Saturday, November 15, 2014

BIHUN SUP UTARA ALA IBU MERTUAKU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Dah lama tak makan bihup sup utara..balik kampung incik hubby minggu lepas pun tak berkesempatan nak merequest ibu mertua buatkan bihun sup..beliau sibuk sangat dengan jemputan kenduri tahlil kenduri kesyukuran..Finally kena buat sendiri jugak hehee..

Okess..layan je lah ekk resepi Bihun Sup Utara Ibu Mertua tersayang..resepi paling mabeles kami sekeluarga~~peace ^_^





BIHUN SUP UTARA
Resepi : Ibu MertuaKu ^_^

BAHAN UNTUK KUAH:-

1/2 ekor ayam
1 1/2 inci halia ( diketuk )
1/2 kiub stok ayam
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa

BAHAN TUMIS :-

2 biji bawang merah ~ tumbuk halus
3 biji bawang putih ~ tumbuk halus
1/2 sudu besar halba campur ~ tumbuk kasar
1/2 sudu besar rempah sup adabi
1 batang daun sup ~ potong kasar

AKSESORI

Bihun ~ rebus kejap dgn sedikit serbuk kunyit
Daun bawang/daun sup
bawang goreng
Tauhu ~ digoreng dulu lepas tu potong
Lobak asin

CARA NAK BUAT:-
  1. Mula2 buat kuah dulu yer..Masak semua bahan untuk kuah dalam periuk hingga didih kemudian masukkan ayam. 
  2. Bila ayam dah masak, keluarkan dan goreng kejap. 
  3. Dalam kuali, tumis semua bahan tumis kecuali daun sup dengan sedikit minyak hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan 3-4 senduk kuah tadi ke dalam kuali bahan tumis. Kacau dan masukkan daun sup. Kacau dalam 5 saat dan tuangkan bahan tumis tadi ke dalam periuk kuah yang sedang dimasak. Kemudian bolehlah tambah garam dan sedikit serbuk perasa. Rasa dah ok maknanya dah siap lah kuahnyaa...
  4. Masa menghidangkan, masukkan bihun ke dalam mangkuk. Letak sedikit isi ayam. Tabur daun sup, bawang goreng dan lobak asin. Jangan lupa sambal cilinya..
* Cara yana buat sambal merah..masak sebungkus serbuk cili bersama sedikit air, gula merah dan 1 asam keping. kacau2 masak hingga pekat...


Selamat Mencuba :)

2 comments:

cheq da said...

Yana mee hun sup org utara warna kuning
rendam pewarna ke camana...belajar kat kedah dulu suka sgt mkn mee2 sup cni..murah plak tu

Bbwana adienia said...

Menarik..teringin juga wana nak try ni..