Salam petang Jumaat..sejuk je ari nii..hujan turun lebat tapi kejap jee..ilang panas lam badan ni.. tengah hari ni sempat masak sikit2 sambil layan my little baby..dah makin besar makin tak nak tido. Asyik ajak nak main kat luar je hehee..ok lah..jom semak resepi ari ni..tiba2 terasa rindu dgn juadah asli klate..apa lagi kalau bukan ikan singgang..rasanya yang masam masam tu lah yg buat jadi best..makan pula dengan budu..peehhh meme sedap lah..nasi tambah kena ada kat sebelah hehe..resepi ni ringkas jee..tak yah tumis..main campak2 jee.. jom layan...
IKAN SINGGANG
2 ekor ikan kembung
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 inci lengkuas ( yana hiris tebal )
3 keping asam keping
5 biji cili api
Air secukupnya ( nak kuah banyak letak air banyak )
*Garam
*Serbuk perasa
* Gula merah/gula melaka
CARA NAK BUAT :-
Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali bahan bertanda *. Tunggu hingga mendidih baru lah masukkan gula melaka/gula merah, garam dan juga serbuk perasa. Rasa dah ok maknanya dak siap lah masakkan kita.. Senang je kan..:-)
No comments:
Post a Comment