Wednesday, April 16, 2014

MUFFIN MILO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Muffin Milo yang tersangatlah senang nak buatnya..rasanya dah 3 kali yana buat..Tq Kak Fida yang selalu berkongsi resepi simple2 yang sedapp kat MyResepi..Dah banyak resepi Kak Fida yana dah cuba..semuanya amat berpuas hati..semoga makin bertambah rezeki akak sekeluarga~~~Amiinn




MUFFIN MILO

BAHAN-BAHAN:-

100g mentega cair/minyak masak ~ yana guna minyak jagung
100g gula perang
100g gula halus
2 biji telur
1 sk esen vanila
1/8 sk garam ( jika guna minyak )
80g serbuk milo
280g tepung naik sendiri ~ diayak
120g susu segar
secukupnya bahan tabur yang sesuai jika suka choc chip,choc rice, milo balls, cornflakes, cocoa pebles dll

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Masukkan bahan2 ke dalam mangkuk ikut turutan sambil dipukul rata dengan hand whisk
  2. Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin 1/2 paras dan tabur dengan topping pilihan jika suka. ( Kak Fida tabur dgn cocoa pebbles cereal ) ~ yana tabur badam cincang
  3. Bakar pada suhu 170c selama 25 - 30 min atau sehingga masak. ( yana bakar 160c, 25 minit )

Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Bbwana adienia said...

nyum2..sedapnya mufin milo..dengan taburan badam cincang memang tambah sedap..

Wattie said...

Assalamualaikum,
Eloknyaaaa kejadian muffin Yana, montel2 belaka, mesti sedap nih..