Tuesday, April 29, 2014

KARI AYAM GAYA GOA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^_^

Kari Ayam Gaya Goa ni yana buat beberapa hari yang lalu..minggu lepas tak berkesempatan nak update blog..sedikit kebizian dengan urusan dunia ~~ 

Okess citer pasal resepi kari yang sangat sedap nii..Resepi asalnya Kari Ikan Gaya Goa oleh Chef Wan..resepi dari Chef femes haruslah sedap kan ^__^..Ramai kawan2 blogger dah cuba kari ni lepas diwar2kan kesedapannya oleh sifu CMG..Versi ayam ni yana terskodeng kat dapur Kak Yatie..sedap jugak tau~~ jom kita semak resepinya


KARI AYAM GAYA GOA
Resepi : Chef Wan
Sumber : CMG & Kak Yatie @ Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHAN:-

1 ekor ayam ~ dipotong 12, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang ~ potong 4
3 biji tomato *
3 biji cili hijau *
3 camca besar serbuk ketumbar *
3 camca besar serbuk jintan putih *
2 camca teh serbuk kunyit * (*dikisar halus )
2 biji bawang besar ~ dicincang
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 inci halia ~ dicincang
1/2 camca besar biji sawi
4 camca besar cili kisar ( boleh kurangkan ~ yana letak 2 camca besar je )
500 ml santan ( 200 ml santan + 300 ml air )
1/2 cawan jus asam jawa
2 biji tomato ~ belah 3 setiap satu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang besar, bawang putih, halia,daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Tuang sedikit air, kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau rata dan  masak hingga kentang empuk. Masukkan jus asam jawa. Kacau perlahan dan masukkan santan.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh tutup api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti ptara..

Selamat Mencuba :-)

1 comment:

tun_telani said...

Salam kak yana ku cayang... mmg femes emes kari ala goa nih.. tp tun x sampai seru lg nk buat.. hehe