Hari ni dah bleh masuk dapur..badan dah rasa sihat..Tiba2 teringin nak makan ayam percik plak.. dah lama x masak percik.. Yana suka percik putih. So, kali ni jadilah percik putih resepi my family..tak tau la orang lain masak cane.. yang ni mama yana yang ajar hehee..Jom kita ke dapur semak resepi..
PERCIK AYAM KLATE
BAHAN A:-
2 ulas bawang merah ( tumbuk )
1 ulas bawang putih ( tumbuk )
1/2 inci halia ( tumbuk )
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
BAHAN B:-
1 ketul ayam ( bahagian paha )
3 ulas bawang merah ( tumbuk/kisar)
1 ulas bawang putih ( tumbuk/kisar )
1 inci halia ( tumbuk/kisar )
2 batang serai ( diketuk )
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping asam keping
1 sudu tepung jagung ( campur sedikit air )
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA NAK BUAT:-
1. Rebus ayam bersama bahan A sehingga masak. Kemudian bakar kejap ayam tersebut.
2. Lepas tu dalam periuk lain bleh masak santan pekat dan juga santan cair bersama bahan B
yang ditumbuk serta serai. Kacau sentiasa.
yang ditumbuk serta serai. Kacau sentiasa.
3. Bila dah mendidih masukkan asam keping. Kacau lagi dan masukkan garam, gula dan juga
serbuk perasa.
4. Buang asam keping ( takut terlebih rasa masam ) dan masukkan tepung jagung yang telah
dicampur air. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan
ayam yang dibakartadi dan gaul rata.
dicampur air. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Tunggu hingga kuah mendidih dan masukkan
ayam yang dibakartadi dan gaul rata.
5. Tutup api dan siap di hidang. Slamat Mencuba :-)
* harap2 faham la yana explain cara nak masak tu..tak faham bleh tanya :-)
No comments:
Post a Comment