Wednesday, May 7, 2014

IKAN SIAKAP AROMA BERSANTAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Alhamdulillah..masih berpeluang lagi utk kita bertemu di alam maya..Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke dapur kecil yana yang biasa2 aje nii..Minggu lepas tak sempat nak update blog..Sebenarnya puan tanah baru balik dari kampung..seminggu bertapa kat kampung halaman tercinta Pasir Mas ~~

Okess citer pasal resepi yang sedap hingga menjilat tulang ikan nii..Ekceli, dah lama yana salin resepi dari Kak Wattie..Tahun 2011 lagi kot..punyer lah lama resepi ni duk terperam dalam folder..2 minggu lepas baru teringat balik terus je beli ikan siakap ~~ Memang sedap ikan aroma bersantan nii..masuk list untuk menu berbuka bulan puasa nanti..

Jom semak resepinya..Yana kopipes dari dapur Kak Amie..tq yer akak2 berdua..tq juga pada saji online share resepi yang sedapp nii..layannn ~~~




Resepi : Saji Online

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ikan bawal hitam yg besar ~ dibersihkan ~ Yana guna ikan siakap
12 tangkai cili merah
8 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai ~ dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 tangkai cili merah ~ dibelah dua
1 tangkai cili hijau ~ dibelah dua
1 biji jus limau kasturi ~ Kak Wattie tambah ~ Yana & Kak Amie x letak

BAHAN-BAHAN TABUR :-

3 sudu besar bawang goreng 
1 pokok daun bawang ~ dihiris
1 pokok daun sup ~ dihiris

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
  2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
  4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
  5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
  6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
  7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

Kakzakie said...

Ok sedap Yana. Kakak dah baca bahan-bahannya petang ini kakak pulak buat:)

Sedap tak sedap tolak tepi janji kakak nak cuba juga hihi..

tun_telani said...

wahhh... menggiurkan.. ikan siakap masak laa apa2 pon sure sedap. biasa tun bakar or kukus.. kdg2 wat sweet sour. nnti kalau ada siakap fresh blh cuba lauk ni pulak.

cheq da said...

Wah sedapnya..