Wednesday, April 23, 2014

ROTI SARANG LEBAH @ BEE HIVES BUN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Roti yang sedang menyengat sekarang nii..Roti Sarang Lebah resepi dari adik Lydia Honey..orang Malaysia yang dah bermaustatin di Kuwait..Roti ni Yana buat 3 hari lepas..Yaa ampunn..sangat sedapp hokey..lembut..gebuss..Lepas satu2 masuk mulut tanpa disedari~ tak boleh nak benti makan ^__^

Sos butterscotch yana letak sikit jer kat atas roti tu..Tak mau manis sangat..cukup je lah rasa sweet sweet gitew hehee..Jom semak resepinya..pada kengkawan harus cuba resepi roti ni tau..memang berbaloi kesedapannya..Mintak halal yer Lydia..akak share kat sini pulak untuk rujukan akak dan kengkawan lain~~




ROTI SARANG LEBAH
Sumber Cuci Mata & kopipes : Izah @ Izah Muffin Lover

DOH✏️

2 cawan tepung gandum * Yana & izah campur tepung roti
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik 
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam +-

**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gsndum, baking powder dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan. INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.

Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginya

Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. 
Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.

Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.



NOTE:-
1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok ~ yana kurangkan sedikit
1/2 cup whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.

Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.

Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .




 Selamat Mencuba :-)

2 comments:

IeRA said...

salam

sedap kan...iera pun dah try

adda syuhada said...

sedapnyerr....