Showing posts with label KEK CAWAN. Show all posts
Showing posts with label KEK CAWAN. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

MOIST CARROT CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Entry pertama bulan Februari~~ dah hampir pertengahan bulan baru dapat update blog..bukan kebizian melanda tapi puan tanah serta keluarga mengalami masalah kesihatan..Hujung bulan lepas kami bercuti ke kampung..4 hari di kelantan 4 hari di kedah..Balik dari cuti terus demam batuk selesema melanda..serentak pulak tu..ibu, ayah dan anak2..memang betul2 dugaan..Kakak mia terpaksa sambung cuti sekolah lagi..Alhamdulillah..hari ni dah makin sembuh..cuma kakak mia je masih batuk..susah bebenor nak bagi makan ubat batuk..tak best katanya pedas ~~~ ^__^


Okess..pagi ni kita layan carrot cupcakes dulu..dah lama buatnya..sebelum balik kampung lagi..tibe2 teringin nak makan kek carrot..Bila dah dapat makan tu memang terasa nikmat sangat..Alhamdulillah~~


Yana suka sangat kek carrot tapi anak2 kurang suka la pulak..makan sebiji sorang jee..huhuu terpaksa lah ibu dan ayah habiskan..Hairan sungguh dengan anak2 nii..Bila masak sayur carrot laju je makan tapi dah jadi kek macam nii tak nak pulak makan..Kalau diikutkan..lagi sedap carrot ni bila dah jadi kek heheee ~~~ ^__^


Resepi cupcakes ni yana ambil kat dapur Kak Azie..memang best sangat..tak rugi mencubanya..Selepas satu hari kek ni jadi makin moist gitu..suka suka suka~~


MOIST CARROT CUPCAKES
Resepi : Azie Kitchen

BAHAN-BAHAN:-
1 lb carrots ~ parut
1 cawan walnut ~ cincang
3 biji telur A
1/2 cawan buttermilk ( 1sk jus lemon + susu )
1 sk pure vanilla extract
2 cawan gula ~ yana letak 1 3/4 cawan gula perang
1 cawan minyak sayuran
1 sb parutan kulit oren ~ yana x letak
3 cawan all purpose flour ~ yana guna tepung kek
1 sk baking soda 
2 sk baking powder
1 sk garam
2 sk serbuk buah pelaga ~ yana x letak
1 sk serbuk kayu manis

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Panaskan oven pada suhu 170c. Panggang walnut dalam oven selama 5 minit dan keluarkan dari oven. Sejukkan dan ketepikan. Bersihkan carrot, buang kulit dan parut
  2. Satukan carrot, buttermilk, minyak, gula, telur, vanilla extract dan parutan kulit oren di dalam mangkuk dan kacau sebati
  3. Di dalam mangkuk lain, satu dan ayakkan tepung, baking soda, baking powder, garam, serbuk buah pala dan serbuk kayu manis
  4. Masukkan tepung ke dalam adunan dan kacau sebati, Jangan terlebih kacau. Masukkan walnut dan gaul sebati secara kaup balik
  5. Tuangkan ke dalam cawan kertas dalam 1/2 ke 3/4 penuh selama 18-20 minit atau sehingga masak. Rotate loyang selepas 15 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan di dalam loyang selama 5 minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting
CREAM CHEESE FROSTING
1 cawan/8oz unsalted butter ~ lembut
16 oz Philadelphia cream cheese
1 1/2 cawan gula aising

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Putar cream cheese dan butter dengan menggunakan kelajuan sederhana sehingga sebati
  2. Ayak gula aising dan kacau sebati. Sedia untuk digunakan
Selamat Mencuba :-)

Sunday, December 21, 2014

VANILLA CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Projek buat cupcakes dengan anak2..Dah lama janji nak buat kek bertemakan frozen nii..Ibu je tak berkesempatan nak layan permintaan anak..sory yer kakak..Dah berbulan2 kakak mintak ibu buat kek frozen baru sekarang ibu dapat buat..Pergi bakery semalam takde edible image saiz besar..ada saiz kecik ni je..Maka projek cupcakes je lah..

Vanila cupcakes ni feberet ibu tapi anak2 layan jugak sebab dah jadi kek frozen..Kalau tak jadi kek frozen gaya gini harus tak laku..Anak2 lagi suka kek coklat..yang tu laju je makan..memang kuat demam frozen ni kan..bila nak hilang pun tak tahu laa..Okess layan je la ekk..Cupcakes ni memang sedap sangat bagi yana.. Sudi2lah menerainya ^___^ ~~~peace ~~~



VANILLA CUPCAKES

BAHAN-BAHAN:-
3/4 cawan butter (6oz )
3 biji telur ~ suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour ( saya guna tepung gandum )
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster ~ yana guna 1 cawan + 1 sudu besar je )
3 sk vanila ~ boleh lebihkan
1 1/4 cawan susu ~ Kak azie & yana guna buttermilk
2 1/2 sk baking powder

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170c.
  2. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder
  3. Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
  4. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15 - 18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak
  6. Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

CREAM AISING

Resepi : Kak Nina @ Coratcoret Nina

BAHAN-BAHAN:-
1kg krimwell
1/2 kg gula icing

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Pukul krimwell hingga kembang
  2. Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata
  3. Adun bersama colour ( oil base ) dan dah boleh ubah utk mendeco-deco
Selamat Mencuba :-)

Monday, March 31, 2014

VANILLA CUPCAKES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pagi ni nak tayang Cupcakes Vanilla yang sangat sedap okess..tak tipu punye ^__^ ~~ Ekceli, cupcakes ni projek dgn my doter beberapa bulan yang lalu..saje nak main deko2 dgn dia..ibu main hentam je nak deko..xpe lah..janji ada penyeri kat atas cupcakes tuu kan hehee :P



VANILLA CUPCAKES

BAHAN-BAHAN:-
3/4 cawan butter (6oz )
3 biji telur ~ suhu bilik
2 1/2 cawan all purpose flour ( saya guna tepung gandum )
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster ( kurang sedikit ~ yana kurangkan 2 sudu besar )
3 sk vanila ~ boleh lebihkan
1 1/4 cawan susu ~ Kak azie guna buttermilk
2 1/2 sk baking powder

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan oven pada suhu 170c.
  2. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder
  3. Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
  4. Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama15 - 18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak
  6. Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.

BUTTERCREAM

BAHAN-BAHAN:-

80 gm butter
250 gm krimwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Potong butter kecil. Kemudian satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.
  2. Gula aising diayak. Kemudian masukkan gula aising dan golden sirap ke dalam butter yang telah dipukul kembang tadi.
  3. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula aje hingga bercampur sebati
  4. Kemudian bolehlah diletakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  5. Masukkan butter cream dalam piping beg dengan nozel pilihan dan bolehlah paip pada kek
Selamat Mencuba :-)