Tuesday, November 11, 2014

LONTONG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Menu minggu lepas..Yana buat sekali dengan Kuih Kaswi Pandan..Ekceli lontong nii menu feberet yana..Suka sangat makan lontong..Teringat pulak zaman anak dara dulu keje kat KL..Hampir setiap hari brekpes dengan lontong..Tak pernah puas menikmatinya.. ^__^

Jom kita semak je resepinya..Versi yana ni yang simple2 je..Versi buat je apa yang ada kat dapur..
senangkan..janji perut kenyang..betul tak hihii ^__^


KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN:-

3/4 batang carrot ( potong jejari )
1/4 bahagian kubis ( hiris )
2 keping fucuk ( kerat kecil dan rendam hingga lembut )
2 keping tempe ( potong dadu )
2 keping tauhu ( potong dadu )
1 cekak soon ( potong pendek )
1 kiub ikan bilis maggi
2 batang serai ( dititik )
1/2 inci lengkuas ( dititik)
1 biji bawang besar ( hiris halus)
2 biji bawang putih ( hiris halus )
1/4 camca serbuk kunyit
kubis bunga
Garam
Gula
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Tuang santan cair kedalam periuk dan masak bersama carrot, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe. 
  2. Masukkan juga serbuk dan kacau rata hingga sedikit mendidih. Kemudian masukkan fucuk, kiub ikan bilis dan kobis. Tambah air jika kuah kurang. 
  3. Masukkan suun dan santan pekat. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan boleh tutup api.
* potong nasi impit dan cedok kuah lodeh dengan isi2nya skali. Tambah hidangan lontong bersama telur rebus dan juga sambal  tumis. 





Selamat Mencuba :-)

2 comments:

cheq da said...

Sedap yana..cheq da terliur tang sambal tu

rahel said...

Yana,kita pun suka sangat dengan lontong...aduhai...telan liur je la