Monday, July 16, 2012

PULUT SEKAYA

Assalamualaikum dan selamat petang semua..Alhamdulillah dapat lagi kita bersua di alam maya pada hari ini..Tak mau bebel banyak2..ada kerja sedang menanti..kita terus jer pada tujuan utama ..Kuih Pulut Sekaya ni yana buat minggu lepas lagi..nak abiskan sisa2 beras pulut yg tinggal ngam2 secawan ^__^

Alhamdulillah..menjadi jugak percubaan pertama membuat kuih kegemaran ni..Dah lama menyimpan hasrat nak cuba buat sendiri..lepas tgk Kak Sue tayang bulan lepas mmg xleh ditahan lagi nafsu nak membuatnya..cantik sangat hasil air tangan Kak Sue ^_^..Tq pada Kak Yatie sudi share resepi kuih muih tradisional nii..dah rmai yg mencuba resepi Kak Yatie ni..paling setia Kak Rosa..peminat setia kuih muih yang ada pulut..betul tak kak..dah byk kali akak buat kan hihii..Moh kita layan pic je lah..kuihnya dah abisssssss ^__^





PULUT SERIKAYA
Sumber cuci mata : Kak Hasue & Kak Rosaliza

BAHAN-BAHAN:- ( Yana buat 1/2 adunan ajer )

Bahan Lapisan Bawah 
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair ( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je )
1/2 sk garam
1 sb minyak

CARA NAK BUAT LAPISAN BAWAH :-

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20 minit.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2. Sekejap je [un boleh. Alas loyang dgn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yang telah sedia mendidih selama 20-30 minit.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dengan lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 untuk lapisan atas.
Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
3/4 cawan gula merah/brown sugar/gula melaka- Yana guna gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1 cawan air ( utk dimasak bersama gula merah dan gula pasir ) - akk tmbh daun pandan
1/2 sk garam
sedikit coklat emulco ( warna gelap sikit ) - yana xletak

CARA NAK BUAT LAPISAN ATAS
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cawan air dan tapiskan..sejukkan sebentar.
  2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung ke dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam.
  4. Diikuti dengan air gula yang telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati..nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa digaul ( biar berwap saja ).
  7. Sekali lagi dgn kukusan yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje. Letak loyang yg berisi pulut tadu tu ke dlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit sahaja.
  8. PERINGATAN..kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan..Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dna licin..

Selamat Mencuba :-)

10 comments:

Amie said...

Lawanya kejadian kuih tu Yana... ha ha ha hhaaa nampaknya kak Amie langkah kiri, hu hu huu rupanya kuih minggu lepas hikhihikkk tak dapatlah nak makan, jamu mata aje.

dZana said...

aduhai sedapnya.. akk suke part atas tu.. lemak2 dgn rasa gula melaka..mmg best

tun_telani said...

kak yana cayangggg!! ni salah satu kuih kegemaran tun.. sama rasa ngan seri muka an. dh lama betul tun x makan.

Nuwairani said...

nani suka makan kuih ni. tapi kalau nak buat sendiri belum konfiden la pulak...tengok kak yana buat ni nampak cantik potongan tepinya.

rahel said...

Sedapnya.. Rahel suka mkn kuih ni..lemak2..

Chekgu Azrine said...

huhu..rajinnya awak.. takdan kot nak buat kuih best2 gini.. 1 day blh try resepi ni..insyaAllah..

EmbunRosaliza said...

Assalam yana, cantik je potongan kuih tu kemas je, ingatkan ada lagi, dtg pagi ni nak tapau seloyang..huhu nampaknya jamu mata je lah. MMg sedapkan yana resipi yatie ni. Bulan posa wajib buat kuih ni hehe.

Selamat berpuasa yana

Anonymous said...

best ni KA suka!

Unknown said...

have a peek hereread this find more infodiscover here useful referenceget more

theteeski said...

h4t11b0t10 f3o80p2g50 n6u62v4h44 t6e80k0r76 b7z39c3v53 b7e06y3h88