Showing posts with label TALAM. Show all posts
Showing posts with label TALAM. Show all posts

Friday, June 26, 2015

KUIH SERI MUKA PANDAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Alhamdulillah..hari ni merajinkan diri hupdate blog kesayangan hamba..Dah hampir sebulan rasanya blog ni diabaikan..Nak buat macam mana virus M melanda diri puan tanah hehee~~

Okess..untuk sessi memanaskan kembali blog kita layan dulu kuih kegemaran anak2 kat rumah ni.. Kuih Serimuka Pandan..Ekceli dah lama buatnya..Rasanya untuk iftar 3 Ramadhan yang lalu..Kali ni yana cuba resepi dari dapur Kak Liza pula..Tq kak Liza share resepinya..sedapp..anak2 yana suka.. InsyaAllah lain kali boleh buat lagi guna resepi nii~~~ ^__^


Kaler kuih pucat sikit tidak berseri..terlupa pewarna ijo dah kehabisan stok..guna ijo ori dari daun pandan je lah ^__^


SERIMUKA PANDAN
Resepi : Majalah Sedap
Sumber cuci mata : Kak Liza Intai Dapur

Bhn2 A:( bawah)

150 gm beras pulut - rendam 3-4 j
200 ml santan cair
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara Penyediaan-

- kukus pulut dgn santan cair, garam dan daun pandan.
- bila pulut dah masak, tekan biar pulut td padat, ketepikan..

Bhn2 B:(atas)

1 cawan pati santan
2 biji telur
5 s/b gula pasir
25gm tpg gandum
1 s/b tpg jagung
Sdkt pewarna hijau
Sdkt air perahan daun pandan - Liza guna 3 helai daun pandan + blend dgn pati santan  + telur dan tapis
Sdkt garam

Cara Penyediaan:-

- bancuh tpg jagung, tpg gandum, garam, gula dgn bancuhan santan bersama telur td.
- masukkan sdkt pewarna hijau dan gaul sebati.
- masak atas api perlahan hingga naik wap.
- tuangkan adunan td di atas pulut yg telah ditekan mampat.
- kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
- sejukkan sebelum dipotong....

Friday, April 3, 2015

KUIH SERI MUKA BAKAR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Rasa teruja sangat nak cuba buat kuih kegemaran anak2 yana ni..kuih seri muka tapi versi bakar.. Sebelum ni memang tak tahu ada seri muka yang boleh dibakar..Bila dah jumpa resepi versi bakar terus bersemangat nak cuba~~


Bila gigit seri muka ni rasa macam makan kuih bakar pandan dan pulut..sedap pulak gabungannya..Alhamdulillah..anak2 tetap suka cuma kakak damia je kurang sikit nak makan bila tengok ada yang gelap2 kat atas tu..Katanya ibu buat kuih hangus..Habis dibuang kerak2 atas kuih tu hihiii..



Terima kasih kak Azie share resepinya..InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi..Penggemar kuih seri muka harus cuba versi bakar ni tau..memang sedap dan enak gitu ^__^


KUIH SERI MUKA BAKAR
Resepi : Azie Kitchen

BAHAN LAPISAN BAWAH
500gm beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 sudu kecil garam halus
sedikit minyak masak ~ esp, jika guna santan kotak

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Rendam pulut sekejap. Basuh bersih dan toskan. Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam loyang. 
  2. Kukus selama 30 minit. Bila masak, digaul rata dan pindahkan ke dalam loyang yang sudah sedikit minyak. Tekan dan ratakan.
BAHAN LAPISAN ATAS:-
4 biji telur B ~ yana guna 3 biji telur A
1 cawan gula pasir ~ kurangkan 1 sudu besar
3 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
3/4 cawan tepung gandum ~ tambah 1 sudu besar
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Sedikit pewarna hijau ~ jika suka
Beberapa  helai daun pandan

* Daun pandan dimesin dengan 1/2 cawan air dan 1/2 ulas bawang merah + 1cm halia + 1/3 sudu teh jintan manis + kulit kayu manis

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Kisar semua bahan dan tuang ke atas pulut
  2. Bakar pada suhu 180c selama 45 minit ke 1 jam atau sehingga masak. Bergantung juga kepada saiz loyang yang digunakan. Gunakan cake tester atau lidi untuk melihat samada kuih sudah masak
  3. Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar2 sejuk
NOTA ; untuk rujukan di masa akan dtg..kurangkan gula 1 sudu besar dan tambah tepung gandum ditambah lagi 1 sudu besar

Selamat Mencuba :-)

Saturday, January 10, 2015

KUIH SERIMUKA PANDAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Selamat berhari sabtu semua..hupdate blog cepat2..kejap lagi nak keluar ke pasar cari apa yang patut nak penuhkan esbox~~~


Sebelum keluar jom kita bersarapan dulu dengan Kuih Seri Muka kegemaran kami sekeluarga..tersenyum panjang damia tengok kuih kegemaran dia atas meja..semalam dia tidur awal, tak sempat tengok ibu duk memproses kuih nii..okess layan dulu ekk..Resepi yana kopipes je dari dapur Kak Yatie..Males pulak nak menaip pepagi nii ^_^


KUIH SERIMUKA PANDAN
Resepi : Chef Asma
Sumber cuci mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500g beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.(Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang)-(Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain)
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A

  • 250 gm gula castor
  • 100 mg tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan, saya pun sama)
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
  2. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.
Selamat Mencuba :-)

Friday, December 5, 2014

SERI MUKA GULA MELAKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Jumaat pertama bulan Disember 2014..Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas pada hari ini.. Hampir 2 minggu tak dapat update blog..Sedikit sibuk dengan urusan duniawi yang tak pernah selesai ^__^

ok..pemanas dapur maya hari ni..kita layan dulu kuih kegemaran yana dan anak2.. Seri Muka Gula Melaka..yana buat minggu lepas lagi..Suka guna resepi Kak Nadz nii cuma yana ada buat sedikit penambahan..sory ye kak Nadz..1st time yana buat kuih ni agak lembik sedikit..susah nak potong..so, kali ni yana tambah sedikit tepung jagung & tepung gandum..Alhamdulillah..lembut jugak.. Moh kita layan pic je lah ekk..kuihnya udah habisss ^__^




SERI MUKA GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH

1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam
  3. Kukus sehingga masak
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 x 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan2 biar padat dan rata

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS

200 gm gula melaka ( potong kecil-kecil ) ~ yana campur nise dr klate 
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur ~ yana guna saiz B
1 tbsp tepung jagung ~ yana letak 2 sudu besar
1/4 cawan tepung gandum ~ yana tambah 1 sudu besar lagi
1/2 tsp garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. ( klu ada ketulan, boleh ditapis )
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Thursday, May 22, 2014

KUIH SERI MUKA JAGUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^



KUIH SERI MUKA JAGUNG

BAHAN-BAHAN:-

Bahan Lapisan Bawah
1 1/2 cawan pulut
1 1/4 cawan santan cair
sedikit garam
1/2 cawan jagung biji dalam tin

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Basuhkan pulut dan rendamkan 1 jam sebelum dimasak
  2. Lapikkan plastik dalam loyang bulat 10 inci
  3. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit
  4. Setelah masak, angkat dan tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik
  5. **Sapu plastik dengan sedikit minyak, ratakan dan tekan2 pulut supaya mampat
  6. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas selapis demi selapis
Bahan Lapisan Atas
1 1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula ~ yana ltk 1 cawan gula kastor
2 biji telur
450 ml santan pekat
300ml air
1/2 sudu kecil garam
Perisa/pewarna merah dan hijau atau apa2 kaler

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  3. Masukkan pewarna hijau, merah dalam setiap bahagian ~ yana guna hijau & kuning
  4. Masukkan 1 senduk adunan hijau ke atas lapisan pulut tadi dan kukus selama 7 minit
  5. Lapiskan pula 1 senduk adunan merah dan kukus lagi 7 minit
  6. Lapiskan lagi adunan hijau diikuti warna merah
  7. ( ** bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus lagi selama 20 minit )
  8. Kuih hendaklah betul2 sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau plastik

Selamat Mencuba :-)

Friday, April 4, 2014

SERI MUKA GULA MELAKA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih Seri Muka Gula Melaka kegemaran anak2 yana..suka sangat kalau ada kuih ni depan mata dorang..Yana selalu guna resepi dari Kak Naz..Tq yer Kak Naz cayang share resepi nii..mintak izin yana share kat sini pulak yer ~~




SERI MUKA GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN LAPISAN BAWAH

1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam
  3. Kukus sehingga masak
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 x 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan2 biar padat dan rata
BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS

200 gm gula melaka ( potong kecil-kecil )
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum
1/2 tsp garam

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. ( klu ada ketulan, boleh ditapis )
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, February 25, 2014

SERI MUKA TIGA RASA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^_^

Kuih Serimuka Tiga Rasa yang sangat sedap hokeyy  ^__^ dah lama buat baru dapat tayang kat sini.. pe2pun layan pic je laa ekk..tq pada Kak Yatie share resepi kuih serimuka nii..anak2 yana memang suka sangat..ibunya lagi suka :-)


SERI MUKA TIGA RASA

BAHAN-BAHAN:-
LAPISAN BAWAH :- loyang 10x10x3@2 inci

500 gm beras pulut
200 ml santan pekat
300 ml air
1 sudu kecil garam halus
pewarna hijau & perisa pandan

CARA PENYEDIAAN:-


  1. Basuh beras pulut dan rendamkan pulut sekurang2nya 4 jam bersama pewarna hijau.
  2. Buangkan air rendaman, basuh bersih pulut dan toskan. Ketepikan dulu.
  3. Sapukan sedikit minyak masak di sekeliling loyang dan alaskan plastik dan sapukan sedikit minyak lagi
  4. Masukkan beras pulut yang di toskan tadi ke dlm loyang dan ratakan.
  5. Dalam bekas lain, satukan santan pekat, air, garam, perisa pandan dan pewarna hijau. Gaul sebati.
  6. Tuangkan adunan santan tadi ke dlm loyang berisi pulut dan gaul rata.
  7. Kukus semua bahan diatas selama 30 minit. Bila pulut dah masak, gaul sebati dan tekan2kan rata.
**Sementara kukus pulut masak, bolehlah sediakan bahan2 utk lapisan tengah

LAPISAN TENGAH

1 cawan labu manis ~ yg sudah diparut/disagat halus
1 1/2 cawan tepung beras*
2 sudu besar rata tepung jagung*
1 cawan santan pekat*
2 cawan air*
3/4 cawan gula kastor*
1/2 sudu kecil garam*

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis dan masak hingga naik wap. Sentiasalah dikacauguna whisk dan guna api sederhana jer dlm 5 minut - tutup api.
  2. Masukkan labu yg diparut tadi dan kacau rata.
  3. Tuangkan adunan ke atas permukaan lapisan bawah/pulut dan kukus selama 20 minit.
**Sementara tunggu adunan lapisan tengah masak, bolehlah sediakan adunan utk lapisan atas

LAPISAN ATAS

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu kecil garam
2 biji telor
300 ml air
100 ml santan pekat ~ santan kara
2 sudu kecil coklat emulco

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Satukan semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap dlm 3 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk
  3. Tuang atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kelar2kan sikit permukaan lapisan tengah sblm tuang adunan atas. Pastikan tiada air di permukaannya. Sekiranya ada, lapkan guna kitchen towel
  4. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong guna pisau plastik.

Selamat Mencuba :-)

Monday, March 18, 2013

KUIH TALAM KURMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Sekejap jer masa berlalu..dah seminggu tak menjenguk blog kesayangan ^__^..Minggu lepas yana ke Perlis untuk menghadiri majlis konvokesyen adik di Politeknik Arau..3 hari 2 malam jugak kat sana.. balik je ke Manjung terus diserang selsema..Alhamdulillah..hari ni baru rasa bertenaga sikit^^bila dah bertenaga mula lah nak membizikan diri dengan aktiviti kat dapur ~ dah seminggu dapur tak berasap..en.husband bagi mc *_* hohoooo~~

Malam ni kita layan Kuih Talam Kurma dulu..Yana buat 2 minggu lepas lagi tapi sedikit kecewa.. kejadiannya x seperti yang di impikan~tak cantik..banyak pulak kedutan di permukaannya walaupun dah tutup dgn aluminium foil ^^pe2pun kuih nih dah habis licin..sedap sangat..yana mkn sorang jew sebab en.husban xmakan kuih yang lembik2 cani..Mula2 tu ingat nak share dgn jiran tapi kejadiannya pula xcantik..malu nak bagi hihii..

Tq Kak Q share resepi kuih talam nih..Dah lama yana simpan resepinya..baru berkesempatan nak cuba..InsyaAllah lepas ni cuba buat lagi bagi cantik licin gitew hihiii~~


TALAM KURMA
Resepi : Kak Quinnie

BAHAN-BAHAN:-

Adunan Bawah

1 cawan kurma dibelah panjang2 - kalau nak kurang pun boleh
1 1/3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
3/4 cawan gula merah
2 1/2 cawan santan
1 biji telur

Adunan Atas

2 1/3 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil gara,

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Panaskan kukusan. Kemudian masukkan semua bahan adunan bawah di dalam blender dan blend bahan2 hingga gula hancur kecuali kurma jangan blend yer..Kemudian tapiskan adunan ke dalam mangkuk..selepas tu gaul2kan kurma dengan sedikit tepung gandum..letak sikit je dan biar rata.. kemudian masukkan kurma ke dalam adunan tepung dan gaul rata
  2. Masukkan adunan bercampur kurma tadi ke dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak bila air kukusan dah didih..masukkan loyang ke dalam pengukus dan kukus 25 minit..guna api kuat.. sebelum tu tutup loyang dengan aluminium foil utk elakkan adunan tadi terkena air kukusan..pastikan bahagian bawah dah keras baru letak adunan atas..kalau 25 minit  tak keras lagi sambung kukus lagi hingga ia keras.
  3. Campurkan adunan atas ke dalam mangkuk..gaul rata dan tapiskan..bila adunan bawah sudah keras..taburkan adunan dengan tepung gandum atas adunan bawah tadi ataupun boleh jugak lorekkan skit dengan pisau..kalau takpun tekan2 dgn garfu..saya tekan2 dgn garfu jer..tujuanya supaya adunan atas dan bawah melekat antara satu sama lain bila dipotong nanti..lepas tu masukkan adunan atas..kukus lagi selama 25 - 30 minit..jgn lupa tutup balik loyang dgn aluminium foil..bila masak angkat loyang dan buka aluminium foil dan biar kuih sejuk baru dipotong.
Selamat Mencuba :-)

Thursday, February 7, 2013

TALAM GULA MERAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

~Ketandusan idea nak membebel malam ni^^..Kita layan je lah Kuih Talam Gula Merah yana buat 2 hari lepas..Tibe je teringin nak makan

Kuih Talam Gula Merah ni resepi dari Ratu Talam kita Kak Yatie..memang selalu jadi pilihan yana kalau buat kuih talam..konfem jadi punyer^^..Untuk kali ni, yana buat 1/2 adunan je..buat dalam bekas lap u mcm ni senang sikit nak ngap..xpayah nak potong memotong ~ sebenarnya sengaja buat dlm bekas ni sebab fail lg nak potong kuih talam..mesti xcantik potongannya heheee...




TALAM GULA MERAH

BAHAN LAPISAN BAWAH
200gm gula merah
2 sudu gula pasir
2 1/2 cwn air biasa
1 cwn tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar air kapur

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dengan air. Sejukkan.
  2. Sementara itu, panaskan pengukus dan balut dengan kain penutupnya.
  3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
  4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
  5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak cakar2 sedikit di atas permukaan dan tuang adunan lapisan atas.
BAHAN LAPISAN ATAS
3 cwn santan pekat
1 cwn tepung beras
Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN;-
  1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
  2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
  3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak ( selama 20 minit )
  4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Selamat Mencuba :-)

Friday, June 15, 2012

TALAM PANDAN

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh keberkatan buat pengunjung ^^
Alhamdulillah baru setle mengerjakan umah yang dah mcm tongkang pecah..anak baru sorang..lepas ni klu dah bertambah..hmm..xnampak mcm umah laaa agaknya kuikuii..Dah setle kemas umah masuk dapur plak..dapat rezeki rebung madu dari kampung ari tu..baru hari ni ada feeling nak membikinnya hihhii ^^


Tengah hari Jumaat ni yana nak tayang menu petang semalam dulu..Kuih Talam Pandan Kak Yatie..menu rebung madu nanti laa ada masa baru n3 kan..xsmpt snap pic lagi ^^..rasanya dah ramai kawan2 yang dah mencuba resepi Talam Pandan ni..Tq K.Yatie share resepi kuih talam nii..yana mintak izin share kat sini pulak yer..jom layan..yana nak menjenguk dapur kengkawan pulak..nampak mcm meriah ajer hari niii ^^


TALAM PANDAN

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH
1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
1/2 cawan gula ( k.yatie tambah 2 sb lagi )~ yana x tambah
2 cawan santan cair + sikit garam
1 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 sb air kapur

Cara Masak Lapisan Bawah
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
  5. Sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
BAHAN UTK LAPISAN ATAS
1/2 cawan tepung beras
4 sb tepung jagung
3 cawan santan sederhana pekat
1 sk garam

Cara Masak Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sekejap adunan di atas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ini tidak berketul2 ( dalam 10 minit )
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
  4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan )
  5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan. ( potong guna pisau plastik/pisau kek )
Selamat Mencuba :-)

Tuesday, June 28, 2011

TALAM DURIAN~ 1st time menalam ^___^

Assalamualaikum dan slamat petang..ari ni xsmpt nk jenguk umah akak2 dan adik2..mst semua dh tayang resepi yg best2 kan..My baby still xsihat..bdn panas..mkn pun xslera g..cian my baby..Pagi tadi ms my baby tido yana smpt msk dapur and buat kuih talam..dah 2 ari duk mimpi nak bt talam durian..ari tu terskodeng kat umah Kak Nieza yg jauh nun di Finland..nmpk cam best jee..Kebetulan plak mak mertua yana kirim durian kat adik ipar 5 biji yg besar2 g haa..dlm kepala duk fikir nak bt kek ke kuih talam..hmm..akhirnya nk menalam juga..

Tak sangka jadi lee..sukanyaa..lepas ni bleh menalam lagi..utk Kak Nieza tq coz best sgt talam durian nii.. berbaloi akak derhaka dgn Akak Chef Hanieliza..sorry hikhikk..resepi asalnya adalah Talam pisang dari Chef Hanieliza and Kak Nieza jadikan plak Talam Durian..Jom kita semak je resepi yg juz c&p dari umah Kak Nieza..mintak izin share kat sini plak ye kak..


TALAM DURIAN





Source : Kak Hanieliza @ Kak Liza (Talam Pisang)

BAHAN LAPISAN BAWAH

1 cawan durian ( dilecek)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 s/b tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning

CARA NAK BUAT:-
  1. Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
  2. Gaul semua bahan dan tuangkan dalam loyang
  3. Masukkan dalam kukusan dan kukus selama 30 minit.
  4. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.


BAHAN LAPISAN ATAS

1 cawan tepung beras 
3 cawan santan pekat
2 s/b tepung jagung (nieza tambah)( yana tmbh jgk)
1 s/k garam


CARA NAK BUAT:-
  1. Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
  3. Bila nampak pekat, tutup api dan tuang ke atas lapisan bawah.
  4. kukus lagi 20 minit.
  5. Sejukkan betul2 dan potong utk dihidangkan..Slamat Mencuba ;-)