Saturday, November 1, 2014

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu yang simple2 je..kadang2 dah ketandusan idea nak masak apa untuk family especially anak2..ibu dan ayah tak kesah sangat..yang penting anak2..Nasib baik ada gugel..Boleh jadi penyelamat..Bila takde idea terus je gugel sambil berFB tanya kengkawan masak apa hari nii.. Dapat lah juga idea ^__^

Okess..hari ni layan ikan siakap goreng dalam sos daun limau purut..dah lama rasanya yana tak masak ikan siakap..Tak berkesempatan nak ke pasar pagi beli ikan fresh..kalau dah petang sure dapat ikan yang tak fresh dah~~Resepi ni yana skodeng kat dapur Kak Nor..simple sangat hokey..bahan2 pun memang selalu tersedia kat dapur..Jom kita semak ~~





IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Resepi : Buku Masakan Thai

2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia ~ yana guna ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.


Selamat Mencuba:-)

1 comment:

Bbwana adienia said...

nampak senang nak buat menu ni kan..sedap pula tu.. :)