Thursday, November 13, 2014

BENGKANG UBI KAYU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Dah sebulan lebih puan tanah duk kempunan nak makan ubi kayu..tiap kali pergi pasar alahaiii kecewanya hati..Tak pernah dapat ubi yang elok..Alhamdulillah..minggu lepas balik kampung incik hubby di pendang..paksa rela beliau suruh cari gali ubi kayu ^__^

Banyak jugak dapat hasilnya..Macam2 rasanya nak buat dengan ubi kayu nii..Okess, hari ni kita layan Bengkang dulu ekkkss..Tq pada MamaSaraNur share resepinya..ramai kengkawan yang buat kuih bengkang guna resepinya..rata2 cakap sedapp..jadi kita pun nak menerai lah jugak..emmm..memang sedapp hokeyyy..puan tanah tak boleh stop makan hehee..Selain buat bengkang yana rebus juga ubi tu..makan cicah sambal tumis..wallllllaahh sedapnyaaa..hilang kempunan nak makan ubi kayu..lepas nii tak tau kempunan apa plak..macam2 puan tanah nii kan ~~~ peace 




BENGKANG UBI KAYU
Resepi : MamaSaraNur

BAHAN-BAHAN:-
5 cawan ubi yg siap diparut
2 1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula ~ ikut kemanisan masing2
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Ubi yang diparut ditapis dulu dengan penapis kelapa, biar airnya berwarna kuning turun dlm 10 minit ( petua mak supaya tak pening & angin ). Tapi sagunya berwarna putih diambil dan digaul bersama ubi tadi.
  2. Campurkan gula, garam dan santan pekat. Gaul.
  3. Sapukan loyang dengan mentega dan panaskan oven sebentar. ~ yana panaskan dulu 15 minit
  4. Masukkan adunan ubi yang telah sebati. Bakar 1 1/2 jam suhu 200c menggunakan api atas bawah
  5. Sejukkan betul2 baru potong..

 
Selamat Mencuba :-)

4 comments:

Bbwana adienia said...

Rajinnya yana..sedap ni :)

Amie said...

Yana... lamanya tak makan bengkang ubi, yang keraknya kak amie suka, yang lebut isi dalanya pun suka... hasiiihhh terliur pulak dah!

Kakzakie said...

Uh..uh... kakak tengok terus tergoda Yana. Kakak hari tu ada ubi tapi kakak buat macam yg bawah aje (rebus cecah sambal tumis). Rasanya minggu depan kakak nak buat bingkalah macam Yana. Kuning nampak cantik pulak..

Afasz said...

sedap nye. rasa nak try buat. tq resipe.

salam singgah dari http://afasz.blogspot.com