Wednesday, May 28, 2014

BAKED PASTA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^___^

Hari2 makan nasi jemu jugak kan..sesekali kita berwestern pulak..western laa sangat hihii..semalam kami sefamily makan Baked Pasta untuk dinner..Anak2 makan tak hingat..dulu tak suka sangat tapi sekarang semua makan..suka tukang masak tengok hehee..

Baked Pasta resepi Kak Dayang ni dah banyak kali jugak yana buat..suka sangat dengan white saucenya.. creamy gitu ^_^..Untuk edisi kali ni yana tambah sayuran kegemaran anak2..ada brocoli, bunga kubis dan carrot..sedappp~~~



BAKED PASTA
Resepi Asal : Kak Dayang Jack
Sumber cuci mata : Kak Nor @ Secubit Garam

BAHAN-BAHAN ( utk 4-5 orang makan )

2 cawan makaroni
1 cawan pasta spiral 
100 g minced chicken
2 ulas bawang putih ( dicincang )
1 labu bawang besar ( dihiris dadu kecil )
1 tin kecil atau 230 g kacang panggang keju - yana xletak xde stok
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
1/2 botol sos spagetti atau sos bolognese ~ yana xletak xde stok
1 sudu besar mentega
3 batang sosej ~ yana tambah

BAHAN SOS PUTIH

1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum ( dibancuh dengan sedikit air )
1 slice cheesedale
sedikit garam dan gula
lain-lain : keju parut dan oregano ~ yana guna keju mozarella

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Untuk Pasta : Rebus pasta bersama sedikit garam hingga lembut ala dente. Kemudian angkat dan toskan. Ketepikan
  2. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang2 hingga naik bau. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. Barulah masukkan sos spagetti. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan pasta tadi dan gaul rata. Tutupkan api.
  4. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan sedikit dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalam dan ratakan. Kemudian ratakan pula dengan kacang panggang di atasnya.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : cairkan mentega di dalam sauce pan. Kemudian masukkan cheesedale. kacau hingga cair barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat.
  6. Tutupkan api dan tuang sos di atas pasta dan ratakan. Tabur keju parut dan oregano.
  7. Bakarlah selama 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160c.
**untuk sukatan dalam cawan, dyg menggunakan cawan metrik. Harap maklum.



Selamat Mencuba :-)

1 comment:

Kakzakie said...

Aduhai yana... ini bukan aje memikat mata tapi perut kakak bagaikan nak sekarang juga...

Topingnya tu betul-betul menggoda!