Monday, November 17, 2014

BREAD BUTTER PUDDING WITH BUTTERSCOTCH SAUCE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Menu petang semalam..Choc Chips Bread Butter Pudding With Butterscotch Sauce..perghh title bukan main lagi kan..padahal puding roti jee heheee..Projek makan2 petang semalam..Best layan suam2 puding roti ni bersama sos butterscotch..Ekceli yana kurang menggemari sangat puding roti dengan sos kastard..terasa lagi nikmat kalau nikmatinya dengan sos karamel@butterscotch..sedappp ^__^



BREAD BUTTER PUDDING

BAHAN-BAHAN:-

6 - 7 keping roti
*500 ml susu segar/susu cair
*2 sudu besar gula halus
*2 sudu butter - cairkan
*3 sudu besar whipping cream
*2 biji telur
*1 sudu teh esen vanilla
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu kecil serbuk cinnamon
  2 sudu besar Coklat Chips

CARA NAK BUAT:-
  1. Sapukan butter pada kedua2 belah roti..kemudian potong 4 setiap keping..susun roti dalam bekas/loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Tabur coklat chips dalam setiap lapisan roti.
  3. Gaul rata bahan2 bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  4. Last, tabur coklat chips atas roti.
  5. Terus je bakar pada suhu 180c selama 30 minit atau sehingga masak.
SOS BUTTERSCOTCH
Resepi : Lydia Honey

1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok ~ yana kurangkan sedikit
1/2 cup whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.

Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.

Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .



Selamat Mencuba :-)

5 comments:

Kak Vit said...

Tak penah try sos ni.. selalu buat puding roti dgn sos custatrd je,, boleh try gini,, :)

Sweet red cherry said...

wah..wah..buat terliur pula tengok roti dengan limpahan sos butterscotch tu..yummy!! :D

Kakzakie Purvit said...

Biasa kakak buat guna sos custard Yana. Lain kali kakak nak cuba butterscotdh macam inilah.. nampak sedap sangat tu:)

tun_telani said...

Nyum nyum... dh lama x buat puding roti.. husben tun xlayan sgt, so nk buat utk makan sorg tu xberbaloi pulak..

Fadzillah said...

Salam kenal Yana....
Nampak sedap puding roti ni. Nanti nak cuba lah.