Showing posts with label PAU. Show all posts
Showing posts with label PAU. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

PAU KASTARD

Assalamualaikum dan selamat pagi sabtu semua..hujan masih membasahi bumi Kepala Batas pada waktu ini..sejuk dan nyaman jerr ^_^..sebelum tuan tanah nk sambung tido bersama puteri kesayangan kita jeling2 dulu kuih pau kuning nii..xmau citer panjang pasal pau yang sedang ngetop skg nii..Pau Kastard hasil olahan Kak MaDiHaA cayang dari resepi asal Pau Pulut Hitam air tangan Rahel..InsyaAllah klu ada kesempatan nak jugak merasa kegebuan Pau Pulut Hitam tuu..dh tergoda kat dapur Rahel..klu skg ada tepung pulut hitam tu dah lama yana cuba ^_^..

Jom kita cuci mata je lah ekk..pau gebu dan tembam nii dah abis pun..yana buat inti kaya jer..klu buat inti kelapa kureng sikit lakunya ^^

~pau kastard ku yg tembam & gebu gitew ^^
PAU KASTARD
Sumber cuci mata: Tun Telani  & Kak Sheila

BAHAN-BAHAN:-

230 g tepung pau ( MaDiHaA & Tun guna tepung gandum-yana guna tepung pau )
50 g tepung kastard
2 sudu teh yis segera ( mauripan )
15 g susu tepung
50 g gula kastor
1 biji telur putih
115 ml air
20 g shortening


CARA NAK BUAT:-

  1. Campur tepung pau, tepung kastard, yis susu tepung dan gula kastor. Gaul rata. Tambahkan putih telur dan air sedikit demi sedikit sambil uli hingga sebati. Tambahkan shortening. Uli sehingga elastik. Perapkan selama 30 minit ( tutup doh )
  2. Kempiskan adunan. Timbang masing2 30g. Bulatkan. Diamkan selama 10 minit. Canai nipis. Isikan inti anggaran 2 sudu kecil. Bentukkan bulat & leperkan sedikit atas kertas atau daun pisang yg dipotong bulat.
  3. Perapkan lagi selama 30 minit sementara itu panaskan kukusan.
  4. kukus selama 8 minit.
Selamat Mencuba :-)

Friday, December 16, 2011

PAU 3S

Assalamualaikum..bersiaran pada petang Jumaat yang penuh berkat..Pagi tadi agak males nak bersiaran..cuaca sejuk membuatkan diri ini nak baring jer dlm selimut hihii..Jom kita layan Pau 3S petang nii..Dah lama nak mencuba lepas tgk Kak Q tayang dgn banyaknya kat umah dia..lepas tu Tun pulak bt tayangan perdana sambil mewar2kan kesedapan Pau 3S nii tapi pembikinan terpaksa ditunda coz tibe jer En.H yana xsihat..And hari ni Alhamdulillah..Dia dh sihat..semalam dah start keje selepas seminggu berhoneymoon kat umah..hahaa

Citer pasal Pau 3S nii kejadiannya tersangatlah lembut..makan sebijik rasa x kenyang ^^..Tq pada Kak Maz coz  pau bidang terjun nii dah berjaya menambat hati yana utk buat lg lepas nii..Tq jugak yer Kak Q coz goda yana dgn Pau 3S yg banyak tuu..next time nk guna sukatan kak Q bagi pulak..Yana bt ikut sukatan ni dpt 5 biji saiz sedang..x puas pulak mkn hihii..sudi2lah yer cuba pau SENANG..SEDAP..SIMPLE..i likee..^_^

PAU 3S


BAHAN-BAHAN:-

  • 1 1/4 tepung serbaguna (allpurpose flour) - tepung gandum pun ok (yana guna tepung pau)
  • 120ml air sedikit suam
  • 1/2 sudu besar yis kering
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 3 sudu besar minyak masak - maz guna sunflower oil, sini xde minyak sawit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • inti secukupnya - maz guna inti kacang merah, biar keras dalam peti ais sekejap senang nak bulatkan ( yana guna inti ayam )
  • kertas minyak secukupnya - potong 4 segi kecil untuk lapik bawah pau


inti ayam+kentang ~)
Cara

1. Dalam bekas yang sesuai masukkan air, yis dan gula. Biarkan seketika dalam 1-2 minit.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan kacau sikit guna garfu.

3. Satukan baking powder, tepung dan garam, kemudian tuang dalam bancuhan yis tadi sampai dikacau guna garfu dan tepung melekat pada garfu.

4. Kemudian boleh la diuli guna tangan. Kalau lembik celup je tangan dalam tepung (atau tabur je tepung sikit) dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan dalam 8-10 minit. Ramas-ramas manja pun ok semasa proses menguli tu.

5. Tutup bekas dengan plastik/tuala yang sesuai dan rehatkan doh selama 30-35 minit atau dah naik sekali ganda.

6. Sediakan pengukus. Amik doh yang telah naik tadi dan tumbuk sikit buang angin. Kemudian amik doh sebesar bola ping pong dan leperkan sedikit, masukkan inti dan tutup kemas. Kemudian letakkan sekeping kertas minyak dan susun dalam pengukus. Buat sampai habis dan rehakan pau selama 10-15 minit.


7. Kukus dalam air yang telah mendidih selama 8-10 minit dengan api sederhana. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain/tuala agar air tidak menitis atas pau.



(nota: saya buat dua adunan dapat dlm 12 biji saiz sedang...tepung saya guna  500gm...lepas tu air dlm 270ml kot rasanya....doh saya..dia lembut....bila kita tumbuk2 lepas dia naik tu..doh cam melekat2 skit..jadiknya..saya lumur tgn dgn minyak skit bila nak bentuk kan pau tu...supaya senang nak bentuk kan dia....) 
  

Selamat Mencuba :=)

Thursday, October 27, 2011

PAU GEBU WATER ROUX

Assalamaulaikum..meh layan bekpes pagi ni dgn yana..Pau Water Roux inti jem rambutan..saje nak abiskan stok jem rambutan yg masih 1/2 lg..xtau nak buat apa dah..En.H plak xsuka sgt kot..klu mkn roti dia suka mkn dgn peanut butter..Pau ni projek petang semalam..pagi ni kukus balik dan kembali gebu..Dah ramai yg buat Pau Water Roux ni..Kak Mas, Kak Sheila, Kak Anna, Kak Naz.. hmm..ramai lagi lah..xsempat nak cari link dah hihii..Jom layan :=)


PAU GEBU WATER ROUX
Resepi Asal Oleh : Ros ~ Bukan Sekadar Masakan


BAHAN-BAHAN:-
  • 500 gm tepung pau
  • 3 sudu besar shortening**
  • 220 ml air suam + 1 tsp garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar baking powder
  • 4 sudu besar water roux 
  • 1 1/2 sudu teh yis
Cara-caranya:-

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan,( nak guna BM pun boleh) pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin.

2.  Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kelapa dan tutup kemas, ulang langkah tadi hingga doh habis.

3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam,

4.Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau.
-ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. 
    **Nota dari Ros : Bagi mendapatkan pau yang putih selepas dikukus, jangan gunakan majerin atau minyak bagi menggantikan shortening

    Selamat Mencuba :=)

    Tuesday, September 27, 2011

    PAU GEBU CMG~ bekpes kami ^__^

    Assalamualaikum dan selamat pagi semua..pagi ni tibe je tekak nak mkn pau..apa lagi, tanpa segan silu lepas solat subuh tadi terus je mulakan projek mengepau..bestnya mkn pau dikala cuaca yg sejuk dingin jee kat Kepala Batas ni..Semalam hujan lebat dari pagi smpai la pagi tadi baru benti..matahari baru keluar dgn sinaran yg cukup indah..hmm..kain baju ku belum disidai lagi nii..byk plak membebelnya..ngeee..

    Pau resepi CMG ni yana buat inti sambal bilis lebihan lauk smlm and kaya utk damia..mmg terasa kegebuannya..mkn sebijik cam xckp jee..ari ni kita mkn pau je lah..xyah mkn nasi dh heheee..jom layann :=)

    PAU GEBU CMG

    tgn bdk tecik x sabar nk mkn..:=)


    BAHAN DOH PAU :-

    500 gram tepung pau 
    1/2 cawan gula halus
    1/4 cawan minyak jagung
    1 1/4 cawan air
    6 gram instant yeast


    CARA NAK BUAT:-
    1. Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. 
    2. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
    3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

    Selamat Mencuba :=)

    Sunday, July 31, 2011

    PAU PEANUT BUTTER & SALAM RAMADHAN DARI Noorsha ^_^

    Assalamualaikum dan slamat petang semua..tuan umah ni asyik bz memanjang..maklum lah esk dh puasa..nk setle keje yg patut setle dulu..lepas ni kita duk umah mula projek raya plak hikhikk.. tengah ari tadi masak simple jee..en.hubby keje so, kami berdua je lah mkn..

    Lepas mkn tengah ari tadi sempat terus sambung bt pau..Jumaat lepas dh bt pau nii tapi xsempat tukang masak ni nk merasa..tutup je api kukusan ari tu tibe je tetamu sampai..tetamu plak bkn org lain..adik ipar jee hehee..nak x nak bg je lah dia merasa pau peanut butter yg masih panas tuu..yana bt separuh adunan jee..dpt laa 4 biji..xsmpt nk snap..licin sudah 4 biji tersebut..tukang kukus xrasa pun gebu ke x pau tuu..nsb baik en.hubby ckp dh gebu..mkn 2 biji xrasa pe..maka abis lah 2 bijik en.hubby telan and 2 lg adik iparku telan..hahahaa..kakak ipar yg baik ni juz senyum jee and dlm ati je ckp esk kna mengepau plak la aku hehee

    Apa2 pun mmg kita suka klu bt kuih abis..xyah kita tlg abiskan..Jom je lah kita intai pau yg dibuat tanpa guna tepung pau..mmg gebu dan sedap jgk..ari tu jeles tgk Cikgu Nani asyik mengepau jee..xleh jadi nii..nak jugak rasa kegebuan pau tersebut hikhikk..mintak izin tuan empunya resepi share kat sini plak yee..tq Nani sebarkan resepi nii..jom layannn :=)


    Resepi : Yani, Myresepi

    BAHAN-BAHAN:-
    ·         300g tepung gandum
    ·         6g baking powder
    ·         2g garam
    ·         162g air suam
    ·         6g dry yeast
    ·         30g gula halus
    ·         18g lemak sayur

    inti peanut butter+coklat :=)
    CARA NAK BUAT :-

    1.    Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. Kacau biar serata.
    2.    Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau biar gula larut.
    3.    Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
    4.    Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
    5.    Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
    6.  Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang maknanya doh dah naik.
    7.   Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
    8.    Ambil sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
    9.    Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
    10.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


    Slamat Mencuba:=)




    SALAM RAMADHAN dari NOORSHA..TQ ^_^


    Dah gantung tinggi2 kad Salam Ramadhan dari Noorsha 1001 Cerita 1001 Rasa..Terima Kasih Sha..Dan Selamat menyambut Bulan Ramadhan juga bt semua teman2 blogger..mohon kemaafan jika ada terkasar bahasa tanpa disengajakan sepanjang perkenalan kita di alam maya ini..Semoga kita semua tabah menjalani ibadat sepanjang bulan yg penuh dgn keberkati inii..:=) 

    a