Wednesday, April 2, 2014

AYAM VIETNAM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Pepagi lagi tayang lauk yang sedap hingga menjilat jari jemari :P..Ekceli dah lama simpan resepi ni sampai lupa kewujudannya ~sehinggalah tiba saat dan ketikanya Kak MaDiHaA tayang ari tu baru teringat kembali resepi ayam yang pernah hot suatu ketika dulu..dah lebih 2 tahun baru dapat menerainya ^__^

Okess..kita semak je resepinya..puan tanah tak leh nak sembang panjang2 sekarang nii..nak update ni pun harus sepantas kilat :-)




AYAM VIETNAM
Resepi : Sajionline
Sumber cuci mata : Kak MaDiHaA, Ct Zaliedana & Kak Wattie

BAHAN-BAHAN:-
7 ketul paha atau kepak ayam ~ dipotong kecil
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
1 sudu besar kicap
1 biji telur
4 sudu besar tepung ubi
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN-BAHAN TUMIS:-
( ditumbuk kasar )

3 batang serai ( yana ketuk ajer )
10 tangkai cili padi ~ yana letak 5 tangkai ajer
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah

3 labu bawang besar ~ dibelah 8
4 tangkai daun kari

BAHAN-BAHAN PERASA:

1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap pekat

CARA PENYEDIAAN:-
  1. Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan sos tiram, gula, kicap dan telur selama 2 jam sebelum digaul dengan tepung ubi
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tuangkan minyak dan tinggalkan anggaran tiga sudu besar di dalam kuali kemudian masukkan bahan-bahan menumis. Kacau sehingga rata dna masukkan bahan2 perasa. Kacau lagi.
  4. Masukkan ayam dan kacau lagi sebelum diangkat.
Selamat Mencuba :-)

1 comment:

Bbwana adienia said...

alahai sedapnya..membuka selera betul..