Wednesday, November 5, 2014

AYAM ALA BALI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu ulangan~~Ayam Ala Bali..dah lama tak buat tibe je teringin pulak..Resepi Kak Diana ni penah meletops suatu ketika dulu..memang jadi virus lah..sana sini kengkawan duk tayang..sedap tau..Tq Kak Diana share resepinya..sekali lagi yana letak sini ye kak..



AYAM ALA BALI

BAHAN-BAHAN:-

950 gm ayam yg telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia ~ dihiris
1/2 inci lengkuas ~ dihiris
2 batang serai ~ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut ~ dimayang/dicarik2
serbuk kunyit
garam
Minyak untuk menggoreng

BAHAN2 KISAR ( kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing2 )

BAHAN2 A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos cili maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukupnya ~ boleh menggunakan gula melaka
Garam jika perlu

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak yang banyak. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tadi, tinggalkan sedikit minyak tu utk menumis ) dan tumis bahan2 kisar hingga terbit aromanya. Kemudian masukkan halia dan lengkuas. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  3. Tambahkan bahan2 A dan gaul rata ( Yana tambah setengah cawan air masa ni ) setelah mendidih dan sedikit pekat bolehlah dimasukkan ayam gorengan tadi dan gaul rata.
  4. Masak seketika dan sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas

Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Kakzakie said...

Anak-anak kakak suka hidangan macam ini Yana. Kalau nak balik mesti nak bawa bekal ayam masak macam ini sebab tahan sehari kalau tak panaskan pun..

miza said...

as salam...salam perkenalan...sedapnya ayam nih..nak try la nti.

Ayu said...

assalam yana,
lauk ayam masak bali akak belum cuba lagi..
tengok bahan2 memang harus dicuba..
akak juga yg ketinggalan kan..huhu

cheq da said...

Sedap yana..tambah2 lama dh xmkn ayam cam ni

Abang Bear said...

tak sanggup aku nak buat open house masak cenggini... mesti tak cukup... makan sendiri boleh la

salam kenal