Thursday, April 10, 2014

APAM KELEDEK UNGU

Assalamualaikum dan salam sejahtera ^__^

Antara kuih apam kegemaran anak2 yana..Apam Keledek..Dah banyak kali jugak yana tapi 1st time buat dengan keledek ungu..nampak cantik sangat warnanya..anak2 memang teruja nak makan..Walaupun takde kelapa parut apam ni tetap laku dengan kerasnya hehee..



APAM KELEDEK
Resepi : Kak Yatie

BAHAN-BAHAN:-

3/4 cawan gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan *(*masak sehingga gula hancur dan sejukkan )

2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus 
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder

CARA PENYEDIAAN :-
  1. Keledek rebus di blend bersama dengan santan ( biarkan sebentar )
  2. Masak gula bersama air dan daun pandan..sejukkan
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum, yid, baking powder dan garam.
  4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar sebati.
  5. Perap selama 1 jam. Sapu minyak pada bekas kecil2
  6. Kukus dalam bekas kecil selama 15 minit.
  7. Kalau loyang besar kukus selama 40 minit
  8. Apam ini boleh di makan bersama dengan kelapa parut
Selamat Mencuba :-)

2 comments:

Kakzakie said...

Cantiklah Yana punya apam masuk bekas comel-comel macam ini. Warna pun menarik sebab keledek ungu. Kakak tak pernah buat teringin pulak nak mencuba...

Yana Shaiful said...

~ Kakzakie..cuba la kak..sedap kuih apam nii..yana dh byk kali bt.. anak2 suka ^_^