Friday, May 16, 2014

KEK BELANG COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Kek Belang Coklat ni yana buat minggu lepas lagi..Lepas Kak Izah Daut tayang kat blog dia ari tu memang dah berkobar2 nak membuatnya tapi terpaksa ditangguh sebab kena balik kampung.. Balik je dari kampung terus on projek.. Memang sedap seperti yang dikatakan Kak Izah..moist je kek Chef Zubaidah nii..Tak sempat tunggu sejuk anak2 dah bising suruh potong..Tak tahan bau wangi gabungan coklat + strawbery..memang sedappp ^__^

Tq pada Chef  Zubaidah yang memang terkenal dengan kek2nya yang simple sedappp gitu..Harus cari buku beliau lepas nii ~~




KEK BELANG COKLAT
Resepi : Chef Zubaidah Che Pa ~ Buku Resepi Jamuan Kek

BAHAN-BAHAN:-

5 biji telur
40g air
10g ovalette
280g tepung naik sendiri
190g gula kastor ~ yana guna 170g je..manis2 manja bg yana ^__^
200g majerin dicairkan
1 sb emulco coklat
*Yana & Kak Izah tambah emulco strawbery

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Pukul semua bahan kecuali majerin cair dan emulco sehingga gebu dan ringan
  2. Kemudian masukkan majerin cair sedikit demi sedikit dalam adunan. Gaul sehingga sebati
  3. Bahagikan kepada 3 adunan. 2 dicampurkan emulco dan 1 dibiarkan kosong 
  4. Tuang adunan berselang seli ke dalam loyang saiz 8'
  5. Bakar pada suhu 150c selama 50 minit


Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Bbwana adienia said...

salam yana..

cantik sangat belang2 kek tu..gebu lagi..

Amie said...

Rajin Yana buat kuih, apam, kek dll... tiap kali datang sini ada je sajian yang sedap2!