Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts
Showing posts with label SEAFOOD. Show all posts

Thursday, March 5, 2015

UDANG GARING DAUN KESUM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Udang Garing Daun Kesum..simple tapi sedap sangat..makan dengan nasi panas2..alahaiii makan tak hengat..Sekarang mood tak nak makan yang berkuah..suka yang kering2 macam nii..gaul dengan nasi..penyek pulak cili api..huhuuu..meletop dalam mulut hehee..





Resepi asal dari Chef Kamarul yang fofular tu..yana skodeng kat dapur kak ummi..Tq kak Ummi share resepinya..Moh semak resepi..sempat lagi kalau nak buat untuk lunch nanti..g pasar beli udang dulu ^_^

UDANG GARING DAUN KESUM
Resepi : Chef Kamarul @ Majalah Saji
Sumber cuci mata : Kak Ummi @ Home sweet Home

BAHAN-BAHAN:-
500 gm udang ( sederhana besar )
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN PERAP:-
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

BAHAN CINCANG:-
6 ulas bawang putih
3 cm halia
1 tangkai besar daun kesum
1 tangkai kecil daun selasih ( yana & kak ummi x letak )
1 tangkai kecil daun kari
1 tangkai cili merah ( yana letak cili api )

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Kelar bahagian belakang udang dan bersihkannya
  2. Gaul udang bersama bahan perapan. ( yana perap 1/2 jam )
  3. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga benar2 garing. angkat dan toskan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar sahaja. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak garing
  5. Masukkan pula cili merah dan diikuti daun kesum, daun kari dan daun selasih. sentiasa kacau supaya tidak hangus
  6. Masukkan semula udang tadi dan gaul rata sebentar. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas..
Selamat Mencuba :-)

Monday, December 8, 2014

LALA MASAK TOMYAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Entry sepantas kilat ^__^..Lala Masak Tomyam..yana suka makan lala..Happy sangat bila incik suami bawak balik lala segar hari Jumaat lepas..Dah lama tak makan..Masa duk penang dulu memang selalu makan..duk kat manjung ni macam susah je nak jumpa cik lala nii asyik jumpa cik kerang jee..udah lah kita ni alergik dgn kerang ^_^

Okess, kita layan dulu resepi simple nii..ekceli, resepi campak2 je..Masak apa yang ada dalam esbox~~~


LALA GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:-

1kg lala
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 labu bawang besar ( hiris )
1 biji buah tomato ( potong 4 )
2 batang serai ( dititik)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
2 kiub tom yam ( yana guna knorr )
2 biji limau nipis ( amek jus )
4 -5 tangkai cili api ( potong )- nak pedas bleh tambah lg
4 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas
2 tangkai daun ketumbar ~ potong 1 inci
Carrot
Garam, gula secukup rasa

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,bawang besar, cili api, buah tomato dan serai. 
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan daun limau purut. Kacau kejap dan biarkan sedikit garing. Kemudian masukkan sedikit air. Anggaran dalam 1/3 cawan. Kemudian masukkan kiub tomyam dan carrot. Kacau biar sebati.
  3. Masukkan lala. Gaul rata dan tutup kuali 5 minit.
  4. Buka tutup kuali dan masukkan lengkuas dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan gula. Rasa dah ok boleh tutup api dan perahkan jus limau nipis. Gaul lagi dan siap untuk dihidangkan. 

Selamat Mencuba :-)

Friday, May 9, 2014

MEE KETAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Sebelum balik kampung hari tu yana dapat rezeki 2 ekor ketam dari abang..hurmm..2 ekor banyak gak tu sebab yana je makan..incik suami dgn anak2 tak boleh makan..alergik yang melampau dengan mr.krab nii hehee..

Malas nak makan dengan nasi, so yana cuba buat mee ketam sebab tak penah makan hokeyy ^__^..walllaaweyy..sedapppp mee ketam resepi Kak Nieza nii..ala2 mee bandung pun ada~ abih je semangkuk insaf kejap~~ makin bertambah lagi kolestrol dalam badan niii..xpe2 pahni dah nekad nak diet..hari ni kita abiskan dulu mee ketam yang sedapp nii :-P

Tq Kak Nieza share resepinya..tibe2 rindu pulak kat Kak Nieza yang dah lama cuti berblog..pe2pun semoga akak sentiasa sihat dan berada di bawah lindungaNYA..Amiinn~~ jom semak resepi ^__^



MEE METAM

BAHAN-BAHAN:-

300gm mee kuning
1/2kg ketam ( dibersihkan dan belah 2 )
8 biji cili merah ( mengikut kepedasan masing2 ) ~ Yana letak 2 sudu besar cili giling
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 tin tomato soup
1 liter air
1 biji telur ( dipukul sedikit ) ~ Nieza & yana tambah 2 biji telur yg tdk dipukul
2 kiub ayam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
2 biji tomato dibelah 4
Daun bawang dipotong 1'
sedikit sayur sawi
1 batang carrot ~ dipotong nipis
Bawang goreng
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Cuci bersih ketam dan toskan
  2. Blend cili merah + bawang merah + bawang putih 
  3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, sos tiram, sos tomato dan cili sos
  4. Masukkan air dan kiub ayam
  5. Bila kuah mendidih, masukkan telor dan kacau
  6. Kemudian masukkan ketam, tomato yang dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi
  7. Rasakan kuah..boleh tambah garam jika perlu
  8. Tutup api..dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi
  9. Taburkan daun bawang yang dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan


Selamat Mencuba :-)

Sunday, May 19, 2013

UDANG MAYO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu simple kami hari ini..Udang Mayo resepi dari Kak Rohah..Rasanya dah 3 kali yana buat lepas Kak Rohah berkongsi resepi kegemarannya ini di dapur Tun..alaa masa Tun buat GA resepi kegemaran ari tu..GA yang kita kalah tuuu hohoho ^__*~~~

Tq Kak Rohah sudi berkongsi resepi ni..dah jadi feveret yana dengan damia pulak ^__^.. En.suami tolak tepi sebab dia alergik melampau dengan udang hihiii..Mintak halal ye kak, yana nak kongsi kat  sini pulak ^_____^


UDANG MAYO
Sumber cuci mata : Tun Telani

BAHAN-BAHAN:-

600gm udang
1 labu bawang besar holland/merah ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ cincang halus
2 tangkai cili hijau ~ hiris
2 inci halia ~ hiris halus memanjang
2 sudu besar mayonis
Sedikit serbuk kunyit ( sedikit je tau )
sedikit air ( sedikit je ye )
garam
gula
minyak masak untuk menumis
kubis bunga ~ yana tambah
carrot ~ yana tambah


CARA PENYEDIAAN:-
  1. Potong sedikit muncung dan bahagian ekor udang. Cuci dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar. bawang putih, halia dan cili hijau hingga naik aroma.
  3. Masukkan serbuk kunyit bersama udang. Kacau hingga udang berubah warna sedikit.
  4. Tuang sedikit air ( sikit je ). Masukkan mayonis dan gaul rata.
  5. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Matikan api dan hidangkan.
Nota: Udang tidak perlu dimasak terlalu lama


Selamat Mencuba ;-)

Wednesday, March 27, 2013

KETAM KAM HEONG

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_________________^

Menu simple kami malam ini Ketam Kam Heong..Pagi tadi keluar p pasar beli ikan..tak sangka pulak beli ikan dapat free 3 ekor ketam yang segar bugar lagi..Alhamdulillah..semoga makin murah rezeki pakcik jual ikan sekeluarga~ Dapat je ketam terus dalam kepala fikir nak masak kam heong.. resepi yang paling senang..semua bahan dah tersedia ada di dapur^^

Sebelum ni yana dah pernah buat Udang Kam Heong menggunakan resepi yang sama jugak..boleh tgk SINI yer ^^..Tq sekali lagi Kak Amie sudi share resepi dari Chef Wan nih..memang sedap sangat ^^..Yana dah cuba cari bukunya tapi belum ketemu lagi hehee..pe2pun moh kita cuci mata je la ekkksss..semua dah habis kami ratah ^__^



KETAM KAM HEONG
Resepi Asal : Buku Masakan Selera Chef Wan
Sumber cuci mata : Kak Amie

BAHAN-BAHAN:-

3 ekor ketam 
5 ulas bawang putih cincang ~ 
2 sudu besar udang kering ~ yana gunakan 1/2 sb, rendam dan tumbuk kasar
2 sudu besar serbuk kari ~ 
3 tangkai daun kari ~ yana letak 2 tangkai
6 biji cili padi dihiris ~ yana letak 2 biji jew 
2 sudu besar sos tiram 
1 sudu teh lada hitam - kisar ~ yana letak 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & gula ~ jika perlu
Minyak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam/udang selama 5 minit atau sehingga masak. ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan goreng kacau selama beberapa minit.
  5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
  6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.
  7. Angkat dan hidangkan.

Selamat Mencuba :-)

Saturday, May 26, 2012

RENDANG UDANG

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..xmau cakap banyak pagi ni yer..ada keje yang perlu disetlekan..moh kita layan jer pasangan Nasi Lemak Kuning semalam.. Rendang Udang yang tersangatlah sedap..resepi dari Kak Fida MyR selalu tidak mengecewakan..rasa rendang ni lain dari rendang biasa..nak tau rasa mcm mana?..sila buat sendri yer..yang ni punyer dah abis hihiii..


RENDANG UDANG
Resepi : Kak Fida@MyR 

BAHAN-BAHAN:-
1 kilo udang harimau ~ bersihkan dan toskan
1 senduk cili kisar
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
2 hiris halia *
4 sudu besar serbuk kari
2 batang serai ~ dititik
2 lembar daun kari ~ sipetik2
1 cawan santan ~ daripada 1/2 biji kelapa
3 sudu besar penuh kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugur atau sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis


CARA NAK BUAT :-

  1. Kisar bahan2 yang bertanda * dan campurkan cili kisar dan rempah kari.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan campuran bahan kisar, serai dan daun kari hingga wangi.
  3. Masukkan santan, garam, gula, asam dan kerisik. Gaul rata. 
  4. Tambah sedikit air dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan udang dan gaul rata. Masak hingga udang berubah warna. Mastikan api. Siap untuk disajikan.
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, December 20, 2011

LALA SOS PEDAS

Assalamualaikum semua..sory yer tuan umah xsempat nk update blog awal hari ni..malam baru bleh ngadap cik lappy..bz memanjang ^_^..Hari ni juz masak simple2 jer..Semalam p pasar and beli lala yg nmpk fresh jer..tgk ikan xselera pulak..semua dh mata merah..hmm..beli lala je lah..ikan tgu esok lusa baru beli ^^..Menu hari Tomyam ayam & Lala Sos Pedas..Dah lama nk mencuba resepi Lala Sos Pedas dari Kak Nor Secubit Garam..Dah ramai yg mencuba..yana asyik tangguh jer..pe2pun dh jadi pun tadi..1kg kejap jer abis hihii...

Tak leh nk membebel byk dah..budak tecik ni dah mula kacau..Mintak izin yer Kak Nor cayang..yana share kat sini pulak..lain kali bleh buat lagi..^_^

LALA SOS PEDAS
Resepi: Kak Nor@Secubit Garam




BAHAN-BAHAN:-


1kg lala ( dibersihkan dan toskan )
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 inci halia ( dihiris spt batang mancis )
2 batang serai ( dihiris serong )
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
2 sudu sos ikan
2 helai daun limau purut ( dicarikkan )
Sepokok daun ketumbar ( dihiris )
1 biji cili merah ( dihiris )
1 biji limau kasturi/nipis
1/4 cawan air
Garam
Gula
Minyak




CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai hingga wangi.

Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga cili garing.

Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan .

Kacau seketika dan masukkan air.

Biarkan hingga mendidih dan masukkan lala, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.

Tutupkan kuali dan biarkan lala masak (sehingga kulit lala berubah warna kemerahan)

Masukkan daun ketumbar, jus limau dan cili merah.
Padamkan api dan kacau.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.


Selamat Mencuba :=)

Monday, October 10, 2011

LALA MASAK TOMYAM

Assalamualaikum semua..petang ni nak post n3 yang tertangguh dari semalam lg..Biasa lah kalau En.H ada kat umah..maka cik lappy ni pun jadi hak milik dia walaupun sebenarnya kita yg punya hihiii..Tak mau cakap byk..kejap lagi nak p ronda2 kat pasar malam cari makan..hari ni my dapur tak berasap..penyakit pompuan dh dtg..so, tido je lah ari nii..ngee :=)

Jom je lah kita jamu mata dgn pic nii..sorry semua..Lala dah abis..skali ngap je semua nii huhuu..layannzz :=)

LALA MASAK TOMYAM


BAHAN-BAHAN:-

500 gm lala
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 labu bawang besar ( hiris nipis)
1/2 biji buah tomato ( potong 2 )
2 batang serai ( dititik)
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/2 kiub tom yam ( yana guna knorr )
2 biji limau nipis ( amek jus )
3 tangkai cili api ( potong )- nak pedas bleh tambah lg
4 helai daun limau purut
Garam, gula & serbuk perasa


CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih,bawang besar, cili api, buah tomato dan serai. 
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan daun limau purut. Kacau 1 minit dan masukkan sedikit air. Anggaran dalam 1/3 cawan. Kemudian masukkan kiub tomyam. Kacau biar sebati.
  3. Masukkan lala dan bahan perasa. Gaul rata dan tutup kuali 3 hingga 5 minit.
  4. Buka tutup kuali dan gaul lagi..Tutup api dan perahkan jus limau nipis. Gaul lagi dan siap untuk dihidangkan. 

Selamat Mencuba :=)

Wednesday, August 24, 2011

KETUPAT SOTONG~ 23 RAMADHAN

Assalamualaikum..dah hampir seminggu x menjenguk blog kesayangan nii..sory kepada semua yg sudi singgah..ekceli tuan umah bz memanjang lepas balik dari kampung ari tu and tambah lagi my baby damia demam..ibu xleh nk berfoya2 lah di alam maya hehee..mmg penat sgt rasanya minggu nii..byk benda nak kena setle sebelum blk klate hari Jumaat nii..

Bebuka tadi walaupun bz tapi sempat jugak yana buat ketupat sotong..ini adalah pertama kali yana buat sendiri ketupat sotong ni yee..nasib baik menjadi dan memang sedap resepi Mak Yong dari Myrespi..Ketupat sotong ni yana buat and yana sendiri kna abiskan coz en.hubby xmkn sotong serta makanan yg manis..jom je lah kita intai resepi nii..mmg feveret yana dari dulu lg klu bln pose mst jgk kena mkn ketupat sotong nii..dh cari kat bazar ramadhan sini and xde..so, kena lah bt sendiri walaupun bt dgn 3 ekor sotong yg kecik jee hehee..jom layannn :=)


KETUPAT SOTONG 





Bahan-bahan ( 10 ekor )

  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 keping gula melaka
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

CARA NAK BUAT:-

  1. Bersihkan beras pulut. Rendam dengan santan selama 30 minit. Toskan beras. Santan bekas rendam beras tu dimasukkan ke dalam periuk.
  2. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  3. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk yang ada santan tadi.
  4. Masukkan garam, gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga pekat.
  5. Ambik sikit kuah tadi dan rasa sama ada dah cukup manis atau tidak. Kalau belum manis bolehlah ditambah dengan gula.

Selamat Mencuba :=)