Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

Friday, January 2, 2015

APAM SUSU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Masih belum terlambat rasanya untuk yana ucapkan selamat tahun baru 2015 kepada semua pengunjung DCK..Banyak suka duka yang berlaku sepanjang 2014..Biarlah semua berlalu..sudah menjadi sejarah..Semoga tahun ini kita semua akan menjadi lebih baik..sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan Allah SWT..

Untuk entry pertama 2015 kita layan dulu Apam Susu yang super duper meletopss kat FB nii.. Orang lain dah berzaman buat yana je baru sampai seru nak mencubanya..memang sedap seperti yang diwar-warkan..gebus lembut..rasa macam kek pun ada..Terima kasih buat empunya resepi ~~~



Resepi : Sabrina Khan
Sumber : Nana Aboy

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
pewarna yang disukai
perasa ~ yana letak perasa strawberi

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
  2. Mula2 satukan tepung bersama baking powder kemudian diayak. Ketepikan.
  3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovallete dan esen vanila. Kemudian putar sampai gebus dan adunan bertukar ke warna putih
  4. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
  5. Tambahkan pula minyak hagung dan putar lagi
  6. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi. Kaup balik adunan rata
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang disukai jika suka. Gaul rata.
  8. Sediakan loyang 8 inci dan sapukan mentega pada loyang. Tuang adunan berselang seli warna hingga habis.
  9. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
  10. *tutup kukusan hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam. 
  11. Angkat apam setelah masak. Keluarkan dari loyang. Potong bila ianya telah sejuk
Selamat Mencuba :-)

Friday, October 31, 2014

APAM MENTEGA GULA HANGUS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih Apam Mentega ni yana buat minggu lepas lagi..Ramai sangat kengkawan yang tayang kat FB haruslah kita terliur kan hihii..Dah banyak kali jugak yana buat..memang tak pernah puas makan.. anak2 pun memang suka sangat kalau ibu buat kuih macam nii..laju je makan..nyumm..nyumm ~~


APAM MENTEGA GULA HANGUS
Resepi : Kak Sofea
Sumber cuci mata : Kak Yatie

BAHAN-BAHAN :- ( +-50 biji )

Bahan (A) Bahna2 untuk gula hangus :-
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air ( Yana & Kak Yatie guna air panas dan tuang sikit2 )
250 gm mentega

BAHAN (B)
3/4 cawan gula castor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila

Cara penyediaan gula hangus:-
  1. Masukkan gula dalam periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang
  2. Padamkan api ( utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air ) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
CARA PENYEDIAAN ADUNAN APAM MENTEGA
  1. Putar gula, telur dan esen vanilla hingga kembang dan masukkan gula hangus yang panas tadi.
  2. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung gaul semua hingga sebati.
  3. Perap selama 1/2 jam.
  4. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu sedikit minyak. Adunan ini jika dituang penuh kedalam acuan pun tak mengapa sbb semasa masak dia tak naik melimpah.
  5. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 minit - 20 minit. Tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah

Selamat Mencuba :-)

Friday, September 26, 2014

APAM KAMPUNG GULA MERAH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Sarapan petang untuk anak2 tersayang..hari ni yana buat kuih nostalgia zaman kanak2 riang dulu hehee..Apam Kampung Gula Merah..Anak2 yana suka sangat kalau dapat makan kuih apam macam nii..laju je habiskan..Tq Kak Yatie share resepi yang simple dan senang nii.dah banyak kali yana buat~~~



APAM KAMPUNG GULA MERAH

Bahan A 
  • 1/2 cwn gula merah*
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gulahalus
Bahan C
  • 4 cwn tepung gandum
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 

Tuesday, August 26, 2014

APAM SALJU, APAM NASI, APAM BERAS ~ sama je ^_^

Assalamualaikun dan selamat sejahtera ^__^

Menu petang untuk anak2 tersayang ^__^.. Alhamdulillah..ada sedikit kerajinan hari ni..sempat lah buat kuih simple2 untuk anak2..Dari semalam lagi Kakak Damia request nak makan kuih kaler2..Dah lama ibu tak buat katanya hihii..sory sayang..ibu sibuk sikit sekarang..tak sempat nak buat sesuatu untuk minum petang kakak dan adik..stok kuih frozen pun dah kehabisan..tunggu wiken baru ibu boleh mula projek ^_^

Okess..kita layan yang ni dulu salah satu kuih kegemaran anak2 yana..Kuih Apam Beras, Apam Nasi, Apam Salju~~kuih yang sama jee ^__^ ..kalau buat kuih ni memang laku sangat.. sure cepat habis..yana guna resepi yang sama je..sedapp dan mudah~~




APAM BERAS
Resepi: Cha MyResepi

BAHAN-BAHAN:-

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe )
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

CARA NAK BUAT:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus).  Setelah
hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Selepas itu,masukkan bahan
    cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap selama 3 jam.
3. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.  Sapukan sedikit minyak pada acuan
   kecil.  Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
4. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak juga dimakan begitu
    saja.

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, May 14, 2014

APAM KAMPUNG PERISA ROS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu sarapan beberapa hari yang lalu hehee..Kuih feveret anak2 yana..Dalam sebulan 2 3 kali yana akan buat kuih apam..suka tengok dorang makan sambil cicah kelapa parut tu..Tq Kak Yatie resepinya..memang lembut je kuih apam nii..suka sangat kejadianyaa~~

Mata mokcik dah ngantuk nii..mahu tidur awal..karang nak bangun sahur pulak..esok mahu puasa hehee..Layan pic je laa ekk..semua dah habissss ^__^



APAM KAMPUNG PERISA ROS

BAHAN-BAHAN:-

Bahan A 
  • 2 sudu kecil rata yis mauripan
  • 1/4 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gula halus
Bahan B
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1 1/4 cawan air
  • secubit garam 
  • 1 sudu kecil perisa ros/sirap
  • 1 sudu kecil pewarna merah

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Satukan bahan B dlm mangkuk besar dan gaul rata.
  3. Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1/2 jam.
  4. Lenserkan loyang  9x9x3 inci dngn sedikit minyak, gaulkan lagi adunan tadi sebati dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 1/2 jam lagi. Kukus adunan selama 40 minit.
  5. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  6. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Selalunya saya gaul sebati adunan, kemudian perap 1/2 jam. Setelah setengah  jam, saya gaul rata lagi, barulah tuang dlm loyang yg telah di gris minyak. Saya perapkan lagi dlm 1/2 jam dan terus kukus dlm 40 minit. Saya buat mcm ni supaya apam ni naik cantik dan halus je texture nya. Kalau kita terus tuang kat loyang dan perap, kemudian kukus...apam naik tinggi tapi texture nya kasar. Terpulang pd selera masing2 ya.

** Jangan biarkan adunan apam terlebih naik, nnti apam rasa masam dan menurun bila di kukus. Kalau nak apam naik tinggi sikit, guna loyang 8 inci utk adunan ni. 

Selamat Mencuba :-)

Thursday, April 10, 2014

APAM KELEDEK UNGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Antara kuih apam kegemaran anak2 yana..Apam Keledek..Dah banyak kali jugak yana tapi 1st time buat dengan keledek ungu..nampak cantik sangat warnanya..anak2 memang teruja nak makan..Walaupun takde kelapa parut apam ni tetap laku dengan kerasnya hehee..



APAM KELEDEK
Resepi : Kak Yatie

BAHAN-BAHAN:-

3/4 cawan gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan *(*masak sehingga gula hancur dan sejukkan )

2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus 
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Keledek rebus di blend bersama dengan santan ( biarkan sebentar )
  2. Masak gula bersama air dan daun pandan..sejukkan
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum, yid, baking powder dan garam.
  4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar sebati.
  5. Perap selama 1 jam. Sapu minyak pada bekas kecil2
  6. Kukus dalam bekas kecil selama 15 minit.
  7. Kalau loyang besar kukus selama 40 minit
  8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, April 1, 2014

APAM MARMAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Apa khabar semua pengunjung dapur kecil yana..doa yana semoga semuanya sihat dan ceria ajew ~ Kuih Apam Marmar ni dah jadi kegemaran kat rumah yana..apam yang berada di ranking no 1 nih heheee..dah banyak kali yana buat..rasanya dah lebih 10 kali..sedap dan senang nak buatnya..dah ramai kengkawan blogger yg buat..Pada kawan2 yang lain bolehlah cuba yer..pasti lepas ni asyik ulang buat jer ^__^

Terima kasih byk2 buat penyumbang resepi CMG@MyResepi..mintak izin yana share kat sini pulak yer ~~


APAM MARMAR

BAHAN-BAHAN:-
250 gm tepung berserbuk penaik
200 ml santan ~ yana guna santan KARA
200 gm gula halus
2 biji telur A
1 camca teh esen vanila
1 camca makan ovallate
secubit garam
Pewarna merah & hijau ( ikut kegemaran masing2 ) ~ yana guna biru & pink

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna
  2. Pukul dengan speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah
  4. Dalam tin yang telah dilenser dengan mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yang tanpa warna pada atasnya
  5. Gunakan spatula buat pusingan satu arah sebanyak 1-2 kali. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong.

Selamat Mencuba :-)

Wednesday, March 5, 2014

APAM PISANG KUKUS TANPA TELUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Kuih Apam Pisang Kukus Tanpa Telur ni yana buat untuk minum petang beberapa bulan yg lampau :-P.. Masa tu virus M melanda..malas sangat update blog..okess lah layan je laa kuih apam nii..sedap tau walaupun tak menggunakan telur dgn minyak..Pernah jugak dulu try resepi lain tapi kurang sikit kegebuannya sebab tak perap lama2 kot..yang ni yana perap 2jam..memang jadi gebus dan lembut gituu..Tq Kak Q atas resepinya..~~ tiba2 rindu pulak kat Kak Q..dah lama xnmpk dia kat blog ngn FB ^__^




APAM PISANG KUKUS TANPA TELUR
Resepi : Kak Q @ quinnie@qasehququinnie.blogspot.com

BAHAN-BAHAN:-

2 cawan pisang masak ranum ~ lecek dulu baru sukat dlm cawan ye
1/3 cawan gula ~ nak manis buat 1/2 cawan
1/2 sudu besar soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum ~ diayak
kelapa putih
sedikit garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Mula2 lecek pisang. Kemudian sukat 2 cawan dan masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan gula dan soda bikarbonat. Lecek lagi bersama pisang hingga keluar buih dan gula hancur.
  2. MAsukkan tepung yang telah diayak. Kacau2 rata. Kemudian perap 1 jam. ( yana perap 2 jam ) Panaskan kukusan. Sapu acuan dgn minyak. Kemudian isikan adunan dalam acuan. Bila air kukusan dan didih masukkan loyang kukusan. Kukus 25 minit guna api besar.
  3. Dah masak boleh keluarkan dari acuan dan tabur dengan kelapa parut yang telag digaul dgn sedikit garam ( kukus dulu kelapa 3-5 minit ) utk pastikan kelapa tahan lama. Nak makan gitu pun sedap jugak apam nii
( Nota : Tips Kak Q ~ nak dapatkan warna apam warna gelap guna 2 jenis pisang dan baru la rasa apam ni lagi sedap dan warna yg cantik. Timbul urat2 dia tu. Lain kali cuba perap lama sikit dalam 2 jam tgk mcm mana pulak kejadianya..)

Selamat Mencuba :-)

Friday, May 31, 2013

APAM PISANG COKLAT URAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ^__^

Menu petang kami hari ini..apam Pisang Coklat Urai..projek nak abiskan pisang pemberian jiran.. Apam pisang nih memang sedap yer puan2..dah banyak kali yana buat..gebus dan lembut gitew..Makan gitu jew tanpa kelapa parut tetap sedap..jemput makan semua yer ^__^







APAM PISANG COKLAT URAI
Sumber cuci mata : Ct Zaliedana

BAHAN-BAHAN;-

5 biji pisang emas ~ klu pisang besar dlm 3 biji ( yana guna 3 biji pisang bunga )
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang ~ yana guna esen vanila
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelatte
3 sudu besar coklat urai

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Panaskan kukusan. Balut tutup kukus dengan loyang. Sediakan acuan kecil atau loyang. Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak.
  2. Lenyek pisang hingga halus kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan.
  3. Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder. Kemudian ayak ~ ketepikan.
  4. Dalam bekas lain, pukul telur, ovelatte, gula perang dan minyak.
  5. Pukul adunan sehingga pekat dan berkrim.
  6. Kemudian masukkan adunan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sebati. Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan coklat urai dan gaul sempurna.
  8. Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang.
  9. Kukus adunan selama 20 - minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang.
  10. Keluarkan apam dari acuan setelah masak. Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Enak juga di makan begitu sahaja.
Selamat Mencuba :-)

Sunday, April 21, 2013

APAM KELEDEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Kuih Apam Keledek ni yana buat untuk makan petang semalam..Pagi nih boleh buat bekpes lagi..Dah 2 hari dapat keledek dari jiran sebelah rumah tapi tak tau nak buat apa..Akhirnya kuih apam jadi pilihan

Hmm..Sebenarnya mood nak masak agak ke laut sikit sekarang..Sejak baby dah boleh merangkak nih masa kat dapur agak terbatas..Masa lebih banyak tertumpu pada dia..kalau tinggal jer baby dengan kak long..hurmm..tak sampai 5 minit dengar la suara si kak long menjerit..ibu!! adik masuk bawah meja..Ibu!! tengok adik nihh kacau kak long..macam2..tak aman hati ibu kat dapur ^^

Okess..kita cuci mata je la ekkss dengan kuih yang habis sudah~ serius cakap apam keledek ni memang sedap, lembut dan gebusss gitew..Walaupun kalernya suram dan tak ceria seperti apam tuan empunya resepi Kak Yatie tetap jua habis kuih ini..Tq Kak Yatie sudi share resepi apam keledek yang asalnya resepi apam kentang..Yana dah pernah buat apam kentang kat SINI..Dua2 sedap yer ^^

APAM KELEDEK
Resepi : Kak Yatie

BAHAN-BAHAN:-

3/4 cawan gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan *(*masak sehingga gula hancur dan sejukkan )

2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus 
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
pewarna oren ( yana x letak )

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Keledek rebus di blend bersama dengan santan ( biarkan sebentar )
  2. Masak gula bersama air dan daun pandan..sejukkan
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum, yid, baking powder dan garam.
  4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar sebati.
  5. Perap selama 1 jam. Sapu minyak pada bekas kecil2
  6. Kukus dalam bekas kecil selama 15 minit.
  7. Kalau loyang besar kukus selama 40 minit
  8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut
Selamat Mencuba :-)

Wednesday, March 27, 2013

APAM TAPAI PULUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ^__^

Kuih Apam Tapai Pulut nih yana buat 3 hari lepas untuk minum petang..So, memang dah kehabisan yer jangan cuba diminta lagi ^_^..Walaupun kuih apam nih tak nak mekar berjambak2 seperti tuan empunya resepi Kak Rusnah namun ia tetap habis dimakan..kejadiannya jugak agak padat tidak seperti apam nasi tapi lembut dan sedap gitew..

Tq pada Kak Rusnah dan Kak Jun share resepi kuih apam ni..Yana buat 1/2 adunan jew..cukup lah untuk family kecik kami yang tak makan banyak nih huhuu~~~


APAM TAPAI PULUT
Resepi : Kak Rusnah
Sumber cuci mata : Kak Jun @ Yummylicious

BAHAN-BAHAN:-

1 cawan tapai pulut*
2 1/2cawan air*
3/4 cawan gula* ~ yana guna gula kastor 
1/2 cawan nasi
200 gm tepung beras
50 gm tepung gandum
1/2 sdt yis
1/2 sdt double action baking powder

CARA PENYEDIAAN :-


  1. Blend bahan bertanda * dan tapis. Gunakan air tapisan untuk mengisar nasi sampai halus.
  2. Campurkan tepung beras, tepung gandum dan yis bersama nasi yang dikisar tadi. Perapkan selama 3 - 4 jam
  3. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Adunan yang diperap tadi dicampurkan dengan double action baking powder dan biar selama 10 minit. Tuang adunan ke dalam acuan kukus selama 15 - 20 minit. 
  4. Sejukkan dan hidangkan bersama kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
Selamat Mencuba :-)

Monday, February 11, 2013

APAM POLKADOT

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Masih dalam mood holiday~ holiday kat rumah je^^..Cuti panjang tapi kami kat rumah je..En.Suami kena stand by so, tak boleh nak keluar jauh..setakat jalan2 p Lumut pahtu pusing2 ke Teluk Batik..makan kopok ikan sambil main kejar2 dgn anak kat tepi pantai..seronok jugak kan~ saje nak sedapkan hati sebab tak leh p holiday jauh huhuu :P

Petang ni moh kita layan dulu dengan Apam Dot Dot kegemaran ramai..dah lama yana tak buat..Lepas subuh tadi terus jalan kan projek dot2 sepantas kilat sebelum baby jaga dari lena..kalau baby jaga confem kena stop 2 3 jam baru boleh sambung balik..Kali ni yana cuba pula resepi dari Lilydvalley@MyResepi lepas terskodeng dari rumah Kak Hana..Terima kasih untuk kedua2 penyumbang resepi apam yang mengebus nih ^^..


APAM POLKADOT
Sumber Asal : Lilidvalley@MyResepi

BAHAN-BAHAN:-

3 biji telur ~ dari peti sejuk
275 gm tepung gandum ~ kurang sedikit jadi 250g
220 gm gula halus ~ hana kurangkan sedikit 200g
170 gm susu segar@ susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil esen vanilla
Filling blueberry@ strawberry secukupnya ( masukkan ke dalam piping beg )
Pewarna

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dna pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga likat dan agak ringan.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna kedalam piping beg ( atau plastik yang bersih )
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10 - 15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.

Selamat Mencuba :-)

Monday, February 4, 2013

APAM MEKAR TEPUNG BERAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Selamat pagi semua ^^..Jom kita cuci mata dulu dengan bekpes hari ini..Apam Mekar Tepung Beras Kak Fida..Semalam meronda2 kat MyResepi mencari resepi baru terjumpa ler resepi apam baru Kak Fida..ramai yang dah hantar report walaupun baru je Kak Fida tayang kat MyResepi..Nak buat pun senang jer..sambil joging dari dapur pahtu ke bilik intai si kecik tu sedang lena..siap jugak menu simple pagi nihh..cian Kak Long Damia..dah lama tak makan apam ibu buat..hari ni betul2 dia makan..mulut plak xbenti cakap..sedap bu sedapp..bangga ibu..hikhikk..

Tapi kan..satu kejadian pelik telah berlaku..yana letak 2 kaler untuk apam nih..hijau dan pink tapi yang keluar dari kukusan..hijau dan brown..Tak tahu ke mana hilangnya kaler pink tersebut..Tak pernah pulak jadi sebelum nih ^^..Pe2pun..apam yang gebus dan lembut ni dah abis..yana buat half adunan jer..dapat 14 biji saiz comel2~~~


APAM MEKAR TEPUNG BERAS

200g tepung beras * ( 2 cawan )
2 sk baking powder * ( * diayak bersama )
180g gula halus ( 2/3 cawan + 1/8 cawan )
1 cawan susu segar/cair/santan cair~ yana guna susu cair
1 sk esen vanila ~ yana guna perisa pandan & ros
pewarna pilihan

CARA PENYEDIAAN :-

  1. Panaskan kukusan. Acuan dialas mangkuk kertas.
  2. Satukan bahan2 kering di dalam mangkuk lalu tuang susu segar/cair/santan sedikit2 sambil kacau hingga gula larut dan sebati. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  3. Warnakan adunan ikut pilihan. Tuang 3/4 penuh adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak.
  4. Apam ini enak dimakan begitu saja atau dengan kelapa parut kukus dan cicah gula apom
Selamat Mencuba :-)

Saturday, November 10, 2012

APAM GULA MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang ni yana nak jamu semua dengan kuih Apam yang sedap banget ^_*..Apam Gula Merah.. Dah banyak kali yana buat..Damia suka sangat..lembut dan gebuss mulus gitew heheee..Kali ni yana buat nak bagi mama rasa..Alhamdulillah mama cakap sedap..lembut kejadiannya..Tq Kak Yatie untuk resepi Kuih Apam Gula Merah kesukaan ramai nii..Mintak izin yana share kat sini pulak yer..jom makan ^__^



APAM GULA MERAH

BAHAN A
1 cawan gula merah*
1/2 cawan gula pasir*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(* dimasak dan sejukkan )

BAHAN B
1 sudu besar yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir

BAHAN C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak bahan2 A bertanda * hingga gula larut dan sejukkan.
  2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Campurkan ke semua bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.( Masukkan dalam blender lagi senang )
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaul sebati, setelah sebati tutup dan biarkan perap selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.
  5. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
  6. Kukus adunan selama 40 minit dengan api sederhana kuat.
  7. Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dgn pisau tajam dgn cara seperti gergaji ke depan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat ( Yana buat dalam acuan bentuk love )
  8. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.

Selamat Mencuba :-)

Thursday, June 28, 2012

APAM BERAS PANDAN

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Alhamdulillah dapat lagi kita bersua di alam maya..Tuan umah bercuti 2 hari balik kampung mertua kat Pendang..semalam baru sampai umah..hmm..nak bangun pagi ni punyer laaa terliat sikit..kepenatan belum hilang lagi ^^

Sebelum Yana nak meronda2 umah kengkawan..kita cuci mata dulu dengan kuih Apam Beras versi perisa pandan..Apam ni Yana buat sebelum balik umah mertua..Resepi asal dari Apam Beras tapi saje ngegada sikit p tambah kaler hijau dan sedikit perisa pandan maka jadi lah Apam Beras Pandan ^_^..Resepi Apam beras ni memang selalu yana buat..suka sangat dgn kelembutan dan kegebuannya hihii..tq pada tuan empunya resepi asal Cha@MyR dan juga Kak MaDiHaa cayaang tempat yana selalu cuci mata dengan resepi yang best2 kat dapur beliau ^^


APAM BERAS PANDAN
Resepi Asal : Cha@MyResepi
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA & Kak Nor
Olahan sikit : Yana 

BAHAN-BAHAN:-
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir ( dua2 gula pasir pun xpe )
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis ( mauripan )
Beberapa titik pewarna hijau
Beberapa titik perisa pandan
Kelapa parut dgn sedikit garam


CARA NAK BUAT:-
    1. Blend nasi dan air sehingga hancur ( masukkan air sedikit2..blend sampai abis ). Setelah hancur, campurkan brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
    2. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Perap 3 jam.
    3. Panaskan pengukus dan balut penutup dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
    4. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saje..
Selamat Mencuba :-)