dah siap..Harap puas hati yer kak heheee..
* Yana suka warna biru & Pink ^__^

Monday, April 15, 2013

SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY " Saja-saja nak bagi hadiah.."

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^


Malam ni merajinkan diri update blog semata2 nak join GA Kak Liza dari Sweet Lizahanum..Harap2 ada laaa rezeki ^__^

Hmm..kalau citer pasal hadiah dari insan tersayam of kos kita suka yang teramat..senyum sampai ke telinga kalau dapat..xkisah lah hadiah tu murah ke mahal ke..janji beliau bagi dan paling best kalau dapat hadiah idaman kalbu kan..betul2 suprise ^^

Okess..ini laa hadiah idaman yana buat masa sekarang nih..PIE MAKER..yana suka sangat makan pie..so. kalau ada maker macam nih tiap2 ari yana buat kot ^^..dah lama bagi hint kat en.Laling tersayang tapi dia buat do no jer..cian kita kan..agaknya dia nak bg time aniversary kot tak pun besday nnt ~ ayat nak sedapkan hati je nih kuikuii~ ekceli bkn dia buat do no tapi bini dia ni banyak sangat yang berkehendak hihiii


en.google punyer
Sesiapa nak join boleh tgk SINI yer ^^..jom sama2 kita meriahkan GA Kak Liza..mana tau ada rezeki..InsyaAllah..

Sunday, March 10, 2013

Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Finally..Tun Telani buat GA ^^..Tahniah Tun~ ekceli dari tahun lepas lagi K.yana tunggu GA dari Tun..Tengok pulak tawaran hadiah lagi tak sabar nak menjoinkan diri ^^..bertambah lagi koleksi..kalau dapat hohohoo*_*..Malam ni sepantas kilat nak mengarang sebelum gegirls terjaga dari lena..Sory Tun, tak leh nak mengarang panjang2..ada jew yang mengganggu hihiii..


Jom kita meriahkan GA Tun..klik SINI ekksss

Syarat-syarat penyertaan :-
  1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru.
  2. Buat n3 bertajuk - Tun Telani's 1st Giveaway - My Favourite Food
  3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog Tun.
  4. Tuliskan apa makanan kegemaran anda ^^ kalau ada gambar letak gambar, kalau ada resepi boleh tulis resepi tp tak wajib. Cerita la sket kesedapan makanan tu. hihiii.
  5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen..**** Tun menghadapi masalah utk komen di EMBEDDED komen ye, cuma dpt komen dipop-up window, harap maklum.
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 Mac 2013.
~ Okess, utk pengetahuan Tun..favourite food K.yana mmg banyak tapi yang betul2 favourite ~ LONTONG~ Favourite food sejak dahulu sehingga kini..kalau makan hari2 pun takpe ^_^..


Masa zaman anak dara dulu kalau nak makan lontong bagi tau je mama..sepantas kilat mama K.yana akan sediakan tapi skg nih semua kena buat sendiri huhuu ^_^..Lontong versi K.yana biasanya akan dipenuhi oleh fucuk dan tempe sebab teramat lah gemor pada kedua2nya..okess dah..Tak leh cakap banyak pasal feveret food nih..dah telan air liur~ esok cari bahan kita buat lontong ^__^

INI RESEPINYA :-


KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN:-

3/4 batang carrot ( potong jejari )
1/4 bahagian kubis ( hiris )
2 keping fucuk ( kerat kecil dan rendam hingga lembut )
2 keping tempe ( potong dadu )
2 keping tauhu ( potong dadu )
1 cekak soon ( potong pendek )
1 kiub ikan bilis maggi
2 batang serai ( dititik )
1/2 inci lengkuas ( dititik)
1 biji bawang besar ( hiris halus)
2 biji bawang putih ( hiris halus )
1/4 camca serbuk kunyit
Garam
Gula
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

CARA NAK BUAT:-
  1. Tuang santan cair kedalam periuk dan masak bersama carrot, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. 
  2. Masukkan juga serbuk dan kacau rata hingga sedikit mendidih. Kemudian masukkan fucuk, kiub ikan bilis dan kobis. Tambah air jika kuah kurang. 
  3. Masukkan suun dan santan pekat. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.
* potong nasi impit dan cedok kuah lodeh dengan isi2nya skali. Tambah hidangan lontong bersama telur rebus dan juga sambal  tumis. 


Selamat Mencuba :-)

Thursday, October 27, 2011

Ila_cheqSue~1st ANNIVERSARY GIVEAWAY


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..pagi2 ni nak join GA dulu..GA anjuran Cheq Sue ni bersempena 1st anniversary blog beliau http://chequesuechekgu.blogspot.com/ yang ada byk resepi best2..Tahniah Cheq Sue..dh beberapa hari fikir nak join x..hmm..join je lah walaupun still lg duk pk nak rekemen masakan apa lah kat Cheq Sue nii..bkn pandai msk pun..baru je nak blaja masak..dapur Yana ni byk resepi org lain..terasa kerdil plak diri ini hikhikk..Apa2 pun nak join jugak..

Selepas ditimbang kira jadi yana telah memilih...;D
                


 " Saya rekemenkan Cheq Sue untuk cuba..Kuzi Ayam "
   ( bleh lah ek..resepi turun temurun nii hihii..)