Sunday, November 23, 2014

CHURROS CICAH SOS COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Hidangan petang untuk anak2..Churros..dah lama tak buat..Anak2 memang terlajaklah sukanyaa dapat makan cicah sos coklat..Kita layan je la ekk..Puan tanah takde idea nak merapu pagi2 ni ~~~~



Resepi : Blog ReenKhan
Sumber cuci mata : Dapurmamasya

BAHAN-BAHAN:-
1 cawan air
1 sudu makan gula
1 1/2 cawan tepung gandum ~ yana & dapurmamasya ltk 1 1/4 cawan je
1 biji telur ~ size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
#Gula + cinnamon powder atau hot chocolate

CARA PENYEDIAAN:-

  1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula
  2. Kecilkan api masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2
  3. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati
  4. Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan ( boleh guna nozzle bentuk bintang dan masukkan dalam piping beg )
  5. Picit dan potong panjang ikut suka @ picit dan bulatkan macam french crullers
  6. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  7. Taburkan gula + cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate
SOS COKLAT
Resepi : Dapurmamasya

BAHAN-BAHAN:-

1/2 cawan serbuk koko ~ ayak
1 cawan gula
2 1/2 cawan air @ susu cair ~ yana letak air je
1/2 cawan tepung jagung
2 sb majerin / minyak jagung

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan masakkan atas dapur dengan api kecil. Sentiasa kacau
  2. NOTA DAPURMAMASYA ~ topping dah sebati dan nampak mula pekat bolehlah tutup api dan terus kacau. Sejukkan dulu sebentar sebelum digunakan



Selamat Mencuba :-)

7 comments:

cheq da said...

Wah sedap yana...cheq da tak pernah tahu lg resepi ni..

Bbwana adienia said...

Wow..bestnya..wana selalu nampak org bt tp blm pnah try lg..:)

tun_telani said...

nyumm nyumm. dh lama x makan churros.. biasa tun kalau xde budak2, akan gaul dgn cinnamon sugar je.

aleeya azlie said...

Dah buat..sdapnye..tks ats resepi..heaven la rasa coklat..mcm mkn coki2

Intan Haslinda said...

Kenapa doh saya cair ?? Saya guna sukatan yg cik bagi ni ..

mieya beautyshop said...

doh sya cair la . sya tambah gandum .

mieya beautyshop said...

doh sya cair la . sya tambah gandum .