Friday, November 14, 2014

KARI AYAM BANGLADESH

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Hari ni jom kita merasa Kari Ayam Bangladesh..alahaii sedap la pulak..sesuai sangat untuk golongan yang suka makan kari tapi mahu cepat dimasak serta sedap dimakan hehee..Tak rugi mencuba kari bangladesh nii tau..anak2 yana suka sebab tak pedas sangat..berselera tgk dorang makan..cicah roti pon sodap jugak nihh..Okess kita semak je resepinya..Puan tanah sedikit bizi hari nii ~~ ^_^


KARI AYAM BANGLADESH
Resepi : Noreen
Sumber cuci mata : Izah Muffin Lover

BAHAN-BAHAN:-

1/2 ekor ayam (boleh digantikan dengan 1 kg lamb) - dipotong kecil
25gm serbuk kari ayam
100ml santan
1/2 cawan air asam jawa
1 biji buah tomato - dipotong baji
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan2 tumbuk/kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm halia

Izah & Yana tambah kentang
CARA PENYEDIAAN:-
  • jika menggunakan lamb bolehlah direbuskan dahulu sehingga lembut
  • kemudian tos dan ketepikan
  • gaulkan ayam/lamb rebus tadi dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk/kisar sehingga rata
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan ayam/lamb ke dalamnya
  • perlahan2 balik2kan ayam/lamb tadi supaya ianya sekata garingnya
  • setelah garing bolehlah dikecilkan api seketika
  • kemudian masukkan santan, air asam jawa, buah tomato dan kacaukan perlahan2 supaya sebati
  • jika menggunakan ayam bolehlah di letakkan buah tomato kemudian supaya ianya tidak begitu lembik
  • tutupkan kuali sebentar dan kecilkan api
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • biarkan ayam masak barulah dipadamkan api
  • sedia untuk dihidangkan

source: kak sue @ nenie (cara telah diubah mengikut cara sendiri)
Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Sweet red cherry said...

Wah rajinnya..em..sedap ni makan dengan roti

Gee® said...

Sedapnyaaa...

Kakzakie Purvit said...

Pekat likat menggoda tekak betul ni Yana. Betul makan dgn roti pun sedap ni..

Bengal kittens said...

savannah cat for sale
savannah kitten
f1 savannah cat for sale
savannah cat price
savannah cats for sale
savannah kittens for sale,

serval cat for sale, savannah cat for sale, savannah cats for sale, f1 savannah cat for sale, serval cat

for sale, exotic cats for sale, f1 savannah cat, f4 savannah cat, cats for sale, savannah cats, Serval

kittens for sale, savannah kittens for sale near me, savannah cats for sale near me, bengal kittens for

sale, bengal kittens for sale near me.


Unknown said...

check over herelook at this website this contentGet the facts Check This Outcheck