Monday, April 14, 2014

DADIH SEDAP COFFEEMATE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ^__^

Bertemu kembali di minggu yg baru..Alhamdulillah ~~ kejadian projek dadih ni berlaku minggu lepas lagi..mokcik tak sempat nak hupdet..line tenet dah tenat..nyampah tul..nak upload satu pic seksa bebenor..lambat..asyik loading jew..siap boleh buat gulai ayam lagi haaa :-P

Pe2pun tq bery2 much yer Kak Yatie..ternyata sgh sedap dadih coffeemate ni..Anak2 dengan incik suami mkn x benti..asyik bukak tutup esbox je kejenya ^__^..Jom layan resepi yang simple je niii :-)



DADIH SEDAP COFFEEMATE

BAHAN-BAHAN:-

10gm agar2 serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter ( dlm 12 cawan )
200gm Coffemate Creamer
1 tin susu sejat/cair
Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Dalam periuk yang bersih masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih. Kacau rata.
  2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
  3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
  4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yang di kehendaki.
  5. Yana bahagi kepada 3 bahagian. Letak perisa strawberi, coklat dan pandan.
  6. Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dalam bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan dalam peti ais.
  7. Siap dan bolehlah dimakan.. 
Selamat Mencuba :-)

3 comments:

cheq da said...

Sedap tul...

Bbwana adienia said...

salam..

wah,nampak sedap dadih tu..macam2 kaler ada..nak satu bleh?heheh..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Yana..bestnya mkn dadih sejuk2...nyaman kat anak tekak..hihi