Thursday, May 8, 2014

BINGKA CHEESE SARAWAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kuih Bingka Cheese Sarawak ni yana buat beberapa hari yang lalu..dah bertahun2 lamanya masuk list baru skg dapat menerai kesedapanya..Seperti biasa, kuih macam ni hanya ibu yang layan..anak2 dgn incik suami mkn je la sepotong sorang~ amek hati ibu je tew~~si tecik tu lagi tak nak..bagi rasa sikit pun terus dia keluarkan balik..hurmm..mcm2 selera anak2 ni kan ^__^

Pe2pun pada yana kuih nii sedap ~~haruslah sedapkan kuih yang berlemak manis nii..huhuu makin banyak lemak terkumpul..sebulan dua ni keje makan jee..nak berjoging tak sempat..excercise kat umah males ^_^  

Tak leh nak bebel dah..kita semak je resepi..dah ramai kengkawan blogger yang mencubanya..yana je tertinggal keretapi :-P


BINGKA CHEESE SARAWAK
Resepi : Hasue
Sumber cuci mata & kopipes : Izah@ Izah Muffin Lover

BAHAN A
1 paket agar2 cap ros ( 13g ) ~ Yana & Izah guna agar2 serbuk 10gm
3 cawan air ~ yana kurangkan sedikit sbb guna agar2 10gm
1 cawan gula pasir ~ yana kurangkan 3 sudu besar

BAHAN B
250g mentega
250g cream cheese Philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ( jika ingin kurang manis, guna krimer pekat pun ok )
1 1/2 cawan tepung hong kong ~ yana & izah guna tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanila/jus lemon

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika
  2. Pukul telur ayam sehingga kembang
  3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
  4. Masukkan tepung, cream cheese, esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati
  5. Masukkan agar2 ( yg masih panas ) sambil dipukul laju
  6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 175c selama 1 jam atau sehingga masak ( bergantung pada jenis oven )

Selamat Mencuba :-)

NOTE: sukatan adalah menggunakan cawan metrik

2 comments:

Amie said...

Kak Amie belum pernah cuba buat bingka cheese ni Yana... tq for sharing darling!

tun_telani said...

tak penah buat lagi.. tp nmpk mcm lebih kurang puding cheese alongRoz, yg tu tun pernah try.. lemak2 cheese mmg sedap, tp tun pun xleh makan byk. cepat muak. hihi