Monday, May 26, 2014

THAI GREEN CURRY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pagi2 tayang Thai Green Curry yang sedap banget..tak tipu punyer..Ekceli, baru 1st time yana merasainya..dah lama masuk list nak cuba tapi asyik tangguh je..ternyata kari ini sedapp..rasanya ala2 tomyam lemak gitu..Yana buat kurang pedas sikit..incik laling kita tak leh tahan pedas..kalau buat pedas mesti lagi power rasa kari hijau nii..

Tq pada Kak Ida dan CMG kongsi resepi nii..insyaAllah lepas ni boleh buat lagii~~


Sumber cuci mata : CMG

BAHAN PES KARI HIJAU :-

1 batang serai ~ hiris halus
1 - 3 biji cili padi siam ~ hiris halus
2 biji bawang merah ~ hiris halus
4 - 5 biji bawang putih ~ cincang
1 inci lengkuas @ halia ~ Yana & CMG ltk lengkuas & halia
1/2 cawan daun ketumbar ( Yana & CMG guna semua skali termasuk akar )
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3-4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI

450 gm daging batang pinang ~ hiris nipis, cuci dan toskan.( Yana guna ayam )
3/4 cawan terung pipit ~ cuci dan toskan ~ yana x letak xde stok
1 biji tomato ~ belah 6
1 cawan hirisan rebung ~ yana x letak
1/4 biji traffic light capsicum ( red, green, yellow ) didadu besar
2 batang serai ~ dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai ~ diketuk ~ yana x letak
Pes kari thai ) resepi diatas
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Daun selasih secukupnya ( anggaran 1 genggam )

CARA PENYEDIAAN :-
  1. UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satu semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
  2. UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai, terung pipit dan daging. Gaul rata dan masak sekejap hingga daging kecut
  3. Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga daging 1/2 empuk dan terung pipit lembut. Masukkan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali masukkan daun selasih, traffic light capsicum dan tomato. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain

Selamat Mencuba :)

2 comments:

Bbwana adienia said...

salam yana..

nampak sedap tu..sya belum pernah lagi try makan grenn curry ni..

Amie said...

Cantik hidangannya tu Yana. Kak Amie pernah masak kari hijau ala Thai.. menariknya sebab dapat pengalaman buat pes kari hijau tu!