Wednesday, November 19, 2014

DONUT RIMA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Virus mendonut menyerang FB semenjak dua menjak nih..sana sini sinu duk tayang kegebuan donut masing2..termasuklah kita tidak mahu ketinggalan..harus jua gatal tangan nak buat donut kan..Rasanya dah lama sangat yana tak buat donut..Takde keinginan nak buat tapi terrrbuat jugak semalam sebab tak tahan tengok kengkawan duk tayang hehee ~~~ ^_^

Kali ni try resepi Donut Rima..femes jugak tau donut nii..rata2 kengkawan blogger dah buat sejak 3 4 tahun lpas lagi haa..yana je baru nak try..meme lembut gebuss sangat donut ni..ala2 big apple gitu..Jom semak resepinya ^_^



DONUT RIMA
Sumber Cuci Mata : Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku


Bahan :

  • 500gm tepung roti
  • 100gm gula halus
  • 11gm instant yeast
  • 4 biji kuning telur
  • 200 ml air
  • 100gm magerine / butter
  • 1 sudu kecil garam
Untuk Hiasan :
  • 200g Chocolat masakan - cairkan
  • 100g kepingan Almond
Cara membuatnya :
  1. Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  2. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  3. Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  4. Rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang.
  5. Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
  6. Rehat doh semula 20 minit.
  7. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  8. Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.
  9. Cara Ita,
Masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng. 


Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau macam ini punya gaya dah tak payahlah ke DUnkin Donut. Kalau Yana duduk dekat dgn kakak nak kakak order senang... cantik dan nampak betul-betul macam yg kedai jual tu..

iryantyismail said...

sedapnya..salam kenal yana..

iryantyahamad.blogspot.com

Sweet red cherry said...

lama wana x buat donat coklat ni..anak2 buah suka sangat makan tapi yang laju habis coklat dan manik di atas tu dulu.heheh..

tun_telani said...

Salam kak yana.. mmg lembut gebu donat rima nih.. tun pun terliur tgk donat kat fb, nk buat xsempat, last2 beli je.. hehe

Bengal kittens said...

savannah cat for sale
savannah kitten
f1 savannah cat for sale
savannah cat price
savannah cats for sale
savannah kittens for sale,

serval cat for sale, savannah cat for sale, savannah cats for sale, f1 savannah cat for sale, serval cat

for sale, exotic cats for sale, f1 savannah cat, f4 savannah cat, cats for sale, savannah cats, Serval

kittens for sale, savannah kittens for sale near me, savannah cats for sale near me, bengal kittens for

sale, bengal kittens for sale near me.