Showing posts with label KUIH BAKAR/BINGKA. Show all posts
Showing posts with label KUIH BAKAR/BINGKA. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

KUIH BAKAR DAGING resepi turun temurun Kak Jee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Alhamdulillah dapat jugak update blog kesayangan hari ni..dah sebulan lebih rasanya blog ni bersawang..Puan tanah kebizian dengan tugas hakiki hehee..Okess..layan entry pembuka bulan mei..Kuih Bakar Daging resepi turun temurun Kak Jee a.k.a Fauziah Samad yang femes amos tu ^_^


Yana buat kuih bakar daging ni untuk berbuka puasa 1 Rejab aritu..lama betul tersimpan dalam folder ^__^..Sedap sangat kuih ni tau..makan dengan cili lagi sedapp..tak sedar dah hampir sebijik makan..Alhamdulillah..kenyang..tak payah makan nasi dah hehee..Jom intai resepinya..mintak izin ye kak jee..yana tampal resepinya kat sini pulak..senang nak cari nanti~~~~layan ^__^


KUIH BAKAR DAGING
Resepi : Kak Jee

BAHAN2NYA:

250 gms daging (¼ kg)
1½ sudu rempah daging (kjee guna babas)
1 labu bawang besar
Garam/aji secukup rasa

3 cawan tepung gandum
3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak
3 cawan air
5 biji telor
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
Daun bawang
Minyak sapi/margerin

CARA MEMBUATNYA:

Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Kjee guna daging batang pinang sebab malas nak cincang. Kjee hanya potong kecik2 je. Panaskan kuali. Bubuhlah 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan.


Pukul telor hingga kembang. masukkan semua cecair (susu dan air) dan kacau sampai rata. masukkan tepung dan kacau hingga sebati. kalau tak halus, masukkan ke dalam blender sedikit demi sedikit dan kisar supaya halus.  Bubuh sedikit saja pewarna kuning dan sedikit garam. Jangan banyak sangat garam sebab lauk daging  tadi kan dah ada perisa. Panaskan oven suhu 160 darjah. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Ambil acuan kuih bakar. Letakkan keatas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi (atau marjerin) dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira2 satu minit, pastu sudukan lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan2. mula dibahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Bila nampak garing pada tepi2 kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 api atas dan bakar guna api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sedap tau. 

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, January 7, 2015

KUIH BAKAR KENTANG

Assalamalaikum dan selamat sejahtera ^_^

Semenjak dua tiga menjak ni ramai pulak kengkawan buat tayangan amal kuih bakar kat FB..kita ni pantang betul kalau hari2 duk tengok orang tayang kuih kegemaran nii..mulalah gatal tangan nak buat..So semalam duk godek2 kat dapur..Yana buat half adunan je sebab anak2 tak makan kuih ni..Untuk anak2 yana buat butter cookies..yang tu belum buat entry lagi..tunggu esok ye..InsyaAllah..


Hari ni layan kuih bakar a.k.a bingka a.k.a bengkang ubi kentang dulu..Tersangatlah suka kuih bakar kentang nii..Sedap tau..dah banyak kali yana buat sejak virus 2 3 tahun lepas..kali ni yana buat 2 warna..kuning dan hijau..yang hijau tu yana tambah pandan paste..Kalau perasan kat tengah2 ada jaluran coklat..Sebenornya yana nak buat corak tapi xjadi coraknya..bila potong jadi alunan kasih pulak huhuu..xpe, lain kita try buat lagii sampai jadi seperti yang dikehendaki ~~~~


KUIH BAKAR KENTANG

BAHAN-BAHAN :-
2 biji ubi kentang ~ rebus & kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi ~ yana letak 1 sudu besar ~ cairkan
3 sudu besar susu cair

CARAPENYEDIAAN :-

  1. Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  2. Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  3. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  4. * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakar dalam oven selama 15-20min ~ yana masak dalam acuan kemboja selama 30 minit suhu 170c
Cara Yana : blend ubi kentang bersama gula & santan hingga hancur, Kemudian masukkan semua bahan lain kecuali pewarna dan blend lagi hingga halus. Tuang dalam mangkuk bagi 2 bahagian..letak pewarna dan kacau bagi rata..Masukkan kesemua adunan kuning kemuadian adunan hijau. Boleh bakar.


Selamat Mencuba :)

Thursday, November 13, 2014

BENGKANG UBI KAYU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah sebulan lebih puan tanah duk kempunan nak makan ubi kayu..tiap kali pergi pasar alahaiii kecewanya hati..Tak pernah dapat ubi yang elok..Alhamdulillah..minggu lepas balik kampung incik hubby di pendang..paksa rela beliau suruh cari gali ubi kayu ^__^

Banyak jugak dapat hasilnya..Macam2 rasanya nak buat dengan ubi kayu nii..Okess, hari ni kita layan Bengkang dulu ekkkss..Tq pada MamaSaraNur share resepinya..ramai kengkawan yang buat kuih bengkang guna resepinya..rata2 cakap sedapp..jadi kita pun nak menerai lah jugak..emmm..memang sedapp hokeyyy..puan tanah tak boleh stop makan hehee..Selain buat bengkang yana rebus juga ubi tu..makan cicah sambal tumis..wallllllaahh sedapnyaaa..hilang kempunan nak makan ubi kayu..lepas nii tak tau kempunan apa plak..macam2 puan tanah nii kan ~~~ peace 




BENGKANG UBI KAYU
Resepi : MamaSaraNur

BAHAN-BAHAN:-
5 cawan ubi yg siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula ~ ikut kemanisan masing2
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dlm 10 minit ( petua mak supaya tak pening & angin ). Tapi sagunya berwarna putih diambil dan digaul bersama ubi tadi.
  2. Campurkan gula, garam dan santan pekat. Gaul.
  3. Sapukan loyang dengan mentega dan panaskan oven sebentar. ~ yana panaskan dulu 15 minit
  4. Masukkan adunan ubi yang telah sebati. Bakar 1 1/2 jam suhu 200c menggunakan api atas bawah
  5. Sejukkan betul2 baru potong..

 
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, September 23, 2014

BINGKA DURIAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..syukur Ya Allah masih diberi peluang untuk bernafas hari ini..Hampir 2 minggu puan tanah bercuti..maaf sangat2 yer para pengunjung DCK..dah lama duk jamu mata dengan muffin yang sudah kehabisan itu~~

Okess, kembali kepada resepi..Kuih Bingka Durian yang sangat sedap kat tekak yana ^__^.. Penggemar durian harus cuba kuih bingka ni tau..memang sedap..satu rumah bau durian sewaktu proses pembakaran berlaku..Tq Along Roz share resepinya..jom layan ~~



BINGKA DURIAN

BAHAN-BAHAN:-

4 biji telur
350gm gula pasir
350gm tepung gandum
350gm isi durian
2 sudu besar tepung beras
400ml santan kotak
300ml air
2 sudu besar mentega cair
1/2 sudu kecil garam
Pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan kesemua bahan2 ke dalam food processor/blender sehingga sebati
  2. Tuangkan ke dalam tin yang di lapik kertas aluminium & diminyakkan
  3. Bakar 180c selama 1 jam atau sehingga masak & garing permukaannya
  4. Sejukkan sebelum dipotong

Selamat Mencuba :-)

Monday, July 21, 2014

KUIH BINGKA CEMPEDAK ~ Menu 20 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk bernafas hari ini..Cepat betul masa berlalu kan..Hari ni dah 23 Ramadhan..masih berbaki beberapa hari saja lagi bulan yang penuh dengan keberkatan ini..Terasa sedih sangat..Ramadhan akan meninggalkan kita..Semoga tahun hadapan kita semua dapat bertemu lagi dengan Ramadhan..

Ekceli minggu lepas dapur yana tak berasap..So, takde menu berbuka sepanjang minggu lepas..setiap hari ada jemputan berbuka puasa kat luar..Alhamdulillah rezeki Ramadhan ^__^

Untuk hari ni layan dulu kuih Bingka Cempedak..Balik kampung hari tu dapat banyak rezeki cempedak dan durian..Bila dah dapat buah cempedak ni terus je menggugel cari resepi..Hari2 makan cempedak goreng time berbuka boring jugak kan ^__^..Akhirnya berkenan dengan kuih bingka ~ kuih paling senang nak buat hihii ~~Tq Kak Fida atas resepinya..simple, senang dan sedap..para penggemar buah cempedak harus cuba resepi ni tau ~~~Yana buat 1/2 adunan dapat 2 biji guna acuan kemboja ^_^





KUIH BINGKA CEMPEDAK

BAHAN-BAHAN:-

300 gm isi cempedak*
650ml santan* ( dr 1/2 biji kelapa ) ~ yana guna santan kotak + air
2 biji telur*
240 gm tepung gandum
150 gm gula pasir ( boleh kurangkan jika cempedak manis )
1/2 sk garam
80gm mentega cair ~ yana guna minyak jagung
1/2 sk pewarna oren/kuning

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tepung, gula dan garam di masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata
  2. Kisar halus santan, cempedak dan telur. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk tepung tadi dan gaul sebati
  3. Tuang mentega cair dan pewarna dan digaul lagi hingga sebati dan tepung tidak bergentel2
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang digris ( alas alum dan gris jika bimbang kuih melekat pd dasar loyang )
  5. Bakar hingga masak dan garing permukaan bingka selama 45 minit hingga 1jam pada suhu 170c
  6. Sejukkan bingka dan bolehlah dipotong..sedia dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Thursday, June 12, 2014

BINGKA KACANG MERAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu beberapa hari yang lalu..kuih Bingka Kacang Merah yang sangat sedap hokeyyy..walaupun anak2 tak makan sangat tapi ibu dan ayah makan xhingat sebab kami berdua peminat kacang merah ^__^

Dah lama simpan resepi kak Yatie baru sekarang dapat menerainya..Yana buat 1/2 adunan je dapat la 2 biji acuan kemboja..boleh buat minum petang and brekfes keesokkannya..Kepada peminat kuih bingka harus cuba kuih ni tau..sedappp  ^_^



BINGKA KACANG MERAH

BAHAN-BAHAN:-

  • 11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus) ~ yana guna dlm tin je 
  • 1 cawan air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan
  • 1 cwn gula
  • 3 sudu besar butter
  • 2 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna merah
  • sedikit bijan
  • 2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit.
  4. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  5. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  6. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.


Selamat Mencuba :-)

Thursday, May 8, 2014

BINGKA CHEESE SARAWAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih Bingka Cheese Sarawak ni yana buat beberapa hari yang lalu..dah bertahun2 lamanya masuk list baru skg dapat menerai kesedapanya..Seperti biasa, kuih macam ni hanya ibu yang layan..anak2 dgn incik suami mkn je la sepotong sorang~ amek hati ibu je tew~~si tecik tu lagi tak nak..bagi rasa sikit pun terus dia keluarkan balik..hurmm..mcm2 selera anak2 ni kan ^__^

Pe2pun pada yana kuih nii sedap ~~haruslah sedapkan kuih yang berlemak manis nii..huhuu makin banyak lemak terkumpul..sebulan dua ni keje makan jee..nak berjoging tak sempat..excercise kat umah males ^_^  

Tak leh nak bebel dah..kita semak je resepi..dah ramai kengkawan blogger yang mencubanya..yana je tertinggal keretapi :-P


BINGKA CHEESE SARAWAK
Resepi : Hasue
Sumber cuci mata & kopipes : Izah@ Izah Muffin Lover

BAHAN A
1 paket agar2 cap ros ( 13g ) ~ Yana & Izah guna agar2 serbuk 10gm
3 cawan air ~ yana kurangkan sedikit sbb guna agar2 10gm
1 cawan gula pasir ~ yana kurangkan 3 sudu besar

BAHAN B
250g mentega
250g cream cheese Philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ( jika ingin kurang manis, guna krimer pekat pun ok )
1 1/2 cawan tepung hong kong ~ yana & izah guna tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila/jus lemon

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
  2. Pukul telur ayam sehingga kembang
  3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
  4. Masukkan tepung, cream cheese, esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati
  5. Masukkan agar2 ( yg masih panas ) sambil dipukul laju
  6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 175c selama 1 jam atau sehingga masak ( bergantung pada jenis oven )

Selamat Mencuba :-)

NOTE: sukatan adalah menggunakan cawan metrik

Saturday, March 29, 2014

BINGKA ROTI JAGUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah lama betul pic ni terperap dalam folder..dari tahun lepas lagi hehee..Bingka/kuih bakar kegemaran ibu tapi anak2 dgn incik suami tak layan kuih macam nii..biasa buat untuk diri sendiri je..Kadang2 bagi jugak jiran untuk merasa ^__^

Sedap je kuih ni kat tekak yana..kadang2 pelik jugak kenapa lah budak2 ni tak nak makan kuih sesedap nii..kalau buat asyik ibu yang kena habiskan ~~ Layan pic je la ekk..kuihnya sudah habis..nak rasa sila buat sendiri..senang ajee hehee


BINGKA ROTI JAGUNG
saiz tin : 8"/9" persegi

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan gula ~ yana guna 3/4 cawan gula kastor
1 cawan santan
1 cawan susu segar
1 1/4 cawan air
2 sudu besar butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil gara,
14 keping (520g) roti ~ potong kecil2
2 batang jagung ~ ambil bijinya sahaja
beberapa titik pewarna kuning
Biji bijan utk tabur

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Blend kesemua bahan2, kecuali roti & jagung sehingga sebati. Masukkan jagung & blend sebentar sahaja. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi roti & rendam selama 5 minit sehingga kembang.
  2. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam tin. Ramas adunan roti & tuangkan ke dalam tin yang berisi minyak panas.
  3. Taburkan biji bijan & bakar 180c selama 1 jam

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, May 29, 2013

BINGKA CORNFLAKES

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~ Tengah2 malam buta baru boleh ngadap lappy..mata dah mengantuk tapi ditahan jua untuk mengupdate blog malam nih^^

Terus jer terjah Kuih Bingka Cornflakes resepi dari Kak Fida yang femes amos kat MyResepi ^__^.. Dah lupa bila yana buat..masa buat kuih nih ada tetamu datang rumah..sempat lah bagi dorang merasa..Alhamdulillah..semua cakap sedap ^^

Terima kasih Kak Fida sudi berkongsi lagi resepi bingka yang sedap..mintak halal yana letak kat sini pulak untuk rujukan yana dan kawan2 lain (^__^)  



BINGKA CORNFLAKES/EMPING JAGUNG
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:- ( loyang 8 inc / 3 biji acuan pecah 8

150 gm cornflakes/emping jagung - dikisar halus
3/4 cawan tepung jagung ~ ayak
3 biji telur
1 1/2 cawan santan ( 200ml KARA + air )
1 1/2 cawan susu segar
1/3 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar mentega - Kak Yatie & yana tambah
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning~ yana x letak
bijan

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Satukan kesemua bahan2 di dalam mangkuk dan kacau rata guna whisk hingga adunan sebati.
  2. Sapukan acuan dengan mentega/majerin/minyak di sekelilingnya dan panaskan sebentar dalam oven.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang disapu mentega tadi dan taburkan bijan dipermukaannya.
  4. Bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau hingga kuih kelihatan garing.
  5. Sejukkan kuih, potong dan hidangkan.
tinggal yg ni je ler utk kami merasa..Alhamdulillah ^__^
Selamat Mencuba ;-)

Thursday, November 1, 2012

KUIH BAKAR PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

Petang yang indah ini jom kita jamu mata dengan Kuih Bakar Pandan..Kuih paling senang nak buat ^_^..Pagi tadi sepupu yana call nak datang umah tgk baby..xde kuih yang nak dijamu terus je fikir nak buat Kuih Bakar Pandan..senang keje..blend jer semua pastu bakar...siap!! ^_^

Tak boleh nak bebel banyak2 skg ni..Baby dah pandai nak jeles dgn ibu..tengok je ibu pegang lappy terus dia buka mata yang bolat tuh and volume pun turut berbunyi hihii..Layan Kuih Bakar ni je lah ekksss ^_^




KUIH BAKAR PANDAN
Resepi : Zana08

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan - sedikit bijan jika suka

CARA MEMBUATNYA:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.
  2. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuang bahan tadi ke dalamnya.
  3. Tabur bijan jika suka.
  4. Bakar 40 minit pada suhu 180c atau hingga masak. Untuk dapatkan permukaan yang berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.
Selamat Mencuba ;-)

Tuesday, July 31, 2012

KUIH BAKAR LABU BERMADU

Assalamualaikum dan salam 11 Ramadhan..hmm..tibe plak blur nak membebel hari ni ^^.. Kita terus je ke resepi pilihan..Semalam yana buat Kuih Bakar Labu Bermadu resepi Ros Jintan Manis..Labu pemberian MIL 2 minggu lepas lagi tapi xtau nak buat apa..So, kita jadikan puri dulu..Tq pada dik Tun Telani yang share cara nak buat puri labu..bleh simpan labu lama2 dlm frezeer^^

Tapi kan kuih bakar labu yana ni agak gelap huhuu..kenapa yee..yana agak sebab letak sugar brown..masa tengah bakar tu duk imagine kaler kekuningan yang cantik macam Kak Sue, Ros dan jugak Tun buat..sekali keluar oben hamekkaw kaler gelap..kuikuii..xpe lah..janji sedap dimakan..dah abis pun...yana buat 1/2 adunan jer mcm Kak Sue..makan masa suam2 gitew mmg besttt..terasa kelemakkannya..





KUIH BAKAR LABU BERMADU
Sumber cuci mata : Kak Sue @ I love My Life

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
350 ml santan
1 1/2 cawan labu yang dilenyek ( anggaran 180 gm )
2 sudu besar madu organik borneo ( guna madu lain pun xpe ) ~ yana guna madu biasa ajer
3/4 cawan gula ~ yana guna brown sugar
sedikit bijan untuk topping
1 sudu kecil serbuk cinnamon ( kayu manis )
2 sudu besar minyak masak

CARA NAK BUAT :-

  1. Masukkan tepung, gula, telur, santan, minyak masak dan madu di dalam blender ( pengisar ) dan blender hingga semuanya sebati.
  2. Kemudian masukkan labu yang telah dilenyek tadi bersama serbuk cinnamon, blender lagi sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
  3. Alaskan loyang bulat dengan kertas minyak dna gliss tepi loyang dengan marjerin, tuangkan adunan tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya, akhir sekali bakar pada suhu 180c selama 1 jam atau hingga permukaan kuih menjadi perang.
  4. Sejukkan dulu baru dipotong, sedap dimakan bila2 masa dan pasti menyelerakan.
NOTA: Hasue buat separuh adunan, letak 200 ml santannya, tambah 1 sudu besar susu cair dan tambah labu yang sudah dilecek hanya setelah bahan2 lain dikisar.

Selamat Mencuba :-)

Monday, June 25, 2012

KUIH BAKAR KELEDEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..Dah minum petang ke semua..Kalau belum jom Yana jamu semua dengan Kuih Bakar Keledek..sedap sangat rasa lemak2 santan+keledek..Baru 1/2 jam keluar dari oven terus nak potong maka hasil potongan nmpk xcantik sangat huhuuu..xpe lah..janji kuih sedap..kita jer nak makan ^^..Tq pada Kak Yatie sudi kongsi resepi ni..yana mintak izin kongsi kat sini pulak yer untuk rujukan pada masa hadapan ..seperti biasa yana buat 1/2 adunan jer..cukup lah utk family kecik kami ini ^^




KUIH BAKAR KELEDEK

BAHAN-BAHAN:- 

4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
2 cawan keledek ( rebus dan lecek )

CARA NAK BUAT:-

  1. Panaskan oven pada suhu 200c, lenser loyang dengan mentega. ( Kalau nak kuih kelihatan tinggi, boleh guna tin ( 7x7x3 ) inci. Ketepikan.
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali keledek lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
  3. Tuang dalam tin yang telah disiapkan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Selamat Mencuba :-)

Friday, June 1, 2012

BINGKA CRACKERS

Assalamualaikum dan salam petang Jumaat semua..sepantas kilat nak update blog hari nii sebelum Damia datang membuat kekacauan hihii..Hari ni perangai dia kurang elok sikit..ada jer yang xkena..sensitif sangat..hmm..2 minggu lagi genap lah Damia 2 tahun..sebab tu kot perangai pun berubah ^^..

Tak mau cakap banyak pasal menu petang nii sebab dah ramai yang mencubanya..kuih Bingka Crakers yang sedap berlemak lagi ni haa..memang berlemak yer..xtipu punya..walaupun yana guna susu cair tapi kuih ni tetap terasa lemaknya..kalau guna santan mesti lagi best rasa kelemakkannyaa hihii..jom layann je lahhh..yana nak BW umah kawan2 pulak..daaa jumpa lagii ^^ 

BINGKA CRACKERS
Resepi : kh267tm @ MyR
Sumber cuci mata : Kak HanaKak Mas, CMG, Kak Yatie

BAHAN-BAHAN;-

140 g biskut cracker @ setengah peket
85 g tepung gandum
210 g gula - kemanisan ikut citarasa masing2 ( yana ltk 100 g gula pasir )
3 biji telur
710 ml santan @ susu cair - hana ltk 1 1/2 tin susu cair dan sedikit air ( yana ikut jer k.hana )
1 sudu besar butter@majerin@minyak sapi - hana & yana guna butter
1 sk pandan paste @ pewarna kuning ( yana tmbh pewarna kuning jer )
Garam secubit
Bijan sangai - jika suka


CARA NAK BUAT;-

  1. Panaskan oven suhu 180. Lengserkan loyang dgn minyak.
  2. Blend semua bahan kecualu bijan sehingga semua hancur.
  3. Tuang ke dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.
  4. bakar selama 1 jam sehingga keperangan.
  5. Sejukkan dan potong.
Selamat mencuba :-)

Saturday, May 12, 2012

BINGKA JAGUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..cuaca di Kepala Batas kembali cerah dan ceria gitew..lepas subuh tadi hujan turun sekejap jer..kalau hujan berterusan maknanya sambung tido juga berterusan huhuu.. Pagi ni juz bekpes dgn my lil princess damia ajer..En.hubby still keluar mencari rezeki :p..bila En.Hubby xde, males laa pulak nak masuk dapur..tengah hari ni layan je lah apa yg ada ^_^

Citer pasal Bingka Jagung ni, yana buat malam tadi..banyak betul jagung kami angkut masa blk kg minggu lepas..selain jagung ada lagi beberapa spesis buah yg lain..Pagi ni moh kita layan Bingka Jagung hasil cuci mata kat umah Kak Yatie..Tq yer kak share resepi ni..mintak izin yana simpan kat sini pulak yer ^_^

BINGKA JAGUNG

BAHAN-BAHAN:- ( loyang 10x10 inci )

1 cawan jagung-whole kernel corn*(* dikisar bersama ) -yana guna jagung fresh
1/2 cawan air* - yana guna santan cair
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 1/4 cawan gula
2 sudu besar butter/minyak sapi
4 biji telur
secubit garam
4 sudu besar perisa minuman jagung ( yg boleh bancuh air tuu )
Sedikit bijan
2 sudu besar minyak utk sapu loyang - boleh juga sapu butter

CARA NAK BUAT:-
  1. Kisar jagung bersama 1/2 cawan air. ketepikan dulu.
  2. Dalam mangkuk besar satukan semua bahan kecuali minyak dan bijan.
  3. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sebati.
  4. Sementara itu panaskan oven 180c.
  5. Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  6. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  7. Bakar selama 60 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi untuk garingkan bahagian atas.
  8. Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.
Selamat Mencuba :-)