Sunday, March 6, 2011

ASAM PEDAS & PERIA GORENG

Hujan lebat tul turun..tak sabar nak tido jap g hehee..Nak ngadap laptop pun rasa malas malam ni..dr pagi smpai lewat petang bz memanjang..Nak amek masa kejap je nak bern3 ni..baby mengamuk lak..pe2pun jom kita cepat2 ke dapur sebelum baby makin mengamuk hehee..layann...

                                      


ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

3 ekor ikan kembung
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 ikat daun kesum
4 sudu besar cili kisar
garam
gula 
serbuk perasa
minyak untuk menumis

CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan cili kisar hingga naik bau. Kemudian bolehlah masukkan air asam jawa dan kacau sampai lah mendidih.
Selepas tu masukkan daun kesum dan juga bendi. Kacau jap dan tambah air biasa sikit. Masukkan ikan dan juga garam, gula serta serbuk perasa. Dah cukup semua rasa tunggu je ikan masak dan bolehlah tutup api. Siap untuk dihidangkan..Slamat mencuba..:-)


PERIA GORENG

BAHAN-BAHAN :-

2 biji peria katak ( potong )
1 ulas bawang putih ( mayang )
1 ulas bawang besar ( mayang )
2 biji cili api ( potong )
Suun
Fucuk 
Garam
serbul perasa
serbuk kunyit

CARA NAK BUAT:-

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang  merah dan juga cili api. Dah bau wangi masukkan peria serta sikit je serbuk kunyit dan kacau. Lepas tu masukkan fucuk dan tambah air sikit. Kemudian masukkan garam dan serbuk perasa. Last sekali masukkan suun dan kacau. Hmm..dah siap pun hehee..Nak lagi best tambah telur..Slamat mencuba..;-)

2 comments:

eina said...

ooo sedapnyo asam pedas...our feveret kat umoh ni..esp asam pedas daging..hehehe

Yana Shaiful said...

Bleh test plak tu resepi asam pedas daging..hubby suko make daging hehee..