Sunday, May 11, 2014

BISKUT KACANG PEAS @ GREEN PEAS COOKIES

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Tiba2 pulak teringin nak makan sekut kacang peas yang lemak2 gebus gitew ^__^..Bila dah teringin memang harus kena buat..kalau tak asyik duk teringat je..Yana buat 1 adunan dapat banyak jugak..seminggu baru abis~~

Tq pada AlongRoz untuk resepinya..menepati citarasa kami sekeluarga..InsyaAllah nanti jadi biskut raya plak..Jom layan resepi yang simple je niii~~~




BISKUT KACANG PEAS
Resepi : AlongRoz@HomeKreation

BAHAN-BAHAN:- ( 50 biji )
1 cawan tepung kacang peas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula aising ~ yana kurangkan 1 sudu besar, xnk manis sgt
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
Minyak Mazola ~ anggaran dlm 1/2 cawan
1 biji telur kuning

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Gaulkan kesemua bahan2 kering sehingga sebati. Tuangkan minyak mazola sedikit2 sehingga terbentuk doh lembut.
  2. Bentukkan bulat2 seperti guli.
  3. Berus atasnyadgn kuning telur.
  4. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara

Selamat Mencuba :-)

3 comments:

mama sara nur said...

amboiii ada bicikutt
sedapnya
Yana, guna kacang peas atau tepung kaang kacang hijau
he hee teringin jgk nak try ni

Yana Shaiful said...

@ Mama sara nur ~ huhuu..tersalah tulis tajuk..bkn kcg hijau tpg kcg peas ^__^

Yana guna tpg kcg peas..ada jual kat bakeri..try laa..sedapp ^__^


Anonymous said...

Tepung kcang peas tu x pyh pnskn sekejap?